"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets
Showing posts with label kEnANgAn dAn pEnGaLaMaN~. Show all posts
Showing posts with label kEnANgAn dAn pEnGaLaMaN~. Show all posts

Friday, May 28, 2010

novel on9 kedua..:)


Assalammu'alaikum. alhamdulillah, pertama dan selama-lamanya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan rahmatNya saya dan anda yang sedang membaca blog saya sekarang masih lagi dipanjangkan usia untuk meneruskan sisa kehidupan. nowadays, masih dan sedang mengumpul bahan untuk merealisasikan novel on9 kedua. masih merangka-rangka plot dan teknik cerita. actually, still vague, about how i want to create an interesting teenagers' novels. penerimaan untuk novel on9 pertama agak hambar, mungkin kerana teknik cerita yang agak basi dan para pembaca dapat agak pengakhirannya. gaya bahasa dan jalan cerita juga mungkin agak kurang menarik. saya memang akui lah saya buat tu memang rushing, sebab tak sabar nak publish kat blog. hehe.. so, i take that as a advantage tuk tebus balik kesalahan lalu n perbaiki pada novel on9 kedua nie. n jika direzekikan, saya nak publish novel on9 kedua nie jadi buku. tapi, saya tak letak harapan yang tinggilah. sebab saya tahu, saya masih merangkak-rangkak lagi dalam dunia penulisan nie. apa yang saya leh buat, doa yang tak putus2 daripadaNya n juga sokongan daripada anda semua..:)



Sehingga ke saat ini, ramai yang tanya saya, apa tajuk novel on9 saya nie. buat masa skrg, semua orang yang tanya, semua saya keep it as a secret. hehe, saje nak rahsiakan dulu buat sementara waktu..biar surprise untuk ketika ini dulu. tapi, bagi pengunjung teratak saya ini, saya akan bagitahu terlebih dahulu b4 saya post kat wall fb untuk public infomation. penulisan saya kali ini lebih banyak menggarap persoalan ukhuwwah, cinta, ada sedikit pasal keturunan dan nasab. unsur ketuhanan dan penghambaan jiwa pada Khaliq. unsur takdir, qada dan qadar. soal jodoh pertemuan dan sewaktu dengannya. tidak boleh beri banyak2 sangat nih. ianya terlalu awal untuk dibocorkan.. tunggu masa yang sesuai tuk fully reveal. hehe :)

walaubagaimanapun, sy letak harapan yang tinggi juga daripada segi penerimaan pembaca tuk novel kedua nie nnti. saya nak hasilkan novel yang mampu untuk diselami para pembaca. bukan sekadar suka2 shj. tapi, mesej tu yang penting. mesej yang membawa pengajaran buat pembaca berfikir dan berfikir esp tentang keagungan agama islam yang cuba diteketengahkan dalam novel nie. insyaAllah, doakan saya ye. semoga dapat menghasilkan novel on9 yang berkualiti. doa dari anda amat saya hargai. syukran jazilan khatira. :)


Thursday, April 1, 2010

insyirah qalbi..lekat betul nama tu..^_^


Bismillahirrohmanirrohim.. Alhamdulillah selaut syukur ke hadrat Yang Maha Penyayang kerana sayangnya Allah pada saya masih memberi nikmat iman dan islam..subhanAllah..alhamdulillah wa Allahuakbar..nikmat yang sangat2 berharga buat muslim yang tahu menghargainya..hmm..dah lama tak menitipkan sesuatu di teratak setanggiukhuwwah ini..agak kurang berkesempatan untuk posting di sini..dengan pelbagai hal..bukan sibuk ye..tak sesuai n tak deserves org mcm kita nk cakap "sibuk"..sedangkan Rasulullah SAW sendiri pun tak pernah cakap "sibuk" walhal bagindalah hakikatnya insan yang paling sibuk dengan pelbagai urusan untuk pembangunan ummah..wallahu'alam..latelay jugak sangat pack dgn aktiviti..kolej nya..persatuannya..kelasnya..fakultinya..etc..dalam masa kesempitan dan kesesakan itu, alhamdulillah, dapat jugak pg pengisian rohani melalui persatuan2 islam uitm melaka di masjid..itu yang terbaek..at least seminggu sekali..^_^ n cakap pasal persatuan2 nilah teringat saya pada suatu malam..time bermeeting dgn AJK dan MT inspirasi yang dipimpin oleh ust faizal.. hmm..sebelum meeting, sempat jugak makan2 smbil borak2 dgn sahabat2..tgh makan, tiba2 ust sebut nama gelaran saya "insyirah qalbi"..saya yang tgh makan terpandang kat ust sambil senyum2..n ust bertanya.."awk kan insyirah qalbi?" tanya ust sambil tersenyum2.. saya yang mmg suka tersengih mengangguk..agak kagum sebab ust dapat detect saya..almaklum la, saya org baru..no wonder if ust tak kenal saya..rupa2nya request saya sebagai friend di fb telah ust confirmkan..agaknya disitulah ust dapat cam saya..mesej dr ust tempoh hari di fb berkenaan status saya juga ust bertanya.."betulke awk da kawen?" tergelak kecil n tersipu malu saya sebentar..kelakar ada..lucu ada..malu pun ada..mcm tak sbr nak bernikah..saya menjawab..sengaja letak status tu..gelenya..hehe..tapi, selepas itu, banyak jugak solan yang lahir daripada ust.."nama ayah sape, duk mana, nama sebenar sapa, under biro apa, apa maksud insyirah qalbi..n so on.." di akhir kata, ust menyimpulkan mahu memanggil saya dengan nama insyirah sahaja..sebab beliau kata, nama tu best, maksudnya pun best n lekat dengan cara saya..hehe..situasi yang sama juga berlaku pada saya pada suatu usrah berkenaan nick nama tersebut apabila ada senior yang bertanya nick name saya..hehe..lekat betul nama tu pada saya..insyirah qalbi..hanya pada nama..ianya juga nama pena saya sebagai writer di alam maya..wallahu'alam..insyirah qalbi..tenang hatiku..moga sentiasa tenang dihatiku..^_^


p/s: nntikan entri selanjutnya akan datang berkenaan pengalaman saya pergi ke pesta buku ahad lepas di pwtc..mcm2 yang nak dikongsi bersama..semoga segala yang baek dapat dimanfaatkan bersama..wallahu'alam bissowab..^_^


Wednesday, March 10, 2010

“Baguslah akak..ayah saya suh mcm nie la..”


Bismillah..assalammu’alaikum wbt..lama benar rasanya tak menitipkan perkongsian daripada pengalaman sendiri setelah beberapa entri sebelum ini hanya mampu berkongsi kisah-kisah pengajaran yang dipetik daripada web-web islamik..rindu benar pada rumahku, setanggiukhuwwah ini..apa khabar tetamu setanggiukhuwwah sekalian?Harapan saya moga dalam keadaan sehat dan sentiasa di bawah rahmat Yang Maha Penyayang..alhamdulillah, jutaan syukur kehadratNya kerana dengan sifat sayangNya kita masih lagi dapat menikmati nikmat iman dan islam utamanya..moga-moga kesempatan dan nikmat panjang umur ini dimanfaatkan pada jalan yang diredhai Allah..jadikan setiap benda yang kita lakukan sebagai ibadah kita..:)

Nowadays memang sangat pack dengan test, quizzes, assignments n so on..tu belum masuk dgn prgm kolej lagi..hmm..mmg agak pack jugak..dalam masa yang agak limit ini perlu juga mencari ruang dan peluang untuk mengisi hati dengan sesuatu yang dapat mendekatkan diri pada Allah..usrah, prgm2 agama yang dianjurkan di masjid, cuba juga saya curi masa untuk pergi..penat memang penat..dengan kelas yang habis petangnya..tak terkecuali kelas2 ganti n kelas tambahan..ditambah dgn unexpected prgm kolej lagi..kdg2 agak meletihkan..

Melihatkan keadaan saya yang agak kurang melekat di bilik, seorang rakan sekelas pernah memuji saya seperti ini.. “ baguslah akak..ayah saya suh macam akak lah..aktif macam nie..ilmu tu bukan kat buku je..tapi, kena aktif join prgm2 mcm akak selalu pg..macamne ye akak bg masa? Akak pandai akademik..agama pun boleh tahan..”
Terkejut saya..tersenyum pun ada..bila dipuji cara saya patut diikuti..betulkah begitu?
Saya segera menafikan sentences terakhir yang keluar dr mulutnya tadi.. “takdelah, akak biasa je..akak rasa tenang bila dapat pergi prgm2 mcm nie..kalu tak pergi, rasa mcm ada something missin’..bila dah lg, rasa puas..lagipun kita pg prgm2 agama, kita dapat dekatkan hati pada Allah..bila hati dekat dengan Allah, terasa jiwa tenang..sebab Allah tiupkan ketenangan dalam jiwa kita..rasa damai bila semua yang dibuat kerana Allah..kalu ada rasa mcm kita buat ada je yang tak kena tuh, kembalilah pada Allah semula..Allah ada jawapannya..” saya mengulas panjang sambil tersenyum, kemudian segera menyambung..
“hah, kamu pernah rasa mcm serba tak kena kan? Mcm setiap org kita nak salahkan, semua benda tak betul..kita je betul..pernah rasa mcm tu?” “pernah” dia membalas..
“hah, bila semua benda tak menjadi, apa puncanya?maksudnya adalah something missin’ dalam diri kita tu..rasa tak kena je kan? Begini..setiap masalah dtg dr Allah..jadi bila rasa mcm tu, kembalilah pada Allah..setiap benda dtg dr Allah n kepada Allah lah tempat kita meminta pertolongan..dekatkanlah diri kepada Allah..rasa nak beragama ini suatu fitrah..mmg kita perlu sebenarnya pad agama..Cuma kdg2 kita tak sedar..even org jahil pun, mereka perlukan kepada agama kerana itu adalah fitrah..fitrah tu tak boleh ditahan kan? Jadi, isi hati2 dgn prgm2 agama tu juga suatu fitrah, sebab rasa mcm tak boleh n tak lengkap kalu tak isi hati dan tak pandu hati kepada sesuatu yang mendatangkan ketenangan dan keluhuran hati..:) jangan takut tuk buat apa yang islam suh buat n tinggalkan apa yang islam larang even ramai org2 islam sendiri yang tak buat kerana segala apa yang islam perintahkan, bawa jutaan hikmah yang terkadang tak terjangkau akal fikiran kita..islam itu cantek, bila kita follow apa yang islam syariatkan, ia jadi cantek juga..” saya mengakhiri huraian saya. Agak panjang..tp, entah apa tah saya merepek..huhu..moga2 perkongsian ilmu dr saya yang agak cetek itu dapat membuatkan dia berfikir..saya mengakhiri topic tersebut dengan ungkapan ini..

“MUJAHIDAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS” :)



Tuesday, January 19, 2010

genggamlah bara api!



bismillah..assalammu'alaikum wbt.. sedikit perkongsian bicara hati..Teringat aku pada suatu situasi sebelum aq balik hostel baru2 nie, sedang menunggu kawan untuk balik sekali, ad seorang mak cik melintas di hadapanku dan dengan ramahnya dia menegurku..
“banyaknya barang nak oi..tak dapat cik nak nolong nie ha…” suara itu berpetah molek dengan loghat negeri sembilannya..mak cik yang kelihatan berusia antara 50 an itu kemudiannya tersenyum.. “ takpe mak cik..” aq tersengih..malu plak..sepatutnya aq yang tolong angkat barang mak cik tu.. mak cik tu sempat bertanya lagi.. “ nak balik mano?hostel ke?” “a’ah.” .aq segera menjawab sambil menganggukkan kepala..” “oo..kat mano?” makin rancak pulak mak cik tu bertanya.. “ kat Melaka..uitm” “oo..belajar apa kat sana?” mak cik nie makin suka nak bertanya perihal aq..huhu. “amek accountancy” “fulamak..kayo la dok ngira2 duet nie..” dia tersenyum.. aq tersenyum mendengarkannya..”haa..belajar betul2 la yo..mak cik nak balik dah nie..” dia tersenyum dan berlalu dari situ.. aq tersenyum.. comel nya mak cik nie..heE~ dari situ, aq terfikir..mungkin Allah hantar seorang hambaNya untuk memberi inspirasi kepadaku. Pengalaman dan kenangan sedikit masa lalu tentang pendidikan ku yang agak kurang memuaskan dahulu, sedikit mengecewakan aku..ironinya, peristiwa itu benar2 menduga hatiku dan perlu bersangka baek dengan Tuhanku..Allah azza wajalla..masyaAllah..dan kini bila diberi pilihan untuk meneruskan studi semula, aku berazam untuk lebih bersungguh2..tak mahu maen2 lagi..komitmen antara studi dan tanggungjawab laen juga perlu diseimbangkan..dalam sibuk nak menelaah, aq berusaha takkan lupa untuk menunaikan janji kepada Allah sejak di alam roh lagi..iaitu sebgai khalifah di muka bumi nie..akan ku berusaha..Allah pasti memudahkan jika niat kita keranaNya..wallahua’alam..

p/s: entri kali nie agak ringkas..tapi, insyaAllah..sama2 kita memakmurkan muka bumi ini dengan suasana islam..gud luck studi also!



Saturday, January 9, 2010

hijrah yang baru bermula..:)



bismillah..assalammu'alaikum wbt.. lama nya tak update blog..sangat berhabuk n bersawang..tapi, alhamdulillah..da bersihkan td..sapu sawang..mop lantai..vacum sume..fuhh..penatnya..heE~ ap kbr pengunjung setia setanggiukhuwwah? hopefully..sehat..kepada yang baru nak berjinak2 menyinggah, selamat dtg ke teratak yang tak seberapa saya nie..semoga sgla yang baek dpt dimanfaatkan bersama..entri kali nie nak kongsi pasal "kehidupan baru"..ap tu kehidupan baru?? hmm..almost 2 weeks di melaka..banyak prkr2 baru yang dialami..kehidupan baru disini..buku2 yang perlu dibeli..nak mencari n nak sesuaikan diri dengan pentadbiran n selok belok di uitm melaka..kawan2 yang pelbagai sikap dan karenah..tanggugjawab seb anak, rumet, kawan, pelajar dan khalifah di muka bumi nie..masyaAllah..bak kata al banna.."tanggungjawa itu melebihi masa yg ada.." tak menang tgn nak bt sume,, tapi..alhamdulillah..Allah mudahkan..dalam masa beberapa ari sahaja, da jumpa sahabat2 sefikrah..mmg tu sebenarnya yg nak dicari pas tahu dpt offer studi kat sni..waasilahnya,, persatuan2 islam sgt banyak disini..pernah juga terlintas di minda..banyaknya persatuan..sampai 3..INSPIRASI, INSAN & JPM..macamna perlu dibahagikan antara akdemik dan komitmen untuk ketiga2 persatuan tersebut..baru2 nie time pg usrah INSAN, dapat sambutan yang agak menggalakkan juga..ramai yang join..untuk "berkhidmat" under biro2 dalam organisasi tu sendiri..alhamdulillah..semoga usaha yang kecil untuk sebarkan ketinggian dan keagungan agamaNya di muka bumi ini dipandang oleh Allah SWT..dgn kuasa yang ad, saya berusaha mengajak kawan2 yang dikenali disini untuk join prgm tersebut..ramai kawan2 skula yang dapat sini, so..dengan kuasa yang ad, cuba tarik minat mereka tuk join prgm2 berilmiah mcm ini..tak rugi kan tlg agama Allah? kan Allah dan janji sesuatu dlm surah muhammad ayat 7.. alhamdulillah,usaha tak sia2..salah seorg kawan skula saya, berjaya saya approach n ajak dia g usrah..dia nampak berminat..pas saya test fikrah dia.heE~ bt masa ne..yang da join, under INSAN sahaja lg..untuk komit pada sume organisasi,belum terlintas lagi..risau juga pada komitmen yang sebesar mana je mmpu diberikan..hmm..insyaAllah,, yg penting.. mesej untuk sebarkan islam itu sampai pada mad'u..n peringatan2 demi peringatan sentiasa disalurkan kerana setiap peringatan itu adalah bermanfaat bg org mukmin..(az-zariyat-55)

TANGGUNGJAWAB KITA~

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar.merekalah orang-orang yang beruntung." (3:104)

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. " (9:71)

"Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh. " (3:114)

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. " (3:110)

wallahu'alam..syukron.:)








Wednesday, December 23, 2009

senarai penulis yang menjadi inspirasi.. ;)

Bismillah..assalammu'alaikum wbt.. setelah beberapa teratak ini bersawang, hari nie baru dapat mengemas semula..fuhh..penat..alhamdulillah..entri kali nie, teringin nak share pasal penulis2 yang menjadi inspirasi saya kepada para pengunjung ke teratak saya..sebelum tu..teringin gak nak kongsi bersama beberapa peristiwa penting..heE~ beberapa hari berlalu..banyak kenangan dan events yang bakal berlangsung..yang pasti..tak lama g..sambung belajar balik..ari ahad nie, gerak la aq ke melaka..hari sabtu nie plak, kenduri pertunangan kak long dgn abg izzat..alhamdulillah..moga dipermudahkan..n moga sampai ke jinjang pelamin n kekal bahagia hingga akhir hayat..ameen..



n last week plak, ad reunion ngan kawan2 skula dulu..gambar kat atas nie..seronok dapat jumpa kawan2 lama..moga ukhuwwah fillah ini kekal hingga ke akhirnya..berkata pasal ukhuwwah fillah pula, teringat saya pada suatu malam..dimana kami, 5 beradik memasak nasi goreng..nampak mcm simple recipe, tapi..dek kerana semua air tgn mengalir di dalam masakan itu, n mmg tgh lapar..nasi goreng yang sebenarnya, takdelah sedap tu..boleh abes..hehe..rasa puas bila abes makan..senang hati je..seronok bila semua nak membantu..hehe..:) okeh2..teruskan pada entri kali ini..nak cte pasal penulis2 yang menjadi inspirasi nieh..tapi melencong ke tempat laen plak..heE~ ok..SELAMAT MEMBACA..;)

1- ust zaharuddin..

2- ust hasrizal abd jamil..


3- Ustzh siti nor bahyah dan Ust wan akashah..

4- Ramlee awang mursyid..

5- Dato' Dr haji muhammad fadzilah kamsah


6- Pahrol muhd juoi..

7- Ust zahazan..

8- Faisal tehrani..

9- Fatimah syarha mohd noordin..


10- Ust Fathi yakan

11- Dr Hm tuah iskandar al-haj


12- Almaududi


13- Sharifah abu salem..




Friday, December 18, 2009

tersenyum sendiri.. :)



assalammu'alaikum.. hopefully tetamu yang menziarah blog saya tika ini..sehat2 belaka..alhamdulillah..saya juga baru pulih daripada demam..heE~ entri kali nie..just perkongsian perasaan saya apabila dapat feed back yang positif daripada sahabat2 tentang cerpen sulong saya..samaada yang sms kan pada saya terus dan juga pada blog ini sendiri..respon di blog mungkin agak hambar..tetapi,, itu pun da cukup menggembirakan buat saya..rasa terpanggil untuk berkongsi perasaan yang dialami bilamana sahabat2 memberi respon yang membina..;) hanya sebab tertarik dengan cerpen sulong saya nie..salah seorg sahabat rapat yang dikenali ketika sm2 mengaji di kmns dulu..terus promote blog saya pada blog dia..rasa agak cuak juga bila tgk blog dia bermadah puitis mempromote blog saya..saya tahu dia hanya sukakan cerpen saya sahaja..tapi, rasanya tak perlu nak promote blog..promote cerpen je da cukup..huU~ bukan apa..bila da state seperti itu..org laen pasti mahu melihat sesuatu yang gah seperti mana gah nya dia bercerita pasal blog saya kat blog dia.. agak cuak disitu..walaubagaimana pun..terima kasih pada dia sebab meng"glamour"kan blog saya..huhu..saudara khalid ismath..blog nya juga tidak kurang hebatnya..penulisannya bisa menaikkan semangat sesiapa sahaja yang membaca entrinya.. berkredibiliti sebagai seorang pemimpin..alert dengan isu semasa..sangat mengambil berat tentang sahabat2nya..pandai mengambil hati sahabat2nya..antara faktor saudara khalid mudah didekati..sebelum ini, dia menetap di hhtp://khalid-ismath.blogspot.com. tetapi, oleh kerana ada anasir jahat yang diterima daripada org2 yang tak bertanggungjawab..dia terpaksa menukar url nya..sehingga kini..masih menunggu kehadiran blog nya yang mungkin berwajah baru..sama2 nantikan..;) next, komen yang diterima drpd seorg kakak saya yang juga sama2 mengaji di mtrk dulu..panjang komennya..buat saya tersengih dan ketawa terkekeh-kekeh..hehehe.. kak che ah sayang..mungkin agak lucu..terutamanya ketika dia berkata "akak tak sangka afif gelenya mcm tu.." haha..mungkin kot..atau tak tahu saya memang gelenya??? hehe..gurau2.. respon yang agak positif juga diterima daripada rakan2 skula..mengatakan saya ada bakat jadi penulis..serta ada yang suh publish jadi buku..kerana merekalah golongan pertama yang akan beli jika saya publish kan buku..hoho..saya sgt menghargainya..tapi.. itulah..penulisan saya masih banyak kekurangan..mentah daripada segala segi..saya perlukan lebih banyak pembacaan dan penulisan supaya jalan cerita..pengolahan ayat..struktur kata dan pemilihan bicara dapat diterap dengan cantik serta penulisan saya itu mampu dihadam sebaeknya oleh semua yang membaca..

wallahu'alam..segala yang baek dtg drpd Allah..yang buruk juga dtg dr Allah..tapi disandarkan pd saya yg banyak kekurgn nie..

p/s: sape2 yg nak di"state"kan nama..komen lah cerpen saya tu k? heE~ :D

Monday, November 23, 2009

nak poie mano??



bismillah..assalammu'alaikum..
bila da kena pada diri sendiri..baru terasa..
sebelum nie bila senior turun bagi usrah..aq ucap terima kasih..tapi, aq tak mengerti mungkin kesempitan wang, masa, tenaga dan laen2 yang mereka curahkan..yang aq tahu dorg datang bagi usrah..n then balik..aq balik bilik..diorg balik kampus..penat tu..duit..masa..tenaga..fuhh..sememangnya yang maha penyayang akan menilainya..tapi sekarang,
bila aq da jadi senior n trun dengan seniors yang laen..baru aq terasa..banyak betul pengorbanan akak2 n abg2 nie pada aq dan sahabat2 sebelum nie..tapi, honestly..penat tu akan hilang bilamana adeq2 memberi respon pada seniors..mantop sumenya..sumenya nampak sempoi dan lawak..tapi, hebat..alhamdulillah..
nak tahu ap berlaku pastu? jom bace lagi.. :D hurmm..entri kali nie pasal budi bahasa..act nak sentuh pasal keadaan aq dan kak suhana time dlm bus,, nak balik umah..tgh 2gu bas..tiba2 ad sebuah bas datang..drivernya seorang indian.. waktu 2, dalam pukul 4 ptg..aq memang tak makan lagi..nak makan nasi,, tak jumpa gerai makan..jadi, aq makan la apam balik..time nak bayar tiket kat uncle tu.. tiba2 uncle tu bersuara.. "eh, ekau makan apam balik sorg jo ko?tak ajak den pun?" aku hanya tersenyum..tergelak kecil..lucu juga org india pandai cakap n9..hurmm.. bila tanya harga tiket.fulamak..mahal gile..tahu tak sebab ap?bus cityliner yang selesa, ada air cond dan cantik tu pun lagi murah daripada bus yang aq naek ptg tu..dimana lantainya hanya gune papan je? bus lama..bunyi pun gedegang gedegung..mana taknya uncle nie bawak laju gile..sampaikan aq yang duduk kat kusi nie pun terpaksa berpaut pada besi bas tu..uish?? aq pun pelik..mana la..yang mneyebabkan harga tiket bus nie mahal..bila lama2..aq baru perasan..rupanya sebab budi bahasa driver bus nie..tiba di suatu tempat, ad sorg atuk naek.. begini dialognya.. "nak poie mano tok?" kata driver bus nie.. "ulu bondo(ulu bendul)" balas atuk yang agak berusia..badannya bongkok.. "ulu bondo? nak mandi ko tok?" atuk tu berkata sesuatu tetepi tidak jelas di pendengaranku..kulihat driver bus itu hanya tersenyum..bila hampir2 nak sampai ke destinasi yang dituju, atuk tu bangun dan berpaut pada besi sebelah driver dan bercakap.."tit..tit" amboi? sempoinya atuk nie..macam org muda..aq dan kak suhana hanya tergelak kecil..driver 2 memang talkative la..ad org indonesia kat dalam bus tu pun ramah je dia dia borak..siap cakap dialek indonesia lagi.. "mas, takde cewek ke?" uish..dasyat lah uncle nie..hehehe..aq rasa la,, itulah bas pertama yang aq pernah naek kat dalam dunia nie yang mana tahap kelajuannya sangat la laju..huhu..tak pernah aq naek bus yag secara puratanya memakan masa sejam..tapi, waktu itu tak sampai sejam pun? fuhh..dasyat.. bila aq turun dari bus, aq berpaling pada si driver bus..aq tersenyum dan berkata.. "thank you" dia membalas senyumanku sambil berkata.."ye..sama2 thank you.." lepas je turun dari bus tu, aq rasa tenang sket..tudung pun tak terbang2 ditiup angin..hehehe.. ;)

so, moral of d story..budi bahasa budaya kita.. heE~


Monday, June 22, 2009

my first try!!



salam 'alaik..
kul 11.30 pagi tadi baru je sampai umah..
g belajar bawak kete tadi..hik3..
lawak.lawak..
my 1st try..
pak cik ali sampai je rumah terus die suh bawak kete..
hik3..
ha..kelam kelibut..huU~
okay la kot..
aq excited je bawak kete nie..
heE~ yang lawaknya stereng tak pandai control la..huU~
pak cik ali da pesan da..
"jgn pandang bawah,, abes 2 nak suh sape pandang depan?" haha.. ni time nak tukar gear..
"stereng kena pandai control" ye la mana tak nya stereng yang aq pegang asyik ke kiri n ke kanan..pak cik ali kata "jgn ingat kat umah..focus dulu kat stereng nie.." ades..tapi,, kena puji la sebab even baru 1st try,, tapi cepat tangkap..ad kemajuan..ye ke?
eh..berlagak plak..haha..=p
erm..yang penting kena cepat ingat ap yang pak cik ajar..
faham betul2..kata nak cepat pandai kan?? huk3..best je bawak kete nie..enjoy..n free!! hehe..
wallahu'alam..nyway..esok ad lagi..


Wednesday, June 10, 2009

kem ibadah dan tarbiyyah..

KENANGAN BERSAMA PARA FASILITATOR~





assalammu'alaikum..
2 hari lepas baru je balik dari klang..
jadi fasi untuk satu kem ibadah nie..
seronok gak la..
pelajar sasaran adalah start dari student darjah 5 smp f4..
mcm2 budak ada..
mewah program kali nie..
buat kat resort g..
khalid sebagai master mind..
huU~
die jadi ketua fasilitator..
selain tue,, fasi laen yang turut membantu adalah..
akh hanif, akh ikmal, akh husaini, akh afif,akh nakeq..
muslimat plak..ukht husna,ukht hajar, ukht asrina, dan ukht nabihah..program yang bermula pada ari sabtu pg tue dimulakan dgn sesi
ta'aruf..selain tue,, pengisian program..antara laennya adalah..
ceramah daripada ustaah irni..slot ldk yang bertemakan ukhuwwah..explorace race n modul ukhuwwah..erm..yang terharunya apaila adeq2 minta urusetia buat program lagi n kekalkan para fasilitator yang ada..
huU~
seronok barangkali..moga2 ad rezeki dapat la kami pimpin adeq2 lagi ye..
wallahu'alam..

Thursday, June 4, 2009

abg faiz,, please open the door, i want to get in!!


Bismillahirrohmanirrohim...
assalammu'alaikum wbt..
erm..ahad lepas baru ana and family g walimah mak cik yang diadakan di kampung,, iaitu di rumah pak teh..
kebetulan, majlis pertunangan acu, nak diadakan sekali kenduri khatam quran n berkhatan anak pak teh..erm,, save bajet kan?
heE~
alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar..selesai sahaja majlis pertunangan acu, sejurus selepas itu, majlis khatam quran..
erm..seronok gak kali nie adik beradik n kaum kerabat sebelah mak ramai yang berkumpul..rindu benar..lama tak dengar kabar sume..yela jarang sekali dapat balik kampung n berkumpul begini..sume ad..yang takde cume family pak andak n anak2 pak ngah yang atas2..sibuk bekerja..tak dapat cuti..sm la sprt kedua2 akk ku juga..

majlis juga tak kurang hebatnye..apabila keluarga dari sebelah mak teh yang turut memeriahkan majlis..
erm..yang menariknya,, aku tertarik dengan keluarga sebelah mak teh..adeq mak teh yang mempunyai seorang anak yang pandai bertutur dalam bahasa inggeris. usinya seawal 5 tahun..namun,, amat petah berbahasa inggeris..
erm,, teringat tutur katanya ketika ana bertembung dgn die..

"abg faiz, please open the door..i want to get in..abg faiz!! please.."
beria-ia die memujuk abg sepupunya itu membuka pintu..siap merayu g tue..huhu..


"erm..chocolate??wow..it's my favourite!! papa,, do you want some??"
ni plak time mak longnya memberikannya coklat..siap ajak ayah die skali mkn lak tuh..
huU~

bnyak g antara tutur katanya yang membuatkan ana tersenyum kerana petahnya berbicara..die memang bertutur dalam bahasa inggeris dgn sume org yang die jumpe..
dengan parents die..adik beradik die..sepupu die..kawan2 die..even ngan orang yang die baru kenal gak..huU~

mungkin bagus cara die bertutur dalam bahasa inggeris nie..namun,, bahasa melayu juga perlu dikuasai..jgn smp satu hari nnti,, die tak bole berbahasa melayu..padahal..duk kat malaysia..gpun,, kita patut berbangga dengan bahasa kita..
wallahu'alam..

Wednesday, May 20, 2009

kursus 5jam...



salam 'alaik,,
erm..semalam g kursus belajar kete..
nak amik lesen da rupanye..camne nie..
sampai ke kaki nak tekan minyak n brek??
huhu,, insyaAllah sampai..
jangan pandang pada ketinggian..
ye la..
ad ap pada ketinggian?
heE~

Ades..lepas nie kena menghafal plak..
kena bace buku panduan tue.
erm..lepas nie da sedia baru leh gtau pak cik ali..
nak g amek test sama ad rabun warna atau tak..
n test sebanyak 50 soalan guna komputer..huU~
kena buat betul2 nie..sian mak banyak perabis duit..
mujur kenal ckg yang bakal mengajar nie..
jiran depan umah je..
pak cik ali..
ops! kena sebut cikgu ali plak pasnie..
heE~
ok..bersedia untuk mengahafal?
chaiyok..aja-aja fighting!!
heE~

Sunday, May 17, 2009

ibadah camp tarbiyyah jiwa..;)


bismillahirrohmannirrohim..
Assalammu'alaikum wbtuh,,




sebenarnye kul 7 ptg tadi baru je sampai rumah..huU~
alhamdulillah..syukur,,
ana baru je balik daripda kem ibadah..
ana ditakhlifkan untuk menjadi salah seorang penyumbang tenaga dan kudrat untuk sama2 menjayakan kem tersebut.. kem yang diadakan anjuran MAINS itu,bermula dari hari jumaat(15 may 2009) sehingga hari ahad(17 may 2009) telah disasarkan kepada adik2 darjah lima dan enam dari sek keb nuri, johol, n9. ana bersama para fasilitator yang laen berusaha menyediakan pengisian yg menarik dan bermanfaat buat pelajar sasaran..jom imbas kembali..;) heE~
seronok gak..pengalaman mendewasakan kita..betul kan? heE~ alhamdulillah mungkin memimpin kali nie lebih matang..cewah..berlagak..hehe..
rasa banyak sngt nak cte..tapi,, kalu cte,, mampu berjela-jela panjang entri kali nie..;)
huU~ ari pertama kami(para fasilitator muslimat) sampai ke destinasi program lewat maghrib. jadi,, malam tue santai sahaja aktiviti.. keesokan hari adalah hari kemuncak..huU~ paginya,, macam biase kami isi adeq2 dgn qiamullail..seawal jam 4:30 pagi adeq2 da bangun untuk solat tahajud dan hajat secara berjemaah.. seterusnye, solat subuh dan bacaan al--mathurat secara berjemaah. then,, ada riadah.. dipimpin oleh para fasi muslimin-abg2 fahmi, faiz, jihad(ayit), ust firdaus, dan pak cu..huU~ layan...terhibur adeq2..mungkin abg2 fasi pandai menarik perhatian adeq2.moga2.huU~

seterusnya,, dlm LDK 1, bese la..berkenal-kenalan dgn adeq2..hehe,,
anak buah akak(nahnu muslimat)-fatin athirah,husnul mardhiah, alia, sufiah, syahirah, nabila, azira, dan...sayang kamu sume.. alhamdulillah sume takde masalah..;)
next,, dlm LDK 2,kami isi adeq2 dgn perkara yg asas.. pengisian tentang solat. dlm slot, "solat itu mudah". dipimpin oleh ustaz firdaus, ust menerangkan perkara2 asas dlm solat..rukun solat,, cara bacaan..pergerakan dlm solat..syarat sah solat,, perkara yg membatalkan solat n etc..LDK 3, kami mempraktikkan solat.. praktikal untuk adeq2 dari segi bacaan dan perlaksanaan solat itu sendiri..
petangnye,, kami ade explorace race..ana dikehendaki menjaga checkpoint keempat bersama saudara faiz. jenuh kami dok layan kerenah adeq2.macam2 gaya..hehe. yang lawaknya,, d checkpoint yg ketiga, rasanye fahmi dan kak mira yg jaga kat checkpoint tue..mereka ada task yang melibatkan penggunaan bahan seperti tepung gandum, jadi,, adeq2 yg dtg ke checkpoint kami, sumenye dgn muka yg putih sngt.ala2 ghost..hehe,, task kami mudah je,, melibatkan IQ.. berfikir secara kritis dan kreatif..hehe..=p hanya satu grup je yg berjaya! huhu..sedih..sedih.. tapi tak nafikan game nie agak mencabar..ad yang sepi2 je nak menang..mane tak dapat buat,, meh cni nak kasi denda..denda ap?jawab soalan kami..nak uji adeq2 tentang solat..ap yang adeq da belajar sepanjang mengikuti kem..=)
dalam kul 6:30 ptg, game berakhir..bese la kami lepaskan untuk makan malam adeq2..suapan pertama untuk siapa? huh?adeq2 sumenye segan ye nak suap sahabat?kata syg sahabat..hee.. nampak la perubahan adeq2.. mula segan2 nak suap..lama2 tak yah suh..da reti buat da..mabruk! ;)

yg bestnye,, malam tue la..mlm tarbiah jiwa. selesai sahaja solat isya', pok cu mengambil peranannya..haha,, ceramah berkisar tentang kematian.kemudian kami isi adeq2 dgn slide n video tntg di alam barzakh.. dlm keadaan yang gelap dlm dewan tue(lampu dipadamkan) maka,, bersedu sedan la tangisan adeq2 memenuhi segenap ruang d dlm dewan..huhu.. then,, mata adeq2 dipejamkan,, n kami bawak adeq2 ke satu tempat..kami pisahkan adeq2 daripada shbt2..maka,, ade la suara2 tangisan yg tak mampu berpisah dgn sahabat2..hehe,, takut..yg kelakarnye,, time ana bawak seorg budak gurl nie,, punye la kuat dia pegang pergelangan tgn ana. tak nak lepas. takut punye pasal. ades.. sakit!hehe,, akhirnye setelah dipujuk, maka lerailah pegangan tangannya darpada tgnku,, huU~ mcm2 gelagat adeq2,, ad yang tido..ngantuk punye pasal..tak hirau takut..ade yg bace zikir tak henti2..ade yg nangis tak nak ikut kami nak bawak g mane..yg hepinya,, bila penghulu bertakbir,, yang laen, sume ikut..kami tak bg arahan pun..=p..yg ekstremnya,, kak ika memainkan tindakan jahatnye..menyakat adeq2 nie,, dgn kapur barus dok didekatkan pada hidung adeq2 nie,, sambil membuat suara menakutkan.."ma robbuka" haha..menjadi gle..ad yang sampai kuat gile dok zikir..nangis..huhu..lawak la adeq2 nie..ad plak mereka kata itu suara syaitan..huhu,, yg risaunya takut ade yang kena histeria,, tapi alhamdulillah takde..mlm tue memang sume berjujuran air mata la..

keesokannya,, hari terakhir adeq2 menghadiri kem..best keseluruhannye? adeq2 kata best..huhu,, tak tipu kan? syukur..hari terakhir,, kami isi masa adeq2 dgn ceramah yang terakhir..bertajuk "islam is the way of my life" adeq2 masih menumpukan perhatian, even rasa mengantuk..gud3..seterusnya,, bese la..slot muhasabah..tentang family, shbt2,guru2..dan sewaktu dengannye.bercucuran lagi air mata adeq2 mengalir..
maka, tamatlah sudah episod suka dan duka adeq2..slot muhasabah merupakan slot terakhir para fasilitator bersama adeq2..

ades,, penat da menaip..buat terakhirnya, lots of syukron to ust firdaus, pok su, akh faiz, fahmi n jihad..to muslimat,, kak ecah, kak lia, kak mas, kak mira n kak ika..thanks a lot 4 d guidance..may Allah bless us! nice knowing and working wif all of u..ade masa, rezeki dan jodoh..cewah.hehe,, =p kita akan dipertemukan lagii.insyaAllah..jazakumullahu khairan kathira..~

Thursday, May 7, 2009

sAtU HatI~



Bismillahirrohmannrrohim..
Assalammu'alaikum wbt,,
baru2 nie baru je balik drpd mentarbiyah diri..subhanAllah..nikmat sungguh pentarbiyahan..;)
sekilas..
teringat beberapa adegan semasa program,, huU~..lawak pun ada..slh satunya dlm slot muhasabah..kami,, diduga soal ukhuwwah dgn sahabat2 AS..bagaimana ana diculik n hampir2 ditinggalkan di tepi jalan seawal jam 4 pagi?huh?memang takut la time 2..
luka di lutut menjadi kenangan ukhuwwah kami berempat..;)

jika diselusuri semula,, berat amanah kena pikul nie.. tugas sebagai seorang daie..amat berat n besar..nak bawak islam,, kita dihambat dgn beribu mehnah dan tribulasi.. ye..ada yg mengatakan nak bawak islam nie bukannya mudah..ibaratnye nk bawak islam tue..memegang bara api..jika terus dipegang,, maka hancur luluhlah jiwa..tapi..jika dilepaskan,, kita nak biarkan maksiat n mungkar terus bermaharajalela??

"kenapa susah sngt nak bwk islam nie??"
"tak payah la dok susah2 kan diri"
"buang masa je"
"tak dapat ganjaran pun"
"biar la org laen yg bt kerja2 gni"
"saya tak cukup ilmu lagi la"
"takpe..nanti2 bole"

inilah antara suara-suara yg berjaya meracuni fikiran kita daripada terus nak bawak islam..memang..nak bawak islam bukan satu pekerjaan yg mudah..hanya mereka yg betul2 thabat n istiqomah luruskan niat kerana Allah sahaja yg betul2 kuat n bersedia nak bawak islam..tiada istilah buang masa jika betul niat kita demi mengejar mardhotillah..tiada ap yg merugikan..janji Allah dlm surah muhammad ayat 7, sudah cukup teguh membuktikan Allah akan membantu kita,, jika kita bersedia membantu agamaNya..
hakikatnya..islam tak perlukan kita..tapi,, kita yg perlukan islam..tanpa islam sapalah kita?? bak kata pepatah melayu,, ibarat melukut d tepi gantang..buat ap nak cari ganjaran dunia..bukankah lagi manis ganjaran di akhirat?? ;)
jika kita terus berharap org laen..org laen.. dan org laen..
smp bila nak sudah??
tak usahlah terus menerus memberi alasan..
jika fktor tak cukup ilmu menjadi penghalang,, jangan biarkan ia terus bersarang di dalam hati..carilah ilmu..tambahlah ilmu..perbaikilah diri..
kata-kata saidina Ali,, makin aku belajar(menuntut ilmu) aku makin kenal akan kebodohanku..makin kita belajar, belajar n belajar kita makin tahu lagi banyak aspek perlu diambil kira dalam memperbaiki diri..selagi masih bernafas,, selagi itulah kita berusaha menimba ilmu..even hakikatnye,, kita akan tetap berasa kurangnya ilmu.. kerana ilmu Allah itu,, maha luas..;)
wallahu'alam..

terimalah satu hati..
lagu tema..heE~

Sunday, January 18, 2009

kem anak soleh..


even sudah agak lama berlalu..tapi,, ana still mahu mencoretnya di dalam blog..
sebenarnya,, ana mencari masa yang sesuai untk mencurahkan segalanya di dalam blog ana nie..dan alhamdulillah inilah masanya..

sebenarnya,, ana ni cuma bidan terjun sahaja. keputusan untuk menjadi fasi hanya mahu menggantikan kawan ana yang tidk dapat menghadiri kem tersebut kerana ada hal.jadi,, pg jumaat itu,kawan ana meminta agar ana menggantikan dirinya menjadi fasi. ana terduduk memikrkan apakah ana perlu menolak atau menerimanya kerana jika difikirkan banyak homwrk yang perlu ana bereskan. cuti 5 hari untuk student kmns, ana isi dengan reunion dgn rakan2 skula lama pada hari khamis, seterusnya, hari jumaat smp ahad, sebgai fasi..tinggal hari isnin..dan hari isnin, ana perlu pulang ke m2x, menjalankan tanggungjawab ana sebagai pelajar semula..setelah difikirkan dan selepas mendapat izin dari parents, akhirnya ana mengambil keputusan untuk menyahut ajakan kawan ana tersebut dengan harapan ana dapat mencari pengalamn yang berharga, pengalaman memang tak boleh dibeli..tapi,, ia perlu dicari..=)


alhamdulillah..pada disember lepas,,semasa cuti hari natal, ana berpeluang dan dberikan amanah dan tanggungjawab untuk menjadi fasilitator untuk satu program ''kem anak soleh''.program yang berlangsung selama tiga hari itu berjaya memberikan pengalaman yang berharga kepada ana..seronok dapat sama2 menjayakan program tersebut.Antara pengisian kem tersebut termasuklah ceramah, riadah, LDK, qiamulail,muhasabah and etc..
pengalaman juga bagi ana kerana dapat memegang satu ldk..anak2 buah ana(nice generaion) n alhamdulillah nak dikatakan halawatul ukhuwwah itu ada buktinya kami masih berhubung antara satu sama laen..akak sayang adik2 semua..=)

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...