"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets
Showing posts with label rOLe MOdEl~. Show all posts
Showing posts with label rOLe MOdEl~. Show all posts

Wednesday, March 3, 2010

Saya Cintakan Rasulullah S.A.W.. ^_^



PENGENALAN

Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).



Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Berikut adalah link bagi persoalan itu:

http://buluh.iluvislam.com/?p=40 dan http://buluh.iluvislam.com/?p=68

Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:



BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).



MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).



MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).



PENUTUP

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini pihak iLuvislam.com ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"I love Rasulullah S.A.W."

Wallahualam.


Wednesday, February 24, 2010

SIFAT KASIH RASULULLAH SAW..:)



Dalam suatu khutbahnya Rasulullah s.a.w. telah menyeru supaya manusia berbuat baik antara satu sama lain terutama terhadap anak-anak yatim, janda-janda juga terhadap binatang.

Pada suatu hari ketika baginda berjalan pulang ke rumahnya, lalu dilihat seekor kucing sedang tidur dengan anak-anaknya di atas jubah yang hendak dipakainya. Sikap baginda yang cintakan binatang membuatkan baginda menggunting bahagian jubah yang selebihnya untuk di pakai. Dengan itu kucing-kucing tersebut tidak terganggu.

Suatu ketika yang lain pula sedang baginda berjalan-jalan disuatu lorong di bandar, tiba-tiba baginda terpandang seekor unta sedang berlari dengan lajunya. Orang ramai bertempiaran lari untuk mengelakkan diri dari dilanggar unta itu. Tetapi anehnya bila unta itu sampai kepada Rasulullah ia menjadi jinak, lalu ia dipeluk oleh baginda. Sejurus kemudian tuan unta itu datang dengan dengan tercungap-cungap sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.
Rasulullah tahu apa yang menyebabkan unta itu lari dari tuanya. Baginda berkata: "Kenapa engkau tidak memberikan makanan yang cukup untuk unta ini? Ia mengadu lapar kepadaku. Kalau engkau dapat menjaganya dengan baik ia tidak akan lari." Orang itu sangat terkejut mendengar kata-kata Rasulullah, dia tidak menyangka bahawa unta itu boleh mengadu kepada Rasulullah dan baginda memahami bahasa binatang itu. Lantas ia mengaku kesalahannya itu.

Sejak itu ia sedar bahawa unta itu bukanlah semata-mata sebagai hambanya sahaja bahkan harus dijaga dengan baik dan sempurna.


Wednesday, December 23, 2009

senarai penulis yang menjadi inspirasi.. ;)

Bismillah..assalammu'alaikum wbt.. setelah beberapa teratak ini bersawang, hari nie baru dapat mengemas semula..fuhh..penat..alhamdulillah..entri kali nie, teringin nak share pasal penulis2 yang menjadi inspirasi saya kepada para pengunjung ke teratak saya..sebelum tu..teringin gak nak kongsi bersama beberapa peristiwa penting..heE~ beberapa hari berlalu..banyak kenangan dan events yang bakal berlangsung..yang pasti..tak lama g..sambung belajar balik..ari ahad nie, gerak la aq ke melaka..hari sabtu nie plak, kenduri pertunangan kak long dgn abg izzat..alhamdulillah..moga dipermudahkan..n moga sampai ke jinjang pelamin n kekal bahagia hingga akhir hayat..ameen..



n last week plak, ad reunion ngan kawan2 skula dulu..gambar kat atas nie..seronok dapat jumpa kawan2 lama..moga ukhuwwah fillah ini kekal hingga ke akhirnya..berkata pasal ukhuwwah fillah pula, teringat saya pada suatu malam..dimana kami, 5 beradik memasak nasi goreng..nampak mcm simple recipe, tapi..dek kerana semua air tgn mengalir di dalam masakan itu, n mmg tgh lapar..nasi goreng yang sebenarnya, takdelah sedap tu..boleh abes..hehe..rasa puas bila abes makan..senang hati je..seronok bila semua nak membantu..hehe..:) okeh2..teruskan pada entri kali ini..nak cte pasal penulis2 yang menjadi inspirasi nieh..tapi melencong ke tempat laen plak..heE~ ok..SELAMAT MEMBACA..;)

1- ust zaharuddin..

2- ust hasrizal abd jamil..


3- Ustzh siti nor bahyah dan Ust wan akashah..

4- Ramlee awang mursyid..

5- Dato' Dr haji muhammad fadzilah kamsah


6- Pahrol muhd juoi..

7- Ust zahazan..

8- Faisal tehrani..

9- Fatimah syarha mohd noordin..


10- Ust Fathi yakan

11- Dr Hm tuah iskandar al-haj


12- Almaududi


13- Sharifah abu salem..




Monday, June 15, 2009

perginya seorang ulama..;(


ikhwan.jo..mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa -- pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini(13 june 2009) Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan grup-grup usrah pelbagai wadah. Sewaktu di bangku sekolah, inilah antara kitab terawal yang aku beli. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dipetik dan diterjemah dari IslamonLine.net;
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

Baru saja kami mengupas kitab Bahtera Penyelamat di dalam Mukhayyam Dakhili yang lepas. Karangannya benar-benar sarat motivasi dan petunjuk. Cukup berkualiti sebagai rujukan oleh aktivis dakwah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya..

SUMBER:http://dhanysarip.blogspot.com/

Monday, May 25, 2009

Ibnu Battuta~




Pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu, konon dirampas dan
disembunyikan Kerajaan Prancis saat menjajah benua Afrika.
”Aku tinggalkan Tangier, kampung halamanku, pada Kamis 2 Rajab 725 H/ 14
Juni 1325 M. Saat itu usiaku baru 21 tahun empat bulan. Tujuanku adalah
menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci di Makkah dan berziarah ke makam
Rasulullah SAW di Madinah,” kisah Ibnu Battuta - pengembara dan penjelajah
Muslim terhebat di dunia — membuka pengalaman perjalanan panjangnya dalam
buku catatannya, Rihla.
Dengan penuh kesedihan, ia meninggalkan orangtua serta sahabat sahabatnya di
Tangier. Tekadnya sudah bulat untuk menunaikan rukun iman kelima.
Perjalananya menuju ke Baitullah telah membawanya bertualang dan menjelajahi
dunia. Seorang diri, dia mengarungi samudera dan menjelajah daratan demi
sebuah tujuan mulia.
”Kehebatan Ibnu Battuta hanya dapat dibandingkan dengan pelancong terkemuka
Eropa, Marcopolo (1254 M -1324 M),” ujar Sejarawan Brockelmann mengagumi
ketangguhan sang pengembara Muslim itu. Selama hampir 30 tahun, dia telah
mengunjungi tiga benua mulai dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropa Selatan,
Eropa Timur, Timur Tengah, India, Asia engah, Asia Tenggara, dan Cina.
Perjalanan panjang dan pengembaraannya mengelilingi dunia itu mencapai 73
ribu mil atau sejauh 117 ribu kilometer. Tak heran, bila kehebatannya mampu
melampaui sejumlah penjelajah Eropa yang diagung-agungkan Barat seperti
Christopher Columbus, Vasco de Gama, dan Magellan yang mulai berlayar 125
setelah Ibnu Battuta.
Sejarawan Barat, George Sarton, mencatat jarak perjalanan yang ditempuh Ibnu
Battuta melebihi capaian Marco Polo. Tak heran, bila Sarton geleng-geleng
kepala dan mengagumi ketangguhan seorang Ibnu Battuta yang mampu mengarungi
lauatan dan menjelajahi daratan sepanjang 73 ribu mil itu. Sebuah pencapaian
yang tak ada duanya di masa itu.
Lalu siapakah sebenarnya pengembara tangguh bernama Ibnu Battuta itu? Pria
kelahiran Tangier 17 Rajab 703 H/ 25 Februari 1304 itu bernama lengkap
Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim At-Tanji, bergelar Syamsuddin
bin Battutah. Sejak kecil, Ibnu Battuta dibesarkan dalam keluarga yang taat
menjaga tradisi Islam. Ibnu Battuta begitu tertarik untuk mendalami
ilmu-ilmu fikih dan sastra dan syair Arab.
Kelak, ilmu yang dipelajarinya semasa kecil hingga dewasa itu banyak
membantunya dalam melalui perjalanan panjangnya. Ketika Ibnu Battuta tumbuh
menjadi seorang pemuda, dunia Islam terbagi-bagi atas kerajaan-kerajaan dan
dinasti. Ia sempat mengalami kejayaan Bani Marrin yang berkuasa di Maroko
pada abad ke-13 dan 14 M.
Latar belakang Ibnu Battuta begitu jauh berbeda bila dibandingkan Marco Polo
yang seorang pedagang dan Columbus yang benar-benar seorang petualang
sejati. Meski Ibnu Battuta adalah seorang teologis, sastrawan puis,i dan
cendekiawan, serta humanis, namun ketangguhannya mampu mengalahkan keduanya.
Meski hatinya berat untuk meninggalkan orang-orang yang dicintainya, Ibnu
Battuta tetap meninggalkan kampung halamannya untuk menunaikan ibadah haji
ke Makkah yang berjarak 3.000 mil ke arah Timur. Dari Tangier, Afrika Utara
dia menuju Iskandariah. Lalu kembali bergerak ke Dimyath dan Kaherah.
Setelah itu, dia menginjakkan kakinya di Palestina dan selanjutnya menuju
Damaskus. Ia lalu berjalan kaki ke Ladzikiyah hingga sampai di Allepo. Pintu
menuju Makkah terbuka dihadapannya setelah dia melihat satu kafilah sedang
bergerak untuk menunaikan ibadat haji ke Tanah Suci. Ia pun bergabung dengan
rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama dua tahun.
Setelah cita-citanya tercapai, Ibnu Battuta, ternyata tak langsung pulang ke
Tangier, Maroko. Ia lebih memilih untuk meneruskan pengembaraannya ke Yaman
melalui jalan laut dan melawat ke Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke
Kulwa. Ia kembali ke Oman dan kembali lagi ke Makkah untuk menunaikan Haji
pada tahun 1332 M, melaui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.
Itulah putaran pertama perjalanan yang tempuh Ibnu Battuta. Pengembaraan
putara kedua, dilalu Ibnu Battuta dengan menjelajahi Syam dan Laut Hitam. I
lalumeneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Roma, Rusia, Turki serta
pelabuhan terpenting di Laut Hitam yaitu Odesia, kemudian menyusuri
sepanjang Sungai Danube.
Ia lalu berlayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea dan
mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India, ia pernah
diangkat menjadi kadi. Dia lalu bergerak lagi ke Sri Langka, Indonesia, dan
Canton. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke Sumatera, Indonesia dan
melanjutkan perjalanan melalui laut Amman dan akhirnya eneruskan perjalanan
darat ke Iran, Irak, Palestina, dan Mesir.
Beliau lalu kembali ke Makkah untuk menunaikan ibadah hajinya yang ke tujuh
pada bulan November 1348 M. Perjalanan putaran ketiga kembali dimulai pada
753 H. Ia terdampar di Mali di tengah Afrika Barat dan akhirnya kembali ke
Fez, Maroko pada 1355 M.
Ia mengakhiri cerita perjalannya dengan sebuah kalimat, ”Akhirnya aku sampai
juga di kota Fez.” Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya. Salah
seorang penulis bernama Mohad Ibnu Juza menuliskan kisah perjalanannya
dengan gaya bahasa yang renyah. Dalam waktu tiga bulan, buku berjudul
Persembahan Seorang pengamat tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan yang
Mengagumka, diselesaikannya pada 9 Desember 1355 M.
Secara detail, setiap kali mengunjungi sebuah negeri atau negara, Ibnu
Battuta mencatat mengenai penduduk, pemerintah, dan ulama. Ia juga
mengisahkan kedukaan yang pernah dialaminya seperti ketika berhadapa dengan
penjahat, hampir pingsan bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal
oleh pemerintah yang zalim. Ia meninggal dunia di Maroko pada pada tahun
1377 M. Kisah pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu, konon dirampas
dan disembunyikan Kerajaan Prancis saat menjajah benua Afrika. Buktinya,
Barat baru mengetahui kehebatannya setelah tiga abad meninggalnya sang
pengembara.
Dari Tangier ke Samudera Pasai
Petualangan dan perjalanan panjang yang ditempuh Ibnu Battuta sempat
membuatnya terdampar di Samudera Pasai - kerajaan Islam pertama di Nusantara
pada abad ke-13 M. Ia menginjakkan kakinya di Aceh pada tahun 1345. Sang
pengembara itu singgah di bumi Serambi Makkah selama 15 hari.
Dalam catatan perjalanannya, Ibnu Battuta melukiskan Samudera Pasai dengan
begitu indah. ”Negeri yang hijau dengan kota pelabuhannya yang besar dan
indah,” tutur sang pengembara berdecak kagum. Kedatangan penjelajah kondang
asal Maroko itu mendapat sambutan hangat dari para ulama dan pejabat
Samudera Pasai.
Ia disambut oleh pemimpin Daulasah, Qadi Syarif Amir Sayyir al-Syirazi,
Tajudin al-Ashbahani dan ahli fiqih kesultanan. Menurut Ibnu Battuta, kala
itu Samudera Pasai telah menjelma sebagai pusat studi Islam di Asia
Tenggara. Penjelajah termasyhur itu juga mengagumi Sultan Mahmud Malik
Al-Zahir penguasa Samudera Pasai.
”Sultan Mahmud Malik Al-Zahir adalah seorang pemimpin yang sangat
mengedepankan hukum Islam. Pribadinya sangat rendah hati. Ia berangkat ke
masjid untuk shalat Jumat dengan berjalan kaki. Selesai shalat, sultan dan
rombongan biasa berkeliling kota untuk melihat keadaan rakyatnya,” kisah
Ibnu Battuta.
Menurut Ibnu Battuta, penguasa Samudera Pasai itu memiliki ghirah belajar
yang tinggi untuk menuntut ilmu-ilmu Islam kepada ulama. Dia juga mencatat,
pusat studi Islam yang dibangun dii lingkungan kerajaan menjadi tempat
diskusi antara ulama dan elit kerajaan. Selama berpetualang mengelilingi
dunia dan menjejakkan kakinya di 44 negara, dalam kitab yang berjudul Tuhfat
al-Nazhar, Ibnu Battuta menuturkan telah bertemu dengan tujuh raja yang
memiliki kelebihan yang luar biasa.
Ketujuh raja yang dikagumi Ibnu Battuta itu antara lain; raja Iraq yang
dinilainya berbudi bahasa; raja Hindustani yang disebutnya sangat ramah;
raja Yaman yang dianggapnya berakhlak mulia; raja Turki dikaguminya karena
gagah perkasa; Raja Romawi yang sangat pemaaf; Raja Melayu Malik Al-Zahir
yang dinilainya berilmu pengetahuan luas dan mendalam, serta raja Turkistan.
Setelah berkelana dan mengembara di Samudera Pasai selama dua pekan, Ibnu
Battuta akhirnya melanjutkan perjalannnya menuju Negeri Tirai Bambu Cina.
Catatan perjalanan Ibnu Battuta itu menggambarkan pada abad pertengahan,
peradaban telah tumbuh dan berkembang di bumi Nusantara.
Abadi di Kawah Bulan
Nama besar dan kehebatan Ibnu Battuta dalam menjelajahi dunia di abad
pertengahan hingga kini tetap dikenang. Bukan hanya umat Islam saja yang
mengakui kehebatannya, Barat pun mengagumi sosok Ibnu Battuta. Tak heran,
karya-karyanya disimpan Barat.
Sebagai bentuk penghormatan atas dedikasinya, International Astronomy Union
(IAU) mengabadikan Ibnu Battuta menjadi nama salah satu kawah bulan. Bagi
orang Astronomi, Ibnu Battuta bukan hanya seorang pengembara dan penjelajah
paling termasyhur, namun juga sebuah kawah kecil di bulan yang berada di
Mare Fecunditas.
Kawah Ibnu Battuta terletak di Baratdaya kawah Lindenbergh dan Timurlaut
kawah bulan terkenal Goclenius. Di sekitar kawah Ibnu Battuta tersebar
beberapa formasi kawah hantu. Kawah Ibnu Battuta berbentuk bundar dan
simetris. Dasar bagian dalam kawah Ibnu Battuta terbilang luas. Diameter
kawah itu mencapai 11 kilometer. Dasar kawah bagian dalamnya terbilang
gelap, segelap luarnya. Kawah Ibnu Battuta awalnya bernama Goclenius A.
Namun, IAU kemudian memberinya nama Ibnu Battuta.
Selain dijadikan nama kawah di bulan, Ibnu Battuta juga diabadikan dan
dikenang masyarakat Dubai lewat sebuah mal atau pusat perbelanjaan bernama
Ibnu Battuta Mall. Di sepanjang koridor mal itu dipajangkan hasil penelitian
dan penemuan Ibnu Battuta. Meski petualangan dan pengembaraannya telah
berlalu enam abad silam, namun kebesaran dan kehebatannya hingga kini tetap
dikenang.


Sunday, April 19, 2009

CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA~


Bismillahirrohmanirrohim..
Memandangkan ada permintaan yang minx ana sambung cte pasal hasan al-banna..
Jadi,, ana berhajatlah nak sambung cte..=p
Sedikit lagi ana nak mencedok kandungan dalam buku sisipan “cinta dirumah hasan al-banna”
Kali ni,, ana nak kongsi tentang:

1-MENYEMAI CINTA MELALU TAULADAN

Memberikan nasihat dan arahan,perintah serta larangan tidak menjamin kejayaan dalam mendidk anak2 kecil. Bahkan umumnya, lngkh sprt itu menyebabkan mrk menolak & jiwa mrk menjadi sempit untuk melakukan sesuatu yg mrk inginkan. Cara yg baek dan bnr adlh dgn menanamkan nilai dalam jiwa melalui cara yang lebih praktikal. Pimpin tgn si anak, untuk melakukan sesuatu sekaligus menerangkan caranya dgn penuh kasih syg, berhati2, serta latihan untuk menerapkannya.
Tsana berkata ”suatu ketika saya ingat bhwa kami mempunyai tetangga yang mewarnakan kukunya. Tentu shj saya tidak akan meminta supaya kuku sy juga diwarnakan. Saya hny mencari pewarna kuku merah dan mewarnakan kuku dgn pwarna tersebut. Saya juga pernah berselisih dgn saiful islam tntg siapa yg duduk di sisi kanan meja makan dan siapa di sisi kiri. Yan duduk d sisi kanan adalah mrk yang melakukan pkrjaan yg baik &benar. Suatu ketika yg lain, ayah pernah meminta saya duduk di sisi kanan agar tidak berebut tmpt duduk. Ketika itu saya lebih kecil dari saif. Ayah sngt ketat dlm memerhatikan kami. Dia suatu ketika prnh bertanya, ‘ apa ini wahai tsana?’ saya memberitahu ayah bhwa saya melihat jiran perempuan di sebelah perempuan mewarnakan kukunya. Lalu ayah menyatakan, “ apakah kamu tahu bahawa ada slh seorg org soleh ada mengatakan, “jgn mkn bersama org yg menyimpan kukunya,” kerana org yang menyimpan kukunya ialah org yang menyimpan kotoran di sebalik kukunya itu. Ayuh, skrg juga potong kukumu dan bersihkannya, ayah tunggu dan kita tidak boleh makan dulu.”
Selepas itu, saya memotong kuku, dan membersihkan warna yg ada pada kuku. Saya sengaja menghilangkan sebahagian dan membiarkan sebahagian yg lain. Selepas itu saya menyatakan “sudah” pada ayah. Ayah lalu memanggil saya. “sekarang mari kita makan bersama2 dan jgn ulanginya lg skali.” Ayah mengajar sy scr lngsng dan bkn skdr dgn perkataan shj. Harus saya sampaikan bhw ayah menyampaikan semua dgn ksh syg. Kami menyayanginya, bukan takut kpdnya..”


2-AYAH MENGUTUSKAN PENGINTIP

“org yg hny mementingkan diri sndiri idak patut dilahirkan sbg manusia” seorg pndidik yg Berjaya adlah yg boleh mendidik anak2 nya untuk bangkit bersama2 dgn umatnya dgn cara memberikan manfaat kpd org lain,prkr ini dpt dimulakan secra sederhana smsa ank2 itu msh kanak2 agar dia mahu berinfaq ke jalan Allah. Agar dia kelak tidak menjadi manusia yg egois y hny memikirkan tntg dirinya shj. Kerana itulah imam hasan al banna begitu serius menanamkan nilai ini dalam diri anak2nya. Mrk dibiasakan untuk berinfaq bkn untuk sekali dua shj. Tapi, harus menjadi karakter ataupun sebahagian dari jiwa mrk untuk selalu berinfaq. Dgn demkian, anak2nya akan menjadi seorg yg pemberi manfaat dan kebaikan kpd org lain untuk bangkit dan maju bersama2 dgn umatnya. Saifulislam prnh berkata mengenai hal ini, “ayah memberikan kami 1o ma’adin untuk kami infakkan semuanya pd setiap hari jumaat, selepas solat jumaat . ayah tidak pernah lupe dgn kebiasaan ini. Saya mngerti juga akhirnya ternyata ayah mengutuskan seorg ikhwan untuk mengintip bgmana saya menginfaqkan wang pemberian itu sehngga ayah merasa tenang dgn penggunaan wang yg diamanahkan kpd sy..”


3-NILAI HIDUP INI ADA PADA NILAI KEIMANAN

“bukan dikatakan pemuda org yang mengatakan ‘ayahku adalah ini dan itu’. Tapi yang disebut pemuda adalah yg mengatakan “inilah aku.” Perlindungan, bantuan, perhatian kpd anak2 akan menyebabkan mrk memahami ap ertinya hidup yg mulia. Bgmana pun, cpt atau lmbt org tua pasti meninggalkan mrk d dunia ini. Dan ketika itulah mrk harus menghadapi khidupan mrk sendiri. Maka diantara factor kjyaan org tua , khususnya ayah dlm menguruskan kehidupan, bagaimana menciptakan kjyn agar mrk tidak dihempas taufan kggalan khidupan y sia2 slps pemergian org tua mrk.
Saiful islam mengingat perkataan hasan al banna yg dia dgr, “ jika kamu melihat seorg mkmin yg betul orientasi hidupnya, pasti dia juga memilki bnyk factor kjyn dlm hidupnya.” Lalu saiful islam mengatakan ,”saya ingat masih kecil, ketika saya masih di bangku sekolah rendah, ayah-semoga Allah merahmatinya- berkata, ‘ setiap org harus menguasai sesuatu bidang. Dahulu, datuk berjaya menguasai ilmu membaiki jam. Lalu, suatu ketika di musim, cuti musim panas saya diajak pergi ke sebuah syarikat percetakan milik ikhwan al-muslimun. Ayah lalu meminta seorg temannya al akh sayyid thaha untuk memberitahu dan mengajar saya proses percetakan. Saya tahu, itu dilakukan ayah, kerana ayah ingin menerapkan sunnah Rasulullah saw. Dia lalu menyebutkan, “sesungguhnya Allah swt mencintai seorgmukmin yang kreatif”. Tidak berlebihan jika saya mengatakan ternyata waktu yg singkat di syarikat percetakan itu, bnyk memberikan manfaat kepada kehidupan saya selepas itu…”


Petikan daripada buku-“cinta d rumah hasan al banna’~

Wednesday, January 21, 2009

menyelusuri sejenak cinta di rumah hasan al-banna,, ;)


assalammu'alaikum wbt,,
hati2 ini tiba2 tergerak nk kongsi kisah kehidupan hasan al-banna di rumah.. kebiasannya,,kita biasa benar dengar hasan al-banna di medan perjuangan..tapi,, jarang sekali kita dgr kisahnya di kediamannya..jom,, :)

mari kita lihat dulu komposisi keluarga imam hasan al-banna rahimahullah. al banna dikurniakan 6 org cahaya mata. terdiri daripada seorg ank lelaki dan 5org ank perempuan..urutannya:

1-wafa: merupakan anak perempuan yang sulung sekaligus merupakan isteri seorg da'ie yang terkenal iaitu sa'id ramadhan rahimahllah. ketika al-banna meninggal dunia,, dia berusia 17 tahun.

2- ahmad saiful islam: merupakan seorg peguam sekaligus setiausaha general majlis peguam mesir dan bekas anggota parlimen mesir. dilahirkan pada 22november 1934. berjaya memperoleh gelaran sarjana di bidang HAM tahun 1956 dan darul ulum 1957. usianya baru 14 tahun,2bulan,2 hari ketika al-banna meninggal dunia.

3- dr.tsania: merupakan pensyarah urusan pengaturan rumah tangga. mengajar sejumlah universiti di arab saudi. dia baru berusia 11 tahun ketika al-banna meninggal dunia.

4- ir. raja': ketika al-banna meninggal dunia,, usianya sekitar 5 setengah tahun.

5- dr. halah: pensyarah kedoktorandi universiti al-azhar.

6- dr.istisyhad: pensyarah ekonomi islam. dia masih dalam kandungan ibunya ketika al-banna meninggal dunia. jika diimbas semula,, menurut analisis doktor, dia harus digugurkan dari kandungan lantaran penyakit yang dideritainya serta bahaya kehamilan yang mengancam nyawa si ibu. para pengamal perubatan menetapkan pada 12 febuari bertepatan dgn hari kematian imam hasan al-banna. tapi,, Allah swt berkehendakkan sesuatu yang laen. istisyhad lahir dgn sehat. dan kerana rangkaian peristiwa itulah dia dinamakan istisyhad yang beerti memburu mati syahid.


mahu tahu tentang masa kecil ank2 hasan al-banna??

anak adalah pelaburan besar untuk dakwah dan tentu sahaja untuk kemanusiaan scr keseluruhanny. kerana itulah hasan al-banna melakukan perancgn yang baek untuk ank2nya. dia selalu menjg proses pelaksanaan rencana itu dalam sebuah carta yg mengandungi semua mslh ank2nya yang penting untuk diberikan perhatian seperti masalah kesihatan dan masalah kemajuan ataupun kemunduran mereka dalam menguasai pelajaran di sekolah.

diantara perkara yang diiingati oleh saiful islam(ank lelakki hasan al-banna) ialah, carta itu mengandungi antara lain:

-tarikh dan sej kelahiran
-nombor kelahiran
-jadual pemberianubat dan makanan
-surat keterangan doktor
-keterangan ataupun catatan mengenai keadaan penyakit secara terperinci.
-ijazah anak2.
-catatan prestasi anak2 di sekolah.
-dan lain2..

setiap anak2,, al-banna disediakan cttn msng2. di dalam carta itu, imam hasan al-banna menuliskan sendiri keterangan terperinci sej dan tarikh kelahiran,nombor kelahiran, p0la pengaturan mknn bg si kecil dan seterusnya. al banna juga mengumpulkan semua surat keterangan ataupun resit doktor yg merawat anak2nya, keterangan terperinci yang diberikan yang lengkap dgn tarikh ianya diberikan. setiap
laporan itu disertakan dgn catatan kecil mengenai keadaan si anak mengambil ubat? berapa dos ubat yg perlu diambil?apakah semua ubat yg diberikan oleh doktor sudah diminum sepenuhnya??

dalam carta itu juga tersusun rapi semua ijazah dan laporan anak2nya. "ayah meletakkan di bhgn plg utama, dgn bbrapa cttn yang ditulisnya sendiri. misalnya sahaja, tulisan ayah mengenai laporan dan ijazah saiful islam,ditlisnya , 'saif perlu peningkatan dalam hal itu dan ini...' wafa perlu dibantu dalam mata pelajaran ini..." ujar tsana demikian catatan demi catatan itu ditulis oleh hasan al-banna ntuk satu persatu anak2nya...

hebatkan hasan al-banna.. even sibuk dengan urusan dakwah,, tapi..urusan hal-ehwal rumah tangganya tak pernah diabaikan. malah,, ia tersusun dengan rapi dan kemas..:)



-petikan daripada buku,, "cinta di rumah hasan al- banna-"

Friday, April 25, 2008

KEKASIH ALLAH PEMBAWA RISALAH


-Kekasih Allah pembawa risalah-

Tanggal 12 rabiulawwal kembali bertamu,
Hatiku tiba-tiba tersentuh,
Luluh rasanya menahan sayu,
Tatkala mengingati perjuangan dan pengorbanan,
Insan yang teramat mulia,
Junjungan besar Rasulullah saw.

Ya rasulullah saw,
Hakikatnya telah terpancar,
Tanda-tanda kerasulanmu,
Sejak kelahiranmu lagi,
Terpadamnya api biara majusi,
Robohnya istana parsi,
Terang benderang makkah,
Diterangi dengan kemilau cahaya yang indah.

Ya rasulullah,
Hinanya diri ini,
Hanya bisa mengingati dirimu,
Di saat tibanya ulangtahun kelahiranmu,
Khabaran rindu dan cintaku kepadamu kembali menyapa,
Kerana cintamu tulus setia,
Cinta kepadamu ibarat cinta kepadaNya,
Kini hanya selawat sebagai pengikat kasih,
Moga syafaatmu bisa memanduku di ukhrawi kelak.

Walaupun diriku tak pernah melihat wajahmu,
Namun sirah-sirah perjuanganmu,
bisa meruntun hati setiap insane,
tabahnya hatimu menangkis setiap cabaran dan dugaan,
yang datang menghampiri.
Ya rasulullah,
Kepadamu disandarkan gelaran al-amin,
Teguhnya hatimu,kukuhnya jiwamu,
Menahan segala tohmahan dan cacian kafir quraisy,
Hatimu tak pernah luntur dengan kalimah Allah,
Tak pernah kau mengangkat bendera putih,
Meletakkan jawatan sebagai pembawa risalah,
Yang benar daripada Tuhanmu.

Cekalnya hatimu ya rasulullah,
Tak pernah rapuh menepis tempias caci maki,
Pembenci islam,sebaliknya,
Betah menyusun gerak kerja dakwah,
Mulianya dirimu disisi TuhanNya,
Dimana dapat ku cari insan semulia engkau.

Ya rasulullah,
Tiada insan yang dapat menandingimu,
Kemantapan peribadimu yang luhur,
Benarlah ketetapan Allah mengiktiraf dirimu,
Sebagai kekasihNya,
Ya rusulullah,
Kau insan teragung lagi terpuji,
Kehebatanmu tiada lawannya,
Kehilanganmu tiada pengganti..

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...