"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets
Showing posts with label DakwAh Dan taRBiYyAh~. Show all posts
Showing posts with label DakwAh Dan taRBiYyAh~. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta..


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..
sumber: i luv islam

Saturday, January 7, 2012

next short story: SEPARUH JIWAKU PERGI


“ Repeat lagi…” suara itu mengeluh kecil. Mimik mukanya menampakkan kesuraman. Hatinya dipalit rasa hampa. Sayu melihat keputusan peperiksaannya sem ini. Sama seperti sem lepas. Cuma sem ini, keputusannya jauh lebih rendah menjunam daripada sebelumnya. Dia termangu. Hiba. Raut wajahnya melukis seribu satu rahsia kehidupannya. Bahkan rahsia-rahsia itu lebih selesa untuk disimpan sendiri daripada berkongsi dengan orang lain. Dia rela. Mana tidaknya, keperitan hidup memaksa fathil bertindak sedemikian. Tambah menyedihkan, Sejak beberapa bulan yang lepas, fikirannya sedikit terganggu lantaran mengenangkan orang tuanya di kampung. Dia sangat khuatir memikirkan nasib orang tuanya tanpa ada yang menjaga mereka di sana.

“ fathil, kau sebenarnya boleh bawa ke tak dengan kos kau sekarang?”soal aiman, roommate fathil. Fathil hanya diam membisu. Fikirannya menerawang memikirkan orang tuanya di kampung. Minggu lepas, ibunya jatuh di dalam bilik air, ketika hendak mengangkat wudhuk. Kakinya terseliuh. Ibunya tak kuat. Nak angkat air pun dah menggigil-gigil, ketar. Ayahnya pula asyik terbaring sahaja, penyakit angin ahmar yang dihadapi sejak dua tahun yang lalu membantutkan pergerakannya hingga tidak boleh berbuat apa-apa. Ibunya sahaja yang menjaga ayahnya. Cuma atas ihsan jiran-jiran hanya kadang-kadang sahaja mereka datang membantu. Siapa lagi yang sudi membantu? Dia anak tunggal. Ibu dan ayahnya hanya mengharap pada fathil sahaja. Lantaran itu, fathil sangat susah hati dengan keadaan ibu ayahnya di kampung.
“fathil, aku cakap dengan kau ni, kau dengar tak?” suara aiman mematikan lamunan fathil. “sorry..sorry. Man, aku teringatkan ibu ayah aku kat kampung la” fathil meluahkan kerisauannya
Aiman terdiam. Sudah berapa kali fathil mengucapkan perkara yang sama. Dia juga naik muak memujuk fathil. Setiap kali perkara sama fathil ungkapkan, setiap kali itulah aiman menasihati fathil. Tetapi,fathil tetap berdegil dengan sikapnya yang suka termenung. Langsung tidak mengendahkan nasihat aiman. Pernah suatu ketika dulu, fathil menyuarakan hasratnya untuk berhenti belajar dan menjaga orang tuanya di kampung. Tetapi niatnya itu dibantah oleh ibunya. Ibunya malah menyuruhnya meneruskan pelajarannya kerana itu adalah fokus utamanya sebagai pelajar.
“ Fathil, ini aku bawakan pesanan daripada ibu kau dari kampung” balqis menyerahkan bungkusan itu kepada fathil.
Fathil menyambut bungkusan itu. Ada bekal yang ibunya kirimkan kepadanya.
“Bal, macam mana keadaan ibu dan ayah aku? Aku tak dapat balik minggu lepas, aku ada program fakulti” bicara fathil kepada balqis, jirannya di kampung dan kebetulan teman satu kampus dengannya.
“Ayah kau macam itu lah. ibu kau ok. Cuma aku tengok kakinya semakin bengkak, lepas jatuh dalam tandas dulu. Nak gerak pun sakit. Bila-bila kau free, balik la kampung.”
Fathil dilanda gusar. Hatinya resah, meronta-ronta untuk pulang. Tetapi atas sebab kewangan, dia menangguhkan dulu hasratnya itu. Tambang bas dari penang ke johor, bukannya murah untuk dia berulang alik dari penang ke johor.
Masuk hari ini, sudah seminggu fathil ponteng kelas. Selama seminggu itu, dia telah bekerja di sebuah kedai makan. Tugasnya sebagai pencuci pinggan mangkuk itu tidak lain tidak bukan hanya mahu mencari sesen wang bagi membolehkan dia balik ke kampung berjumpa orang tuanya. Kelas dan studinya langsung tidak dihiraukan lagi. Tambahan, dia pula sudah tidak minat untuk meneruskan pelajarannya. Genap sebulan bekerja, dengan wang yang ada, fathil telah nekad untuk berhenti belajar. Dia mahu pulang ke kampung bagi menjaga ibu dan ayahnya. Baginya, itu lebih memberi keutamaan kepadanya sebagai seorang anak, untuk menabur bakti kepada ayah dan ibunya.
“ Ibu, makanlah sikit bubur ni, isi perut ibu yang kosong itu” fathil menyuakan semangkuk bubur kepada ibunya.
Ibunya menggelengkan kepalanya. Tiada selera.
“Fathil, panggil ayah nak..ajak dia sarapan. Ayah kau itu yang penting kena makan supaya dapat makan ubat” pinta ibunya.
Fathil segera menemui ayahnya di bilik. Dia melihat ayahnya tertidur di atas tikar sembahyang. Mungkin tertidur selepas menunaikan solat subuh pagi tadi. Sejak kebelakangan ini, memang kerap ayahnya tertidur di atas tikar sembahyang. Terkadang, fathil perasan bahawa ayahnya kerap bangun malam. Mengisi amalan dalam sisa waktu tua yang masih berbaki. Diikuti ke solat subuh dan terus tertidur sehingga pagi di atas sejadah.
“Ayah, bangun..jom kita sarapan bersama” fathil menggerakkan ayahnya. “ayah..bangun yah..kita sarapan..hari dah siang ni.” Tiada respons. Fathil berasa tidak sedap hati. Dia memegang tangan ayahnya. Sejuk. Tangannya beralih memegang nadi ayahnya. SubhanAllah.
“ Innalillahi wa innailaihirojiun.” Airmata fathil mengalir deras. Semoga ayah tenang di sana bersama orang-orang yang soleh. Sangat mulia ayah pergi. Di waktu pagi jumaat yang renyai. Seolah-olah seisi alam menangisinya.
Sudah seminggu ibunya bermurung. Sejak pemergian ayah, ibu Lebih banyak menyendiri. Dia hanya bercakap apabila dia mahu aku mengangkatnya ke bilik air, bagi dia mengambil wudhuk. Dia tiada kuasa untuk berjalan sendiri. Ibu perlu dipapah dan diangkat untuk dibawa ke mana-mana.
“Kepada anak-anak di luar sana, jika anda masih mempunyai ibu, maka, kucuplah tapak kakinya sementara dia masih hidup. Kerana syurga itu di bawah tapak kakinya. Selagi diberi kesempatan masa, berilah penghargaan kepada orang tua kita sebelum terlambat dan dia pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. “
Sejurus, fathil memandang ibunya di dalam bilik. Dia melihat ibunya masih tertidur. Kata-kata yang dituturkan oleh pakar motivasi terkenal itu benar-benar menusuk hati. Namun, hatinya berbisik “Nantilah..ibu kan masih ada”
Pagi itu, fathil menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak seperti biasa. Dia mengangkat ibunya untuk dimandikan, memakaikan pakaiannya, menyediakan sarapan untuknya. Setelah itu, dia menunaikan solat dhuha dan mendoakan kesejahteraan buat orang tuanya. Dia tiada apa untuk dia beri pada ibu dan ayahnya. Itulah saham yang mampu dia hadiahkan untuk orang tuanya. Seperti mafhum hadis,
Sabda Rasulullah s.a.w Maksudnya: “ Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah segala pahala amalannya, melainkan tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu amalan soleh, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya”. (Hadis riwayat muslim)
Hari tu, lama pula ibunya tidur. Tengahari tadi sewaktu dikejutkan untuk makan tengahari, ibunya tiada berselera. Malam itu pula, lepas makan ubat ibunya minta untuk rehat dan tidur awal. Dia hanya menurut permintaan ibunya.
“Ibu, bangun bu..dah subuh ni. Solat ya” fathil menggerakkan ibunya pagi itu. Tidak bergerak. “Ibu..bangun..kita solat berjemaah jom.” Tiba-tiba fathil berasa cemas. Lantas dia merasa denyut nadi ibunya. SubhanAllah. Daripada Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Air matanya mengalir lagi, menyembah bumi. Sekilas, dia teringat pertuturan salah seorang pakar motivasi sebelum ini “Kepada anak-anak di luar sana, jika anda masih mempunyai ibu, maka, kucuplah tapak kakinya sementara dia masih hidup. Kerana syurga itu di bawah tapak kakinya. Selagi diberi kesempatan masa, berilah penghargaan kepada orang tua kita sebelum terlambat dan dia pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.”
Air mata itu turun lagi buat kesekian kalinya. Semakin deras. Dia benar-benar terkilan. Hatinya semakin hiba Tambahan pula, pemergian dua insan yang disayanginya itu pergi meninggalkannya serentak benar-benar meruntun jiwanya. Kini dia anak yatim piatu. Tiada beribu, tiada bapa.
Sudah setahun ibu dah ayah kembali menghadap Ilahi. Doa tidak putus-putus disedekahkan kepada orang tuanya mudah-mudahan kedua-dua orang tuanya sentiasa tenang di sana. Dia bersyukur, disaat pemergian ayah dan ibunya, dia ada bersama mereka. Cuma satu perkara yang dia tidak mampu untuk dilupakan sepanjang hayatnya. Hasratnya untuk mengucup tapak kaki ibunya sementara ibunya masih hidup. Dia tidak pernah menyesal dan terkilan untuk berhenti belajar dahulunya tetapi oleh kerana dia menangguh hasratnya selama beberapa hari sahaja, terkilannya dia seumur hidupnya kerna tidak sempat mengucup tapak kaki ibunya. Air matanya kembali berlinangan membasahi pipi. Al fatihah untuk ibu dan ayah.

Sunday, January 1, 2012

HAK MILIK SEMENTARA



“ Syirah, bila lagi awak nak kahwin? Sibuk dengan kerja sahaja, sebenarnya awak ni ada pernah fikir atau tidak tentang kahwin?” sekilas, aku diimbas kata-kata yang ibu tuturkan pada aku malam tadi. Aku terbungkam. Buntu. Hatiku di pagut sayu. Aku sedikit terkilan dengan pertanyaan ibu ketika melawat ke rumahnya semalam. Adakah ibu tidak memahami hati anak perempuan tunggalnya? Ibu…Hati wanita mana yang tidak mahu disayangi? Hati mana yang tidak mahu rasa bahagia dalam berumah tangga? Hati mana yang tidak punya perasaan untuk mencari pasangan? Sedangkan Adam juga mengimpikan hawa untuk menemaninya saat rasa kesunyian. Inikan pula insyirah, ibu..Manusia serba serbi lemah.
Hatiku melayang seketika, mengapa begitu sukar untuk aku menemui jodohku? Apakah yang dinilai pada kaca mata seorang lelaki untuk mencari seorang isteri? Adakah kerana sikapku yang terlalu memilih dalam mencari calon suami? Sebelum ini, sudah berapa kali aku menolak lamaran beberapa orang lelaki. Adakah aku memilih? Ilham, anak kenalan abah, seorang lelaki yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya yang baik. Seorang pensyarah kejuruteraan di universiti tempatan. Namun, hatiku pudar tika aku melihatnya yang tidak boleh mengimamkan solat maghrib saat kehadirannya ke rumah ibu suatu masa dahulu. Setelah itu, muncul semula seorang lelaki lain. Hafiz namanya. Hafiz yang boleh aku katakan seorang jejaka yang mempunyai rupa dan gaya ini membawa harapan yang tinggi, datang berjumpa ibu dan abah. Lulusan University of Harvard. Ibu mengatakan beliau suka sekiranya aku memilih Hafiz.



Hafiz mengikut pemerhatianku, dia pandai mengambil hati orang tuaku dan sangat peramah. Sangat menghormati orang tua. Bonus, dia pandai memasak dan aktif bersukan. Penilaianku tidak terhenti disitu. Keberadaan teman rapatku yang kebetulan yang turut menuntut di Harvard membuatkan aku bertanya perihal Hafiz padanya. “ insyirah, jujur pada pandangan hana, hafiz memang seorang yang sempurna. Dia seorang yang kacak, bijak dan luas pengetahuannya, punya harta, dan punya ramai pengaruh dalam kalangan teman-temannya. Dia memang sempurna insyirah. Cuma satu sahaja kekurangan dia. Dia sering bersosial dengan teman-temannya, baik lelaki mahupun perempaun, pergaulannya tak terjaga. Keluar ke pusat hiburan sehingga ke pagi dah jadi rutin bagi dia, sering bertukar-tukar teman wanita juga memang tabiat dia. Tapi, insyirah tidak boleh terus menyalahkan dia sepenuhnya, dia jadi begitu kerana didikan keluarganya begitu. kedua orang tuanya juga seperti Hafiz.”
Aku tersentak. Rupa-rupanya Hafiz hanya berpura-pura di hadapan ayah dan ibu ku ketika kunjungannya ke rumah kami seminggu lepas. “Hana, yang Syirah pelik, kenapa hafiz memilih Syirah? sedangkan cara hidup kami berbeza. Dia ada gaya hidup dia, Syirah dengan gaya Syirah.” “ Syirah, tiada yang pelik. Itu sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk mencari pasangan. Setiap manusia mahukan yang terbaik dan mahu cari yang baik-baik. Ya, benar kehidupan hafiz begitu, tetapi jauh di sudut hatinya, dia mengimpikan seorang isteri solehah yang boleh membimbingnya untuk terus hidup. Dia gemar bersosial dengan perempuan yang dengan mudah menjual maruah dan kehormatannya, sedangkan dia hanya mahukan keseronokan sahaja bersama perempuan-perempuan sebegitu, kerna hakikatnya calon yang boleh dijadikan isteri yang diimpikan hafiz dan setiap insan lelaki di dunia ini, seorang wanita yang solehah, yang boleh membimbing seorang suami dan menjaga anak-anak mereka kelak.”
Kesinambungan daripada itu, dengan penuh keyakinan, lamaran hafiz aku tolak dengan baik. Aku mahu menjaga keturunan dan melahirkan generasi yang soleh solehah yang boleh memakmurkan dan mewarnai dunia dengan syariat islam. Tindakan yang sama, aku putuskan setelah silih berganti rombongan yang datang meminangku setelah pinangan hafiz aku tolak. Mereka tidak berjaya menarik perhatianku lantaran Islam tidak diletakkan dalam cara hidup dan pegangan mereka. Setelah itu, sehingga kini tiada lagi lelaki yang berani melamarku lagi. Mereka mungkin melihat aku sangat cerewet dalam memilih, tetapi salahkah aku mahu mencari yang terbaik? Terbaik dalam agamanya, itu sudah cukup bagiku, rupa paras dan kekayaan menjadi kriteria yang terkemudian selepas agama didahulukan, seperti yang Nabi Muhammad anjurkan dalam memilih pasangan.
Aku pernah terbaca satu hadis Nabi Muhammad yang mengatakan:

Daripada hadis itu, aku banyak mengambil ibrah daripadanya. Dengan umur yang semakin meningkat sehingga ke penghujung 20-an ini menjadikan aku belajar mengenai erti redha dengan jodoh. Jika sekiranya Allah mentakdirkan aku meninggal dunia sebelum sempat aku meraih syurga rumah tangga, Aku redha. Jika Allah matikan aku di dunia ini ketika aku sedang leka mencari cinta suci lagi murni kepadaNya, aku juga meredhainya mengikut ketetapan Ilahi. Jika sekiranya bukan jodohku untuk bertemu dengan seorang lelaki soleh di dunia, kelak di syurga, aku boleh bertemu dengan lelaki soleh. Aku selalu berdoa moga-moga Allah kabulkan hasrat aku ini. Aku yakin dengan janji Allah tentang itu.
Lewat petang itu, ketika aku pulang dari tempat kerja, aku terserempak dengan Ustazah Masyitah, guru di sekolah menengahku dahulu. Kami berbual mesra setelah beberapa tahun tidak berjumpa. Sebelum beredar petang itu, ustazah mengajakku berjumpa dengan seseorang, aku menuruti ke keretanya. Menurut perkiraanku, beliau mahu memperkenalkan aku dengan suami dan anak-anaknya, Rupa-rupanya beliau ada hasrat yang lebih daripada itu, selain keluarganya, beliau malah memperkenalkan aku dengan anak buahnya. Seorang jejaka bernama Mujahid. Dia merupakan graduan Al Azhar, Mesir. Seorang sangat baik dan soleh perwatakannya. Sangat bersederhana dan pemalu. Aku mula faham niat ustazah memperkenalkan aku dengan mujahid. Namun, aku tidak segera mahu memilih, aku menyuruh ustazah membawa mujahid berjumpa dengan orang tuaku.
Hujung minggu itu, seperti yang dirancang, mujahid datang ke rumah orang tuaku bersama ummi dan abahnya. Mujahid tidak banyak bercakap, beliau lebih banyak mendengar dan senyum. Cuma sekali sekala dengar dia bertanya tentang ibu dan abah. Daripada sesi ta’aruf yang ibu dan abah lakukan terhadap Mujahid, kedua orang tuaku sangat redha jika aku memilih Mujahid sebagai suamiku. Lantaran terpaut dengan keperibadian Mujahid. Mujahid pada pandanganku juga seorang yang sempurna, beliau boleh mengimamkan solat, pandai mengaji dan bertarannum. Seorang yang soleh dan berpendidikan. Mempunyai keturunan yang baik, keluarga yang besederhana dalam berharta, dan juga mempunyai rupa yang baik dan soleh. Aku tidak segera berbuat keputusan, istikharah ku lakukan berulang kali, memohon agar Allah berikan petunjuk. Tempoh yang disepakati untuk memberi jawapan peminangan adalah selama 2 bulan. 2 bulan itu, aku gunakan untuk mengenali Mujahid serba serbi, 2 bulan itu, aku mula mempersiapkan diri dalam menempuh alam yang berlainan selepas ini. 2 bulan itu juga, aku beristkharah berulang kali agar pilihanku memilih Mujahid diredhai Allah. Doa juga tidak putus-putus aku panjatkan ke hadrat Ilahi, Hatiku rasa tenang dan yakin apabila berbuat keputusan mahu memilih Mujahid sebagai Imam untukku dan anak-anakku kelak.
2 bulan kemudian, mujahid datang lagi bersama kedua orang tuanya. Seusai berbincang, kedua-dua belah pihak sepakat untuk terus mengadakan ikatan perkahwinan tanpa pertunangan, kerana 2 bulan yang diberi sudah cukup untuk kami mengenali keluarga dan peribadi masing-masing. Lantas tarikh perkahwinan kami ditetapkan. Sebulan diberikan kepada kami bagi menyediakan keperluan pernikahan. Sebulan juga aku gunakan untuk lebih mengenali peribadi Mujahid. Aku rasa bertambah yakin dengan Mujahid apabila dia jarang mengambil kesempatan terhadapku, berhubung dengan aku atas dasar keperluan, bila berlebihan dia sering mengingatkan. Dia berbuat begitu kerana mahu menjaga keberkahan rumah tangga kelak.
Beberapa minggu berlalu, kini hanya tinggal beberapa sahaja lagi aku dan mujahid bakal mendirikan rumah tangga. Semua kelengkapan dan persiapan telah disempurnakan. Hanya menunggu hari bahagia yang bakal menjengah dan membuka kamus hidup baru kepadaku. Hati mana yang tidak gembira untuk menempuh gerbang perkahwinan, itulah juga apa yang aku rasakan sekarang. Aku rasa sangat bersyukur kepada Allah, kerana mempertemukan aku dengan Mujahid, seorang lelaki soleh. Aku juga bertekad mahu menjadi isteri yang solehah kepadanya kelak. Aku berjanji akan menjadi seorang isteri yang taat dan setia dan menjaga cinta hanya unttuk suami, bercinta dengannya selepas kahwin dan membahagiakan dan berbahgia dengan cintanya. Aku berharap kehidupanku selepas ini akan menjadi lebih bahagia lantaran kehadiran orang baru bernama suami dalam hidupku yang mampu menyempurnakan aku. InsyaAllah.
Petang itu, dengan tidak disengajakan sewaktu pulang daripada tempat kerja, aku terlanggar belakang kereta pemandu kereta lain di atas lebuh raya. Mujur kerosakan kereta tidak serius, dan penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan. Aku beristighfar panjang. Menyesali kecuaian sendiri. Entah apa yang difikirkan ketika memandu sehingga terleka dibuatnya. Aku meneruskan pemanduan sehingga sampai ke rumah. Sewaktu memijak anak tangga ke bilik, kakiku terseliuh pula, aku mengaduh kecil. Mengurut-urut kaki. Aku ke bilik dan berehat-rehat. Tetapi aku tidak berasa sedap hati. Seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku beristighfar panjang mengurut-urut dadaku. Bersyukurlah, mungkin itu kafarah dosa. Malam itu pula, setelah solat maghrib, aku melakukan solat hajat, memohon agar ditenangkan hati daripada rasa gundah dan gelisah sejak petang tadi.
Setelah solat isyak, aku menerima panggilan daripada ibu di kampung. Suara ibu kali ini sangat berbeza, berlainan daripada biasa. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Ibu memberitahuku supaya sabar dan tenang menerima berita yang bakal disampaikan kepadaku. Hatiku diselubungi seribu persoalan. Apakah yang telah terjadi?
“ Syirah, Mujahid pergi meninggalkan kita baru kejap tadi. Dia meninggal ketika sedang memberi kuliah maghrib kat masjid berdekatan rumahnya. Dia meninggal dalam keadaan yang sangat mulia. Doakan dia ya sayang, syirah bawa banyak bersabar dan bertenang. Allah lebih menyayanginya”
Aku terpana. Saat itu, ku rasakan jantungku seperti direntap-rentap. Hatiku meratap dan menangis namun tidak mampu kuzahirkan dengan linangan air mata. Aku terkejut. Benar-benar terkejut. Baru semalam aku berjumpa dengannya di rumah orang tuaku, dia memberi aku barang yang dibeli untuk hantaran perkahwinan kami. Dia juga menunjukkan cincin perkahwinan kami. Aku tidak menyangka pertemuan sesingkat itu menjadi pertemuan terakhir kami. Tanpa disedari, air mataku mengalir deras. Suara ibu di hujung talian masih kedengaran, mungkin ibu juga bingung dengan sikapku yang diam tanpa menjawab .
“Mujahid, haruskah kau pergi dulu sebelum sempat kita mencipta syurga dunia walau sehari Cuma? Mengapa kau pergi disaat hati ini sedang merasakan manis nya bahagia menantikan kehadiranmu dalam hidupku? ”
hatiku merintih sayu. Seminggu aku duduk bermuhasabah dan termenung mengenangkan takdir. Hatiku masih tersisa perasaan sedih dengan kepergian Mujahid, namun disebalik pemergiannya, aku memetik beberapa ibrah daripadanya. Aku mula belajar erti cinta hakiki, cinta kepada Allah kerana hakikatnya Cinta manusia hanya hak milik sementara dan pinjaman daripada Allah kepada hambaNya. Dia yang Maha Mengurniakan cinta dan Dia juga yang mengambilnya..Hati yakin berbisik,Allah yang turunkan ujian,lantaran itu, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendaknya untuk mengukur prestasi keputusan ujian itu.Kehidupan adalah pinjaman hak milik sementara buat kita..Bila-bila masa, Allah berhak ambil semula daripada kita. Cinta Allah yang abadi dan kekal sehingga selama-lamanya. Kehidupan kita juga di dunia ini hanyalah hak milik sementara kita sebagai manusia. Tiada siapa yang mampu melawan takdirnya apabila bertembung dengan ajal dan kematian. Kini, aku juga belajar untuk lebih redha, Jika seandainya Allah tetapkan jodohku untuk bersama suami soleh adalah bukan di dunia, tetapi di akhirat sana, aku redha terima ketetapan Ilahi. Kerana itu adalah yang terbaik buatku. Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Thursday, November 25, 2010

18 HAL YANG MEMBUATKAN DOSA DIAMPUNI..


Allah Swt berfirman :
“Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya? Padahal Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS Al-Maidah [5] ayat 74)

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas
terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS Al-Zumar [39] ayat 53)




1. BERTAUBAT
Al-Quran yang suci mengatakan :”Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (QS Ali Imran [3] ayat 135)

“Maka barangsiapa bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS Al-Maidah [5] ayat 39)

2. BERBAKTI DAN MENDOAKAN KEDUA ORANGTUA
Al-Quran yang mulia mengatakan : “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. Mereka itulah orang-orang yang Kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni surga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.” (QS Al-Ahqaf [46] : 15-16)

2. MENGIKUTI PETUNJUK, DAN WASIAT RASULULLAH SAW SERTA MEMULIAKANNYA
Al-Quran yang mulia mengatakan: “Katakanlah: “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad Saw), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Ali Imran [3] ayat 31)

“Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.” (QS Al-Hujurat [49] ayat 3)

3. INFAQ
Allah Swt berfirman : “Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun.” (QS Al-Taghabun [64] ayat 17)

4. BALASAN DI DUNIA
Imam Ja’far al-Shadiq as berkata, “Apabila Allah menghendaki kebaikan atas seseorang hamba maka Allah segerakan balasannya di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki keburukkan atas seorang hamba maka ditundalah balasannya sehingga ia mendapatkannya di Hari Qiyamat.” (Bihar al-Anwar 81:177)

5. SABAR ATAS UJIAN HIDUP
Al-Quran suci mengatakan : “..kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar. (QS Hud [11] ayat 11)

Rasulullah saww bersabda, “Sesungguhnya seorang mu’min itu apabila melakukan dosa maka diujilah dia dengan kefakiran maka apabila ia sabar niscaya hal itu menjadi penghapus dosanya. Atau diuji ia dengan penyakit, maka apabila ia sabar niscaya hal itu menjadi penghapus dosanya atau ia diuji dengan rasa ketakutan dari Sultan (raja) yang menuntutnya, maka hal itupun menjadi penghapus dosanya atau ia dicoba sehingga ia menemui kematiannya maka ketika ia berjumpa dengan Allah maka tidak ada lagi dosa-dosanya dan Allah memasukkannya ke dalam surga.” (Bihar al-Anwar 81 : 199)

6. MUSIBAH
Rasulullah saww bersabda, “Tidaklah menimpa musibah kepada seorang mu’min laki-laki dan perempuan atas dirinya dan hartanya serta anaknya sehingga ketika ia menjumpai Allah maka tidak ada lagi kesalahan padanya.”
(Bihar al-Anwar 67 : 236)

7. SIKSA KUBUR DI ALAM BARZAKH
Imam Ali ar-Ridha as berkata, “[Di dalam firman-Nya : “Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya.” (QS Al-Rahman [55] ayat 39)], “Sesungguhnya barangsiapa yang memiliki keyakinan yang benar lalu dia berbuat dosa dan dia tidak sempat bertaubat di dunia, maka diazablah ia di Alam Barzakh sampai ketika ia di hari Qiyamat tidak ada lagi dosanya dan tidak pula ia ditanya tentang itu” (Tafsir Nur ats-Tsaqalain 5 : 155)

8. PENYAKIT
Imam Ali ar-Ridha as berkata, “Sakit bagi orang mu’min merupakan penyucian (atas dosanya) dan juga rahmat. Tetapi bagi orang yang ingkar, sakit adalah ’azab dan laknat dan sesungguhnya penyakit bagi seorang mu’min adalah penghapus dosa.” (Bihar al-Anwar 81 : 183)

Rasulullah saww bersabda, “Sesungguhnya penyakit itu membersihkan jasad dari dosa-dosa sebagaimana alat peniup pandai besi membersihkan karat dari besi.” (Bihar al-Anwar 81 : 197)

Ditanyakan kepada Amirul Mu’minin as tentang penyakit yang menimpa seorang bayi, beliau menjawab, “Itu merupakan penghapus dosa (kafarat) bagi orang tuanya.” (Bihar al-Anwar 81 : 186)

Allah Ta’ala berfirman (di dalam hadits Qudsi), “Ahli taat-Ku dalam jamuan-Ku, dan ahli syukur-Ku dalam limpahan-Ku, dan ahli dzikir-Ku dalam nikmat-Ku, tapi ahli maksiat kepada-Ku tidak ada bagian untuk mereka dari rahmat-Ku. Tetapi jika mereka bertaubat maka Aku adalah kekasihnya, dan apabila mereka berdoa maka Aku akan jawab doanya dan apabila mereka sakit, Aku yang akan menyembuhkannya dan Aku akan mengobati mereka dengan ujian dan musibah untuk membersihkan mereka dari dosa-dosa dan cela.”
(Bihar al-Anwar 77 : 42)

9. KESEDIHAN
Rasulullah saww bersabda, “Apabila seorang mu’min telah banyak dosa-dosanya dan ia belum mengamalkan apa-apa yang dapat menghapus dosa-dosanya maka Allah akan mengujinya dengan kesedihan demi menghapus dosa-dosanya.” (Bihar al-Anwar 73 : 157)

Imam Ja’far ash-Shadiq as berkata, “Sesungguhnya kesedihan itu menghapus dosa orang muslim.” (Bihar al-Anwar 73 : 157)

10. KESUSAHAN DI DALAM MENCARI PENGHIDUPAN (NAFKAH)
Rasulullah saww bersabda, “Sesungguhnya ada dosa di antara dosa-dosa yang tidak dapat dihapus dengan shalat dan tidak juga dengan sedekah.”, maka ditanyakan kepada Nabi saww, “Apakah yang dapat menghapusnya wahai Rasulullah?”, jawab Nabi, “Kesusahan di dalam mencari penghidupan.”
(Bihar al-Anwar 73 : 157)

11. TAQWA, KEJUJURAN, PERBUATAN BAIK, DAN AMAL SHALIH
Allah SwT berfirman, “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia menutupi kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.”
(QS Al-Thalaq [65] ayat 5)

“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat”
(QS Hud [11] ayat 114)

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu’min , laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta’atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(QS Al-Ahzab [33] ayat 35)

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta’ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
(QS Al-Ahzab [33] 70-71)

Lihat ayat-ayat lainnya : QS 34:4; 35:7; 36:11, 67:12

12. AKHLAQ YANG BAIK
Imam Ja’far ash-Shadiq as berkata, “Sesungguhnya akhlaq yang baik itu menghapus kesalahan (dosa) sebagaimana matahari mencairkan es dan sesungguhnya akhlaq yang buruk itu merusak amal (baik) sebagaimana cuka merusak madu.” (Bihar al-Anwar 71 : 356)

Rasulullah saww bersabda,“4 hal yang dapat menghapus dosa dan Allah gantikan dengan kebaikan : 1. Shadaqah, 2. Malu, 3. Akhlaq yang baik, 4. Rasa syukur.” (Bihar al-Anwar 71 : 332)

13. MEMPERBANYAK SUJUD
Imam Ja’far ash-Shadiq as berkata, “Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saww dan berkata,“Wahai Rasulullah, telah banyak dosa-dosaku tapi sedikit amalku,” maka Rasul saww bersabda, “Perbanyaklah sujud karena sujud itu menggugurkan dosa sebagaimana angin menggugurkan dedaunan dari pohon” (Bihar al-Anwar 85 : 162)

14. HAJJI DAN UMRAH
Imam Ali bin Abi Thalib as berkata, “Sesungguhnya Rasulullah saww telah bersabda, ”Dari satu umrah ke umrah berikutnya merupakan penghapus dosa yang ada di antara keduanya dan hajji yang diterima (Allah) balasannya adalah surga dan ada suatu dosa di antara dosa-dosa yang tidak dapat diampuni kecuali dengan wukuf di ‘Arafah.” (Bihar al-Anwar 99 : 50)

Imam Ali as berkata, ”Menjalani hajji ke Bait Allah dan umrahnya, keduanya menghapus kefakiran dan mencuci dosa.” (Nahjul Balaghah, Khutbah ke 110)

15. BERDOA, BERISTIGHFAR DAN BERZIKIR
Al-Quran yang mulia mengatakan : “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS Al-Nisa [4] ayat 110)

16. BANYAK MEMBACA SHALAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD DAN KELUARGANYA
Imam Ali Ar-Ridha as berkata, “Barangsiapa yang belum mampu untuk menghapus dosa-dosanya maka perbanyaklah shalawat kepada Muhammad dan keluarganya, karena yang demikian itu dapat merontokkan dosa serontok-rontoknya” (Bihar al-Anwar 94 : 47)

17. HIJRAH, BERJIHAD DI JALAN ALLAH & MENAMPUNG KAUM MUHAJIRIN *]
Al-Quran yang mulia mengatakan :”Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya : “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain . Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.” (QS Ali Imran [3] ayat 195)

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan , mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia.” (QS Al-Anfal [8] ayat 74)

Lihat juga ayat-ayat : QS Al-Shaff [61] : 11-12;

18. KEMATIAN
Rasulullah saww bersabda, “Kematian dapat menjadi penebus dosa-dosa orang-orang beriman.” (Amali lil-Mufid, h. 166)

“Tidak ada do’a mereka selain ucapan:
“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami
dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan
dalam urusan kami
dan tetapkanlah pendirian kami,
dan tolonglah kami terhadap kaum yang ingkar.”
(QS Ali Imran [3] ayat 147)

“Ya Tuhan kami,
sesungguhnya kami mendengar
(orang) yang menyeru kepada iman :
“Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”,
maka kamipun beriman.
Ya Tuhan kami,
ampunilah bagi kami dosa-dosa kami
dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami,
dan wafatkanlah kami beserta
orang-orang yang banyak berbakti.”
(QS Ali Imran [3] ayat 193)

Amin ya Ilahi Rabbi…



Friday, September 3, 2010

WASIAT TERAKHIR RASULULLAH SAW..

Assalammu'alaikum. lama sangat blog nie terbiar tak berupdate. tiada masa yang sesuai untuk update. lantas, sedang berkira-kira mahu fikirkan entri, saya dengan tiba-tiba tergerak nak kongsi tentang wasiat terakhir nabi SAW. bagi yang sudah maklum, sama2 kita muhasabah diri kita ye..

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu…”


Saturday, June 12, 2010

saya sudah bertunang..bertunang dengan..


slm shbt2.. jemput baca cerpen yg sngt menyentuh hati ini..sama2 kita mengambil ibrah darinya,, ^_^

Alkisahnya bermula…. Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.



Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu.

Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. ”Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?” Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…” ”Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.” ”Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.” Ibu angguk perlahan. Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama… Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. ”Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?” Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu.

Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. ”Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.” Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. ”Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!” Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. ”Bila enti menikah?” Aku tiada jawapan khusus. ”Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. ”Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah. ”Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! ” Itu saja pesanku.

Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. ”Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…” Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu… ”Usah berlebihan ya…” Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. ”Insyirah, jom makan!” Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. ”Tafaddal, ana puasa.” Sahabiah juga semakin galak mengusik. ”Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?” ”Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja…………. ……… ….. ………… . ”innalillahi wainna ilaihi rajiun…” ”Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. “ ”Ya Allah, tenangnya… “ ”Moga Allah memberkatinya. …” Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar… Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku… Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. ”Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian… ”Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?” Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.” ”Allahuakbar. ..” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. ”Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…” Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’. ”Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.” ”Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. .”Khalilah masih kaku.

Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.”Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

sumber: frm emel yg di fwd. tahniah pada penulis yg berjaya hasilkan cerpen yg menyentuh hati ini..:(

Wednesday, June 9, 2010

Tatapan anak muda dgn hiburan yg makin melekakan..:(



Assalammu'alaikum. apa kabar tetamu lukisan bicara hati?! mdh-mudahan sumanya alhamdulillah, dalam keadaan yg baek2 shj. Hari ini masa bnyk dihabiskan dgn bersama keluarga dan sepupu yg menziarah rumah. beselah, bila bersama2, tv di ruang tamu menjadi tatapan, sekadar entertainment. nowadays, boleh dikatakan, setiap rancangan di tv bnyk melekakan drpd bawak manfaat. sapa tak setuju ngan saya, sila komen post ni n nyatakan sebabnya. apa yg saya perhatikan cerita2 di tv, makin bnyk yg melaghokan dari sehari ke sehari. tak keterlaluan jika saya melabelkan, cite2 sebeginilah yg membawa kepada pertumbuhan dan peningkatan dumping of babies, keruntuhan akhlak, gejala sosial yg makin pesat merebak, lahir anak luar nikah, sumbang mahram, dan sebagainya. nak tahu cte2 mcm ne yg nk dimaksudkan? teruskan pembacaan anda,,

setiap kali rancangan2 yg wujud di tv, cerita sal percintaan mmg tak sah kalau takde. takpe2. saya menngerti. itu semua fitrah. nak rasa sayang menyayangi. tapi, cara pembawakannya tak kena. setiap kali cerita mesti akan ada aksi berpegangan tangan, peluk memeluk, bertempuk bertampar, dan bnyk lg pergaulan bebas antara lelaki perempuan yg bukan mahram yg tidak tahu berbatas. suppose, perlu tunjuk cnth yg baek. kerna apa? sbb, org yg tgk cerita tuh, akan muda terpengaruh jika aksi yg sama diulang tayang. walaupun org tahu benda tu tak baek..tapi, jika diulang tayang frequently, benda tu akan jd suatu yg common,, then, langsung takde rasa sensitiviti tntg dosa..in add, budak2 kecik yg tonton cte mcm tu, akan rasa benda tuh dibolehkan, n agama tak melarang jika dia nk bt mcm tu. hah, kpd yg berkenaan,, tak rasa dosa ke ajar n ajak org bt jahat? saya terus direct fokus pada kita yg beragama islam. sedarlah, kita nie muslim. hidup ada landasan syariat. jangan terlampau berlebih-lebihan.

ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Artinya: Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
(Al-A’raaf 7:55)

saya rasa sgt2 sedih. bnyk cte2 yg mengajak mungkar dari mengajak kebaekan..sampai saya rasa malu nk tgk. jangan kan kata dari segi jalan citenya,, daripada segi pakaian pun saya rasa malu. pelakon2 wanita dgn tidak ada rasa malu mempamerkan tubuh badan yg cantik itu kepada bukan mahram. dedah kepada orang dan tempat yang tak sepatutnya! masyaAllah.

sedarlah, jangan kita terus hanyut dalam dunia yg sgt mencabar ini. kita sekarang nie sedang diuji keimanan kita olehNya. cuba selak sej, lepas kejatuhan kerajaan uthmaniyyah, mrk yg bertanggungjawab meruntuhkan khilafah ini telah mendapat satu trik dimana jalan mereka nak serang kita secara halus..melalui GHAZWUL FIKR@serangan pemikiran. mereka akan menyerang kita terus-terusan daripada 3S iaitu sings, sex and sports. tak perlu cakap bnyk, perhatikan sahaja, 3 aspek ini, mcm ne 3 aspek ini berjaya mempengaruhi kita sehingga skrg, ketiga2 aspek nie, kita yg as a muslim nie pun da terikut2 mcm cara dorang..fikir2kanlah..sebelum saya undur diri, saya mintak maaf jika terdapat kekasaran. betulkan saya jika saya salah. saya tinggalkan anda dgn wasiat Rasulullah SAW. selamat membaca!


WASIAT TERAKHIR RASULULLAH SAW~
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."



p/s: rasa2nya pendidikan seks di sek perlu ke? wallhu'alam.

Tuesday, June 1, 2010

11 cara menyokong gaza..


1) Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestin seperti jumlah mereka yang syahid, jumlah yang cedera dan kerosakan yang berlaku.
Cth: www.eramuslim.com

2) Muat turun gambar- gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas- luasnya melalui e-mel, telefon, print dan sebagainya

3) Ikuti kejayaan- kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero- hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti berapa askar orang Yahudi yang dapat ditewaskan dan berapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan.


4) Telefon pejuang- pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu daripada mana dan kongsi perasaan kamu, sokongan kamu, simpati dan keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dengan syahid. Boleh hubungi nombor ini 009708285xxxx. Tukarkan nombor xxxx dengan sebarang nombor.

5) Lekatkan gambar- gambar Palestin di bilik, kereta, laptop, komputer dan sebagainya.

6) Sertai aktiviti- aktiviti tentang Palestin seperti ceramah, seminar dan demonstrasi.

7) Anjurkan aktiviti- aktiviti kesedaran Palestin untuk jiran- jiran, mahallah, surau seperti qiamullail dan solat hajat berkumpulan.

8) Jadikan isu Palsetin topik penting perbincangan di kalangan kawan- kawan. Jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang.

9) Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika.

10) Ingat Palestin dalam doa dan solat.

11) Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel

sumber: buku pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul

Sunday, May 30, 2010

Sensitiviti kita.. tak sensitifkah anda??



Assalammu’alaikum wbt.
Selamat bertemu kembali di teratak lukisan bicara hati. Apa khabar sahabat2? Saya harap semuanya dalam keadaan sehat sejahtera dan senantiasa di bawah payung rahmat Allah SWT. Ameen ya Rabbal ‘alamin. Bagi yang baru menziarahi teratak ini, teruskan menziarah. Moga anda dapat gain somethin’ di rumah ini walapun pada hakikatnya tidak banyak yang dapat saya kongsikan dengan anda semua memandangkan saya juga seorang hamba yang lemah dan masih mentah, baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Apa yang dapat dikongsikan, saya akan kongsikan. Moga ada manfaatnya dan ada ganjaran daripada Nya. Wallahu’alam. Entri kali ini merupakan sedikit cetusan rasa tidak puas hati saya dengan realiti masyarakat sekarang. hm,,bunyi cam ganas je kan? memang sekarang saya sangat tidak berpuas hati, agak marah, dan sensitif tentang penyakit umat zaman sekarang ini makin menebal. Apa penyakitnya? Teruskan pembacaan anda ye. (Sila klik pada pautan klik more di bawah)



Baiklah, saya teruskan dengan entri kali ini. straight to the point, siang tadi, ada satu rancangan realiti tv yang agak menjengkelkan bagi saya..tak perlu lah rasanya nak mention rancangan apa. Tapi, bagi saya cerita itu sngt2 berjaya memburukkan reputasi agama islam. Saya masih ingat lagi, terngiang-ngiang kata2 sang pengarah filem dengan bangganya apabila diwawancara reporter:

“Saya tengok cerita mcm pelacur dan lain2 dah banyak dalam industri kita sekarang. so, skrg nie saya nk buat satu cerita yang lain dari yang laen. Saya nk bagi pengajaran pada penonton diluar sana supaya jgn jadi macam nie. ”

Anda nak tahu apa cerita yang beliau arahkan?? Suatu cerita berkenaan cinta kaum sejenis. GAY! Saya tak tahulah betapa bangganya pengarah itu menjawab dan mengulas pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari wartawan. Apakah beliau tidak punya sensitiviti sedikit pun tentang keburukan cerita seperti itu yang membawa impak yang negative?! Ye, kalau tak ada rasa sensitiviti terhadap isu itu, tidakkah ada rasa malu untuk terbitkan cerita itu? Cerita2 sebegitu hanya akan menjatuhkkan maruah agama. Tidak khuatir kah dipandang serong oleh msykt non muslim khususnya?! Hakikatnya, itulah perkara buruk dan keji! Perhubungan kaum sejenis adalah perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT! Ye, niatnya baek. Saya sangat bersetuju dengan beliau. Niatnya mmmg baek. Untuk sedarkan masyarakat diluar sana tentang keburukan perhubungan seperti itu,.tetapi, adakah dengan cara memperlihatkan filem pendek yang memaparkan aksi-aksi yang tak sepatutnya itu dikira boleh memberi pengajaran?! kena ingat, matlamat tak halalkan cara. Niatnya saya salute, tapi..Caranya salah. Yang haq dan yang batil tidak boleh seiring. Teringat saya pada salah Satu sifat istimewa islam iaitu inqilabiyyah. Tertegaknya islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tak boleh berdiri sama dengan jahiliyyah. Terimbau saya pada sirah nabi Muhd SAW. Ketika baginda ditawarkan harta, pangkat, wanita dan takhta, dengan syarat baginda mesti menghentikan dakwah baginda. Tapi, Apakah yang baginda buat? Baginda tolak semua itu dan memilih untuk teruskan berdakwah. Adakah relevan tindakan ini? kalu kita ikut logic, boleh je Nabi terima kesemua pemberian2 itu dan meneruskan berdakwah. Yelah, peduli apa, baginda dah sudah menjadi orang besar kerana dianugerahi takhta dan pangkat. Ada bonus harta dan wanita lagi. Tapi, apakah simboliknya nabi menolak pemberian itu? Cukup dangkal pemikiran kita jika berfikir nabi itu tidak sepatutnya menolak pelawaan itu bukan? Tapi, hakikatnya nabi lah yang paling cerdik peribadinya. Nabi menolak pemberian itu kerana nabi berfikir, islam tak boleh ditegakkan dengan cara sebegitu. Harta, pangkat, takhta dan wanita itu hanyalah cara yang dilakukan oleh masyarakat yang jahil. Islam itu terlalu agung nilainya. Tidak boleh didirikan islam atas stand jahiliyyah, selain itu, ianya juga sebagai simbolik islam itu tidak boleh dijual beli. subhanAllah, hebatnya nabi berfikir. Sampai begitu sekali baginda nak mempertahankan kesucian agama islam. Jahiliyyah tidak boleh dicampur adukkan jika mahu memelihara kemurnian islam. Tapi, bagaimana dengan realiti masyarakat sekarang?? adakah dengan melakukan filem seperti ini merupakan salah satu penyelesaian untuk mengurangkan masalah?? TIDAK!! Sebaliknya, bagi saya menambahkan masalah. Kenapa saya berkata begitu? Sebab..saya tengok dah menjadi trend, remaja khususnya remaja skrg lebih gemar meniru sesuatu daripada bahan berbentuk hiburan kerana ianya menyeronokkan. Filem rempit,pelacuran, dan sebagainya yang berlambak dalam industri filem sekarang telah menyebabkan berlaku penyumbangan juga terhadap kes-kes tersebut yang secara realitinya berlaku di negara kita. Lantas, banyaklah kes dumping babies everywhere n so on..so bila dah jadi, sapa yang nak disalahkan?? Obviously, Kenapa tidak menyediakan satu rancangan yang memaparkan rancangan yang baek?! Satu analogi yang cukup menarik. Kisah ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan ianya berjalan bengkok. Boleh ke anak ketam itu nak jalan lurus?! Fikir-fikirkanlah, kalau betul niat nak bagi nasihat dan nak sedarkan masyarakat, buatlah sesuatu yang memberikan contoh yang baek, jika sedemikian, ianya bolehlah dikatakan sebagai salah satu alternatif untuk kita kembali mengajak manusia ke pangkal jalan. Wallahu’alam bis sowab. Yang baek dtg daripada Allah, yang buruk juga datang dr Allah tetapi disandarkan ats kelemahan saya sendiri. Assalammu’alaikum.

p/s: Saya minta maaf jika menyentuh sensitiviti mana2 pihak. Tegur saya jika saya silap. Asif jiddan.





Wednesday, May 19, 2010

biasa tanda istimewa..:)


Assalammu’alaikum. Dah nk masuk seminggu cuti dan berada di rumah. Rasanya mcm takde benda je buat di rumah. Apa lah sumbangan yang dapat diberikan. Jangan kata sumbangan untuk islam. sumbangan untuk family pun ntah ada atau tidak. Siang tadi, sedang sibuk meneliti koleksi buku-buku di dalam almari, tangan ini terasa tertarik untuk mengambil sebuah buku, “diari sufi” tajuknya. Hasil tulisan siti munazakiah. Buku yang dibeli time gab paper ais ari tu. Baru sempat membeli n membelek2 tapi tak sempat membaca lagi. insyaAllah di kesempatan yang ada time cuti nie insyaAllah nak usahakan seberapa boleh buku-buku yang hanya mampu dibeli dan dipamer. Tapi, nak baca sket punya berat. masyaAllah. Berbalik pada buku tadi, “diari sufi”. Buku yg agak menarik. Kandungannya seperti diari. Tetapi, terkandung banyak hikmah dan pengajaran. Sgt puitis bait-bait tulisan yang lahir. Tersentuh hati org yang membacanya. Tambah-tambah lagi org yang minat sastera mcm saya..heee..ada satu part yang membuat saya terduduk dan berfikir lama..satu part yang mengatakan “biasa tanda istimewa”Manusia secara fitrahnya hanya akan merasakan sesuatu itu penting tatkala memerlukan atau sedang dalam kesusahan yg amat sgt. Akan tetapi, kita lupa bahawa hidup ini ibarat sebuah cerita yg ada permulaan, pertengahan dan akan berakhir di hjungnya. Sebuah cerita yg tidak akan ada ulangan episode. Hanya ruang dan peluang untuk memperbetulkan plot seterusnya sahaja yang ditawarkan oleh Pencipta skripnya yakni Allah SWT Yang Maha Esa.
Kejadian alam yang maha indah ini dan sempurna sering kita pandang sepi sedangkan alam ini yang kita pinjam setiap waktu. Kita lupa bahawa setiap hari yang dilalui adalah hak Allah SWT dan kita hny meminjamnya buat melangsaikan amanah yg dipertanggugjawabkan. Tidak kira siapa kita, setiap yang dilakukan harus kerana Dia, Tuhan pemilik sekian alam. Mengingati Allah SWT seharusnya tidak ssh. Menginsafi diri pula sepatutnya tidak sukar kerana Allah SWT mengiringi setiap langkah kita dgn peringatan yang berulang ganti.
Menarik kan? Penulisannya bersahaja tetapi sangat berhikmah. Kata-katanya mudah difahami dan dihadam oleh setiap orang yang membacanya. Seperti kata penulis di atas, kita cepat alpa dgn kehidupan yang fana. Sedangkan hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Akhirat lah kampong halaman yang kekal abadi.
Penulis menyimpulkan tulisan beliau di atas dengan menyuruh kita berdoa. Mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita daripada kelalaian dan kekhilafan sedangkan kita tanpa segan berjalan, berlari dan adakalanya berjengket di atas muka bumi ini tanpa mengingatiNya hingga langkah itu boleh membuat kita tersungkur menyembah semula ke bumi.

“..sesungguhnya Allah SWT mencintai org2 yang terus menerus berdoa..”(hadis riwayat Al-Auza’i)

Wednesday, March 10, 2010

“Baguslah akak..ayah saya suh mcm nie la..”


Bismillah..assalammu’alaikum wbt..lama benar rasanya tak menitipkan perkongsian daripada pengalaman sendiri setelah beberapa entri sebelum ini hanya mampu berkongsi kisah-kisah pengajaran yang dipetik daripada web-web islamik..rindu benar pada rumahku, setanggiukhuwwah ini..apa khabar tetamu setanggiukhuwwah sekalian?Harapan saya moga dalam keadaan sehat dan sentiasa di bawah rahmat Yang Maha Penyayang..alhamdulillah, jutaan syukur kehadratNya kerana dengan sifat sayangNya kita masih lagi dapat menikmati nikmat iman dan islam utamanya..moga-moga kesempatan dan nikmat panjang umur ini dimanfaatkan pada jalan yang diredhai Allah..jadikan setiap benda yang kita lakukan sebagai ibadah kita..:)

Nowadays memang sangat pack dengan test, quizzes, assignments n so on..tu belum masuk dgn prgm kolej lagi..hmm..mmg agak pack jugak..dalam masa yang agak limit ini perlu juga mencari ruang dan peluang untuk mengisi hati dengan sesuatu yang dapat mendekatkan diri pada Allah..usrah, prgm2 agama yang dianjurkan di masjid, cuba juga saya curi masa untuk pergi..penat memang penat..dengan kelas yang habis petangnya..tak terkecuali kelas2 ganti n kelas tambahan..ditambah dgn unexpected prgm kolej lagi..kdg2 agak meletihkan..

Melihatkan keadaan saya yang agak kurang melekat di bilik, seorang rakan sekelas pernah memuji saya seperti ini.. “ baguslah akak..ayah saya suh macam akak lah..aktif macam nie..ilmu tu bukan kat buku je..tapi, kena aktif join prgm2 mcm akak selalu pg..macamne ye akak bg masa? Akak pandai akademik..agama pun boleh tahan..”
Terkejut saya..tersenyum pun ada..bila dipuji cara saya patut diikuti..betulkah begitu?
Saya segera menafikan sentences terakhir yang keluar dr mulutnya tadi.. “takdelah, akak biasa je..akak rasa tenang bila dapat pergi prgm2 mcm nie..kalu tak pergi, rasa mcm ada something missin’..bila dah lg, rasa puas..lagipun kita pg prgm2 agama, kita dapat dekatkan hati pada Allah..bila hati dekat dengan Allah, terasa jiwa tenang..sebab Allah tiupkan ketenangan dalam jiwa kita..rasa damai bila semua yang dibuat kerana Allah..kalu ada rasa mcm kita buat ada je yang tak kena tuh, kembalilah pada Allah semula..Allah ada jawapannya..” saya mengulas panjang sambil tersenyum, kemudian segera menyambung..
“hah, kamu pernah rasa mcm serba tak kena kan? Mcm setiap org kita nak salahkan, semua benda tak betul..kita je betul..pernah rasa mcm tu?” “pernah” dia membalas..
“hah, bila semua benda tak menjadi, apa puncanya?maksudnya adalah something missin’ dalam diri kita tu..rasa tak kena je kan? Begini..setiap masalah dtg dr Allah..jadi bila rasa mcm tu, kembalilah pada Allah..setiap benda dtg dr Allah n kepada Allah lah tempat kita meminta pertolongan..dekatkanlah diri kepada Allah..rasa nak beragama ini suatu fitrah..mmg kita perlu sebenarnya pad agama..Cuma kdg2 kita tak sedar..even org jahil pun, mereka perlukan kepada agama kerana itu adalah fitrah..fitrah tu tak boleh ditahan kan? Jadi, isi hati2 dgn prgm2 agama tu juga suatu fitrah, sebab rasa mcm tak boleh n tak lengkap kalu tak isi hati dan tak pandu hati kepada sesuatu yang mendatangkan ketenangan dan keluhuran hati..:) jangan takut tuk buat apa yang islam suh buat n tinggalkan apa yang islam larang even ramai org2 islam sendiri yang tak buat kerana segala apa yang islam perintahkan, bawa jutaan hikmah yang terkadang tak terjangkau akal fikiran kita..islam itu cantek, bila kita follow apa yang islam syariatkan, ia jadi cantek juga..” saya mengakhiri huraian saya. Agak panjang..tp, entah apa tah saya merepek..huhu..moga2 perkongsian ilmu dr saya yang agak cetek itu dapat membuatkan dia berfikir..saya mengakhiri topic tersebut dengan ungkapan ini..

“MUJAHIDAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS” :)



Wednesday, March 3, 2010

Saya Cintakan Rasulullah S.A.W.. ^_^



PENGENALAN

Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).



Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Berikut adalah link bagi persoalan itu:

http://buluh.iluvislam.com/?p=40 dan http://buluh.iluvislam.com/?p=68

Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:



BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).



MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).



MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).



PENUTUP

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini pihak iLuvislam.com ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"I love Rasulullah S.A.W."

Wallahualam.


Friday, January 22, 2010

err..presentation tntg aurat..cane eh?




salam..dah almost 3weeks di melaka..alhamdulillah..sumanya ok..studi pun..alhamdulillah..so far so good..Allah mudahkan..dah start busy gak..ad assignments..quizzes..presentations and so on..baru2 nie persatuan2 islam kat sni ad buat seminggu bersama persatuan2 islam di uitm melaka..ala2 mcm MPI time kat mtrk dulu..quiet good..even tak grand mcm mpi..tapi, bagus juga..ada prgm tarbiyyah mcm tu..rasa jugak suasana islam bila kat sini..baru2 nie, paling aq suka bila diorg organize satu video pasal sultan muhammad al-fateh..fuhh..role model aq nie..even aq ad banyak keje..aq g gak tgk video tu..pergh..hebat! naek smgt..kalu dah bace novel karangan Abd Latip Talib tentang sultan muhammad al-fateh 2, lagi rasa semangat..alhamdulillah..semangat untuk bawak islam..strive 4 islam..takbir! lately, untuk subjek citu, ustazah minta buat presentation by group..aq pun tgk la tajuk2 yang best..ad banyak tajuk2 yang best..tapi ntah kenapa..mataku tertancap pada suatu tajuk sal aurat..pergh..cm best je tajuk nie.. aq bagi cadangan kat ahli grup aq nak amek tajuk nie..diorg tanpa banyak bertanya terus setuju..alhamdulillah..huhu..dalam kelas aq, ad 3org yang free hair..2 org nie, sepanjang yang aq kenal..aq tahu,, hati diorang lembut kalu nak terima nasihat even ad sedikit rasa ego..tapi yang lagi sorg nie..aq rasa cam susah skek..bukan nak cepat mengalah..tapi....hmm..wallahu'alam.. bila aq pk2 balik, cm takut plak nak present sal tajuk nie kat kelas..nak cari bahan memang senang..tapi, nak approach dorg dgn tajuk nie..agak complicated sedikit..risau juga dgn feed back diorg..yela, takut org kata belakang..tambah2 g aq yang berpersonaliti mcm skrg..org pasti akan perhatikan kita..sejauh mana dia buat apa yang dia cakap..hmm..takutnyerr..masyaAllah..tetapkan pendirian n kuatkan imanku yaAllah..tapi, smp bila perlu rasa takut? kalu asyik takut..cne nak tolong Allah bantu sebarkan agamaNya? kan kita dah janji dgn Allah nak jadi khalifah sejak di alam roh lagi..so, dakwah perlu disebarkan..mad'u mana bole pilih..suppose org mcm tu la perlu kita dakwah..bagi peringatan..diorg tahu sal aurat..cuma mungkin kurang penekanan soal itu..aq perlu approach mereka dgn cara bijaksana..tak perlu fokus pada tudung saja..but, cte juga soal pemakaian baju yang sempurna..cte tntg aurat yang datang drpd suara yang sengaja dilunakkan..n bila bercakap pasal aurat tang tudung tu nnti..janganlah pandang budak2 yang free hair even time tu dorg pakai tudung sebab time tu kelas citu..untuk nak back up dorg sket, aq akan cakap juga la..tak semestinya yang bertudung tu baek..tapi, kalu nak tgk camne akhlak..mesti dr penampilan kan?jadi..aq nak suh diorg berfikir..aq juga akan terapkan wallpapers yang menarik perhatian beserta dalil dan hujah yang kukuh tentang aurat..ye..semangat! amek kesempatan nie untuk berdakwah..chaiyok2!!


Saturday, January 9, 2010

hijrah yang baru bermula..:)



bismillah..assalammu'alaikum wbt.. lama nya tak update blog..sangat berhabuk n bersawang..tapi, alhamdulillah..da bersihkan td..sapu sawang..mop lantai..vacum sume..fuhh..penatnya..heE~ ap kbr pengunjung setia setanggiukhuwwah? hopefully..sehat..kepada yang baru nak berjinak2 menyinggah, selamat dtg ke teratak yang tak seberapa saya nie..semoga sgla yang baek dpt dimanfaatkan bersama..entri kali nie nak kongsi pasal "kehidupan baru"..ap tu kehidupan baru?? hmm..almost 2 weeks di melaka..banyak prkr2 baru yang dialami..kehidupan baru disini..buku2 yang perlu dibeli..nak mencari n nak sesuaikan diri dengan pentadbiran n selok belok di uitm melaka..kawan2 yang pelbagai sikap dan karenah..tanggugjawab seb anak, rumet, kawan, pelajar dan khalifah di muka bumi nie..masyaAllah..bak kata al banna.."tanggungjawa itu melebihi masa yg ada.." tak menang tgn nak bt sume,, tapi..alhamdulillah..Allah mudahkan..dalam masa beberapa ari sahaja, da jumpa sahabat2 sefikrah..mmg tu sebenarnya yg nak dicari pas tahu dpt offer studi kat sni..waasilahnya,, persatuan2 islam sgt banyak disini..pernah juga terlintas di minda..banyaknya persatuan..sampai 3..INSPIRASI, INSAN & JPM..macamna perlu dibahagikan antara akdemik dan komitmen untuk ketiga2 persatuan tersebut..baru2 nie time pg usrah INSAN, dapat sambutan yang agak menggalakkan juga..ramai yang join..untuk "berkhidmat" under biro2 dalam organisasi tu sendiri..alhamdulillah..semoga usaha yang kecil untuk sebarkan ketinggian dan keagungan agamaNya di muka bumi ini dipandang oleh Allah SWT..dgn kuasa yang ad, saya berusaha mengajak kawan2 yang dikenali disini untuk join prgm tersebut..ramai kawan2 skula yang dapat sini, so..dengan kuasa yang ad, cuba tarik minat mereka tuk join prgm2 berilmiah mcm ini..tak rugi kan tlg agama Allah? kan Allah dan janji sesuatu dlm surah muhammad ayat 7.. alhamdulillah,usaha tak sia2..salah seorg kawan skula saya, berjaya saya approach n ajak dia g usrah..dia nampak berminat..pas saya test fikrah dia.heE~ bt masa ne..yang da join, under INSAN sahaja lg..untuk komit pada sume organisasi,belum terlintas lagi..risau juga pada komitmen yang sebesar mana je mmpu diberikan..hmm..insyaAllah,, yg penting.. mesej untuk sebarkan islam itu sampai pada mad'u..n peringatan2 demi peringatan sentiasa disalurkan kerana setiap peringatan itu adalah bermanfaat bg org mukmin..(az-zariyat-55)

TANGGUNGJAWAB KITA~

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar.merekalah orang-orang yang beruntung." (3:104)

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. " (9:71)

"Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh. " (3:114)

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. " (3:110)

wallahu'alam..syukron.:)








Monday, November 30, 2009

islam tu mudah ke payah??


"man, man rasa islam tu mudah ke payah?" kulontar pertanyaan serupa itu kepada adik bongsuku.. "hmm..ntahla..jawabnya bersahaja sambil tersenyum.. "kenapa?cakap je..aiman rasa mcm ne?" "hm..susah kot..jawabnya sambil senyumannya masih lekang di bibirnya..aku tersenyum..kenapa agaknya, budak seusia itu boleh menganggap islam yang pada hakikatnya mudah..tapi dirasa payah..kenapa ye?? sengaja aku lontarkan pertanyaan itu pada adikku..sengaja mahu berkongsi apa yang telah aku usrahkan pada junior ku beberapa minggu yang lepas..lagipun blog ini dah lama berhabuk tak berupdate..tak tahu nak letak entri pasal apa..berbalik pasal tadi..aku lantas menceritakan kepada adikku mengenai islam yang mudah..islam itu mudah..tapi, janganlah sampai kita mudahkan ikut cara kita yang tak sepatutnya dimudahkan.. bila nak terang pada budak kecik yang baru berusia 10tahun..tutur kata kena jaga..biar mesej tentang ap yang dimaksudkan mudahnya islam tu sampai pada budak seusia nya..jangan bercakap supaya dia nampak islam tu complicated..ad satu blog(keretamayat.blogspot.com) yang sangat santai penulisannya bercerita tentang islam itu mudah menarik perhatianku untuk mengambil sedikit pengisiannya untuk bercerita pada adikku.. "aiman, nak tahu tak..islam tu mudah..lagi mudah daripada naek basikal..tahu kenapa??" aku bertanya pada adikku..analogi yang diberikan oleh penulis nie sangat menarik perhatianku..ia nampak simple..tapi, sarat dengan info..adikku mengangkat bahu.. "yela..org naek basikal, kena ada kaki nak kayuh basikal..kena ad tangan nak handle basikal..kena ad mata..baru dapat tengok depan..nak kayuh basikal..supaya tahu arah nak bawa basikal tu pergi mana..tapi,, cuba aiman bayangkan..mudahnya islam tu kan, org yang takde kaki n tangan..cacat pun boleh solat..org buta leh pose..org bisu still bole bayar zakat..dan kalu kita tengok..nabi muhammad SAW sendiri makan tak pakai sudu garfu..tapi, pakai tgn..duduk pun kat lantai..tak duduk kat kusi..jadi, org miskin pun boleh makan..ikut cara nabi lagi..kan sunnah tu..dapat pahala lebih..Allah haramkan sesuatu benda..tapi, Dia sebenarnya memberi kita pilihan2 yang laen..lagipun Allah bukan haramkan saje2..cnthnya, org yang makan khinzir tu, cuba bandingkan mayat org yang makan khinzir dgn yang tak makan khinzir..mayat org yang makan khinzir lebih cpt reput dari mayat yang tak makan khinzir..betul nie..memang terbukti ia betul..memang ad kajian yang dah dibuat..lagipun Allah haramkan arak..tapi tak haramkan teh tarik contohnya..Allah haramkan khinzir..tapi tak haramkan nasi lemak..Allah haramkan kita dekat ngan zina..tapi, Allah tak haramkan kawen 4..ha, pape pun..islam tu memang mudah..tapi jangan mudahkan ibadah tau aiman..contohnya,kalu bab solat..tetap kena sungguh2..takleh la kalu penat nak qada..kalu sibuk, nak jamak..faham kan?" aku menamatkan bicaraku..kelihatannya adikku tersenyum sambil mengangguk2kan kepalanya..mungkin dia baru menyedari betapa mudahnya islam..analogi yang diberikan sebenarnya amat mudah difahami even seusia adikku itu..moga kini dia lebih mengerti dan menyedari..hakikatnya..islam itu memang mudah jika kita mudahkannya ikut jalan yang telah digariskan oleh islam..wallahu'alam..


Wednesday, November 4, 2009

Cerpen islamik: Ku sandarkan cinta pada pemilik cinta yang selayaknya.. ;)




Sentuhan puitis daripada hati kecilku..

Cerpen islamik: Ku sandarkan cinta pada pemilik cinta yang selayaknya.


Inspirasi watak-watak dalam 3 novel tulisan Fatimah syarha mohd nordin.

“Diriku tak seperti khazinatul asrar yang kuat menepis cinta ketika remajanya..”
“Diriku tak sehebat asiah yusro yang memilih risikan hasan al-banna kerna yang diharapkan lamaran daripada umar al-mujahid..”
“Diriku tak segagah qaniah dalam menepis kesemua cinta sebelum kahwin. Kerna sebetulnya apa yang diharapkan adalah cinta yang halal, iaitu cinta selepas kahwin..”



Watak dan perwatakan:

1-Qistina Humaira binti Khalid Al Walid,
-Seorang wanita yang sangat tegas untuk berprinsip bercinta hanya selepas berkahwin. Namun, akhirnya terkandas juga dalam jurang cinta ini.
-bercinta dengan akif yusuf.
-penuntut di uiam nilai, kos ekonomi dan sains pengurusan.
-akhirnya dijodohkan juga dengan akif yusuf bin muhd al fateh

2-Akif Yusuf bin Muhd Al Fateh,
-seorang penuntut di darul quran jakim.(tahfiz al-quran wal qiraat)
-berkenalan dan bercinta dengan humaira dan akhirnya berpisah.
-seorang yang romantis.
-mendengar kata ibu bapanya.
-seorang yang pada mulanya lemah imannya. Namun, setelah dia sedar akan khilafnya, lantas bertaubat.
-berubah menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan beriman selepas berkahwin.

3-Luqmanul Hakim bin Amirul Faqih,
-sahabat kepada humaira dan yusuf.
-menganggap humaira seperti adiknya.
-pada mulanya, dia juga berpasangan dengan teman wanitanya. Namun,setelah itu, dia tersedar dan terus memutuskan ikatannya dengan haziqah.
-dia yang memperkenalkan humaira dengan yusuf
-penuntut di darul quran, jakim(tahfiz al-quran wal dakwah)

4- Qurratun ‘Aini binti Umar Hamzah ,
-kawan kepada humaira di uia.
-seorang kawan yang mengambil berat terhadap humaira.
-seorang yang baek dan memahami sahabatnya.

5- Hasan Al Banna bin Thalhah.
-lelaki yang cuba untuk mengusha humaira.
-dia sebenarnya tidak mempunyai niat jahat pada humaira. Tetapi, caranya untuk menarik perhatian humaira dilihat salah di mata humaira.
-seorang yang baik hati.
-tua setahun dari humaira.
-Seorang penuntut di universiti Malaya(UM).
-pernah mengutarakan niat untuk melamar humaira sebagai isterinya. Tetapi, humaira menolak baek pinangannya dengan alasan tak bersedia lagi.



6-Salahuddin Al ayubi bin Mohd Hasbullah,
-junior humaira waktu sekolah menengah.
-seorang yang suka menyakat orang.
-agak nakal walaupun niatnya hanya bergurau sahaja.
-penuntut di universiti Malaya.(UM)

7-Naqibatul Insyirah binti Muawiyah,
-seorang penuntut di uiam petaling jaya.
-seorang yang lemah lembut dan menurut arahan ketuanya.
-tua setahun daripada humaira.

8-Salman Al-farisi bin Zaid Ubaidah,
-senior humaira di sekolah menengah.
-mengambil berat konsep ukhuwwah. Namun tidaklah menyuruh sampai tidak menjaga ikhtilad.
-merupakan seorang ketua fasilitator ketika berprogram tarbiyah di salah sebuah sekolah rendah bersama humaira.
-seorang yang tegas.
-seorang penuntut di uiam petaling jaya.

9-Faiqah Afifah binti Muhd Al-Fateh,
-adik kepada akif yusuf
-muda 2 tahun daripada humaira.

10- Adib Fakhruddin bin Ahnaf Fathullah,
-sama-sama menjaga checkpoint dengan insyirah semasa berprogram di salah sebuah sekolah rendah.
-pendiam dan agak thiqah.
-junior insyirah di uiam petaling jaya.

11-Haziqah Thaqifah binti Qawiem Mahzuz.
-merupakan teman wanita luqmanul hakim.
-seusia dengan luqmanul hakim.
-lembut hati.
-bercinta dan kemudian putus dengan luqman kerana tersedar akan kesalahannya.
-seorang penuntut di universiti sains islam Malaysia(usim)



~KU SANDARKAN CINTA PADA PEMILIK CINTA YANG SELAYAKNYA~

“salam..humaira, apa khabar?” sejurus selepas aku online di yahoo messenger(ym), seseorang menegurku..aku kenal benar orang itu.
“wasalam..abg hakim, maira sihat Alhamdulillah”
“abg hakim macam mana?”
“Alhamdulillah, abg hakim sihat juga.”
“maira buat apa sekarang?”
“owh..maira tengah cuti sem sekarang, pasni masuk sem3”
“owh.cuti la sekarang?bape bulan?”
“sebulan lebih sket je. HeE~”
“abg hakim sekarang apa perkembangan?”
“badan je yang berkembang. Haha”
“ek eleh..orang cakap betul-betul, dia main-main plak. Kat mana nie?”
“ish, maira cam tak kenal je abg hakim nie cmne, sabtu dan ahad mesti lah balik rumah. Huhu..”
“a’ah la..lupa pulak..mentang-mentang ler rumah dekat..pergh..”
“hahaha..jangan jelez..”
“buat apa nak jelez. Rumah maira pun dekat gak. Alah, bole balik tiap-tiap hari kalu nak..Cuma rule je tak bagi macam tu.huU~”
“aiseh..nilai gak an?lupe plak..hoho”
“huk3..tahu takpe”
“huhu..so, apa buku terbaru yang maira da beli dan BACA”
“huh?! Tak perlu kot nak bold kat perkataan baca tu..”
“haha, kan maira rajin beli buku tapi lagi “rajin” nak baca..huhu”
“haha..banyak la abg hakim nie. Hurmm..baru-baru nie,ada ekspo buku kat PWTC. So,maira pergi sana ngan kawan skula maira dulu. Ada la beli buku beberapa buah.”
Owh..tajuk apa?”
“kalau abg hakim dengar tajuk buku nie mesti nak beli atau nak baca gak. Percayalah cakap maira.. hoho..”
“huhu..yeke? apa tajuk?”
“ye..confirm..yela, abg hakim kan jiwang. Haha”
“uish, budak kecik ni..ada yang nak kena ngan abg hakim nie..”
“haha..abg hakim nak tahu tak tajuk buku tu?”
“ye..cakap je sume”
“pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul karangan fatimah syarha mohd noordin,hah? Camne?terliur tak?huhu..”
“pastu buku terbitan pts litera, karangan abdul latip talib. Tajuk buku, “sultan Muhammad al-fateh, penakluk konstantinopel..yeah..sultan muhd al-fateh is my role model ;)”
“dan satu lagi, buku “kemilau peribadi tuan guru” hehehe..”
“hurmm..da abes membaca ke sume buku-buku tu?”
“not yet..baru abes baca buku karangan fatimah syarha tu je. Yang lagi 2 buah, belum lagi”
“owh..baguslah maira nie banyak membaca. Nanti da abes baca, cerita kat abg hakim eh?hehe”
“ecece..nak dengar orang cerita je. Baca tak nak..”
“huhu..abg hakim kurang minat la nak baca novel-novel nie..huhu..”
“ok lah..maira cite nanti..okey?”
“bagus,, macam tu la adik abg hakim”
“huk alah..”
“haha..eh, tak beli buku penulis kegemaran ke?pahrol mohd juoi?ustzh siti nor bahyah, ust zahazan? dan penulis2 dalam majalah solusi yang laen?”
“ buku Fatimah syarha da ad sume.. buku ustzh siti nor bahyah pun tengah kumpul. Latest book pahrol mohd juoi, nota hati seorang lelaki pun dah beli..tapi, bagi buku tu kat ayah..4 his birthday’s present..hehe,, yang penulis favourite yang laen2 pun in progression..”

“hurmm..bagus-bagus..nanti boleh buat satu bilik khas untuk mini library kan? Hehe..ok lah, nanti kita ym g eh? Abg hakim ada keje la nak buat. tadi saje je nak sapa maira kat ym…yela, lama tak dengar cte an..hehe..Ok dik, take care eh, salam”

“owh..betul tu betul..itulah hasrat yang sekian lama terpendam..cewah..hehe..ok, insyaAllah, wslm”

~hakim is now offline~


Abg hakim, seseorang yang aku cukup faham keperibadiannya. Walaupun tidak sampai setahun jagung aku mengenalinya,tapi, aku tahu dia seorang sahabat yang baek. Jadi, aku tidak berasa takut-takut untuk berkawan dengannya walaupun perkenalan kami melalui internet yang selalu kurang kepastian mengenai asal-usul seseorang. Perkenalan aku dengannya bermula pada tahun lepas, menjadikan kami akrab sehingga ke kini. Tidak pasti samaada aku ataupun dia yang menambahkan email di yahoo messenger masing-masing. Namun, yang pasti,perkenalan kami bermula di internet dan seterusnya ke telefon bimbit. Memandangkan dia merupakan anak bongsu dalam keluarganya, dia menganggap aku seperti adik kandungnya lantaran perbezaan usia kami setahun Cuma. Dan kini, dia juga sudah kuanggap seperti abang kandungku juga .Dia merupakan penuntut tahun akhir diploma tahfiz al-quran wal dakwah di darul quran, jakim. Kerap juga aku bertukar pendapat dengannya mengenai segenap isu. Permasalahan agama, isu semasa, politik dan sebagainya. Bagus serba serbi dalam melontarkan ideanya. Aku kagum dan hormat dengannya.

Namun, bila ku tahu, dia sudah mempunyai teman wanita, hatiku mengaduh kecil. Bukan cemburu mahupun dengki dia dimiliki perempuan lain, tetapi kenapa lelaki sebaiknya, boleh loving and coupling before marriage. Walaupun abg hakim pernah mengatakan dia dan teman wanitanya, kak haziqah itu jarang berhubung. Sebulan sekali sahaja bermesej dan menelefon. Namun sedikit sebanyak ia mampu mengundang sedikit rasa tak thiqah dia kepada aku. Sayang seribu kali sayang. Bila ku imbas kembali, dia pernah meletakkan gambarnya di ym dahulu. Tidak ku sangkal, dia memang ada rupa. Jadi, tidak hairanlah lelaki sebaeknya,mempunyai rupa seperti dia serta ilmu yang dimilikinya, menjadi idaman wanita sekitarnya. Aku masih ingat, aku melahirkan rasa terkejutku kepadanya dek kerana dia bercouple. Dia hanya menjawab..” ish..maira nie, abg hakim nie takde la baek sangat pun. So, jangan fikir over sangat pasal abg hakim kay? J”
Aku hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala mengingatkannya. Perkara yang aku ingat pasal abg hakim dari aku mula kenal sampai lah sekarang ialah, dia sering menasihatiku supaya menyusuri kisah-kisah pasal tokoh-tokoh dan cendikiawan islam. Ambil pengajaran tentang kisah mereka. Aku ingat lagi salah satu kisah yang pernah abg hakim ceritakan pada aku tentang kebijaksanaan abu hanifah. Seorang tokoh islam yang amat dikaguminya. Katanya:

Imam Abu Hanifah pernah bercerita : Ada seorang ilmuwan besar, Atheis dari kalangan bangsa Rom, tapi ia orang kafir. Ulama-ulama Islam membiarkan saja, kecuali seorang, iaitu Hammad guru Abu Hanifah, oleh kerana itu dia segan bila bertemu dengannya.

Pada suatu hari, manusia berkumpul di masjid, orang kafir itu naik mimbar dan mahu mengadakan tukar fikiran dengan sesiapa saja, dia hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara shaf-shaf masjid bangunlah seorang laki-laki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata: "Inilah saya, hendak tukar fikiran dengan tuan". Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri kerana usia mudanya. Namun dia pun angkat berkata: "Katakan pendapat tuan!". Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya:

Atheis : Pada tahun berapakah Rabbmu dilahirkan?
Abu Hanifah : Allah berfirman: "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan"
Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahawa Allah ada pertama yang tiada apa-apa sebelum-Nya?, Pada tahun berapa Dia ada?
Abu Hanifah : Dia berada sebelum adanya sesuatu.
Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!
Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang perhitungan?
Atheis : Ya.
Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?
Atheis : Tidak ada angka (nol).
Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan hairan kalau sebelum Allah Yang Maha satu yang hakiki tidak ada yang mendahuluiNya?

Atheis : Dimanakah Rabbmu berada sekarang?, sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.
Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu keju?
Atheis : Ya, sudah tentu.
Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?
Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu diseluruh bahagian.
Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta'ala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!

Atheis : Tunjukkan kepada kami zat Rabbmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas?
Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?
Atheis : Ya, pernah.
Abu Hanifah : Sebermula ia berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?
Atheis : Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.
Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?
Atheis : Ya, masih ada.
Abu Hanifah : Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seprti gas?
Atheis : Entahlah, kami tidak tahu.
Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta'ala?!!

Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?
Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?
Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.
Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.

Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?
Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.
Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?
Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktekkanya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.
Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?
Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.

"Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?" tanya Atheis. "Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah. Ilmuwan kafir itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah naik di atas. "Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?". Ilmuwan kafir mengangguk. "Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu". Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan orang kafir itu.

“Hebat kan maira? subhanAllah..abg hakim suka selusuri kisah perjuangan dan semangat tokoh-tokoh islam. semuanya bijak pandai,hebat dan mantop dalam segala segi. Dan bercakap tentang kisah abu hanifah tadi, soalan-soalan macam tu, kalau silap langkah boleh menyebabkan berlakunya murtad. Sebab orang-orang kafir nie memang sedaya upaya nak murtadkan orang islam dengan cuba menggoyahkan aqidah kita..”

Aku tersenyum mengimbau kata-katanya. Benar kata abg hakim itu. Orang-orang kafir sejak zaman nabi lagi berusaha untuk memurtadkan orang islam. Pelbagai cara digunakan agar niat jahat mereka itu akan tercapai. Aqidah dan tauhid merupakan satu elemen yang penting dan merupakan tunjang dalam diri orang yang beriman. Jika kuat pegangan aqidahnya, selamatlah ia..jika lemah aqidahnya, sebaliknya akan berlaku. Hurmm..bagus abg luqman. Dia gemar mengkaji tentang keperibadian dan perjuangan para salafus soleh. Jadi, sebab itu dia Celik pasal tokoh-tokoh islam. Aku teringat kisah yang pernah ku baca mengenai persoalan yang sama dengan perkongsian ilmu abg hakim itu. Ianya mengenai Tiga Pertanyaan seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan;

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama. SubhanAllah..hebat sungguh guru agama itu. Tetapi, lagi hebat pencipta yang menciptakan guru agama itu..subhanAllah..

Pen yang ku pegang terjatuh di lantai. Menyebabkan aku tersedar daripada alam khayalan sebentar tadi. lamunanku terhenti. Aku kembali menatap laptop dihadapanku. Malam ini juga, aku harus post sesuatu dalam blog aku untuk perkongsian, kerana selepas ini, blog itu pasti akan usang dan tidak berpenghuni selama 3 hari. Kerna, esok aku harus ke sek ren keb seri mawar. Esok petang, lepas solat jumaat, aku ditugaskan menjadi salah seorang fasilitator untuk kem ibadah dan tarbiyyah untuk pelajar-pelajar sekolah tersebut. Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu disasarkan untuk para pelajar darjah lima dan enam sek ren keb seri mawar. Moga-moga kali ini, aku mampu menjadi fasilitator yang lebih matang dan terbaek daripada program yang ku handle sebelum ini. Akhirnya, sebuah perkongsian berjaya dimuatkan lewat 11 malam di dalam blog. Suatu entri berkenaan dengan sebuah buku karangan Fatimah syarha yang baru ku beli baru-baru ini. “pemilik cintaku setelah Allah dan rasul”. Sebuah buku yang menguatkan prinsip aku untuk terus bertegas menjauhi cinta sebelum kawen. Sarat dengan inspirasi kisah motivasi dan kisah-kisah romantik selepas kawen. Apa yang ku baca, semuanya ku muntahkan dalam blog, http://setanggiukhuwwah.blogspot.com. Suatu garapan seni halus yang puitis dan disulami dengan jalan cerita yang menarik. Moga ianya mampu menjadi penyuntik semangat wanita di luar sana yang hanya mahu memelihara cinta kudus mereka hanya untuk suami mereka.

Lewat petang jumaat itu, barulah aku sampai ke destinasi yang dituju. Aku bersama beberapa orang para fasilitator muslimat yang merupakan akak-akak dari uiam,petaling jaya. Kehadiran fasilitator muslimat petang itu secara tak langsung mampu menceriakan suasana. Memandangkan sejak bermulanya slot pertama pukul 3 petang tadi, hanya para fasilitator lelaki sahaja yang menguruskannya. Malam itu diadakan sesi suai kenal antara semua fasilitator dengan para pelajar yang mengikuti program. Usai sesi taaruf oleh para fasilitator, seperti biasa, adik-adik dihidangkan dengan sesi ice breaking. Malam itu, tidak banyak slot untuk para peserta. Ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) , riadah serta pengisian yang laen hanya dimulakan pada keesokan hari.


“salam, maira..da sampai ke?” satu mesej ku terima daripada abg hakim mlm itu.
“wslm..sudah. baru pas ice breaking td.. hehe “
“owh, macammana?okey ke?”
“ok kot..malam nie tak nampak apa-apa pun lagi..esok baru start program yang betul2”
“owh..bagusla..”
“maira..abg hakim nak minta persetujuan sesuatu nie. Boleh ke?”
“boleh apa?”
“ada seorang kawan abg hakim kat dq nie nak berkenalan dengan maira. Boleh ke?”
“laki ke perempuan?”
“laki. Alah, kalau perempuan, tak kanlah abg hakim nak minta izin kat maira. Abg hakim nak bagi number maira kat dia. 2 yang nak minta persetujuan tu. Boleh tak?”
“hurmm..dia nak berkawan ke atau nak cari jodoh? Huhu..yela, sampai nak cari kawan perempuan plak..”
“haha..ish, maira nie tak baek la..”
“dia nak berkawan je. Hurmm, macamana?boleh tak bagi num maira pada dia?”
“hurmm..entahlah..huhu”

Aku keberatan sebenarnya mahu memberikan nombor telefonku pada kawan abang hakim. Khuatir jadi ke laen. Namun, akhirnya kubenarkan juga abg hakim memberikan num aku pada kawannya itu. Bukan nak mencuba atau masuk line kawan abg hakim.Tapi, kelihatannya, kawannya itu seperti mahu berkawan sahaja. Bila selusuri semula sikap abg hakim, pasti kawannya itu juga mempunyai sikap seperti dia. Jadi, tidak salah kan untuk berkawan? Lagipun, aku cukup kuat untuk bertegas dengan lelaki jika ditakdirkan kawannya itu ingin mengambil aku menjadi teman wanitanya. Akan ku tepis lamarannya dengan penuh berhikmah jika dia ingin mencuba dan mengambil kesempatan terhadapku. Aku cukup kuat untuk menempuh semua ini. Buktinya, sebelum ini telah beberapa orang yang ingin mencuba. Namun, ku bulatkan tekad untuk terus kuat. Akhirnya, aku berjaya.

“sapa nama kawan abg hakim tu?”
“yusuf”
“owh..okay. tapi, kenapa tiba-tiba nak kenal?”
“dia tak ramai kawan perempuan. Jadi dia nak kenal dengan kawan perempuan. Abg hakim tetiba plak teringat kat adik abg hakim nie. 2 yang suggest adik kat dia..hehe”
“eh, maen-maen plak an? Tapi, maira terus terang kat abg hakim yang maira hanya nak berkawan dengan dia je. Tak nak lebih daripada tu. Ingatkan kawan abg hakim tu sekali”
“ye dik. Nanti abg hakim cakap ngan dia. Alah..jangan risau la…dia ok je”
“sapa kata risau?maira ok je..Cuma nak ingatkan diri dan dia je”
“iyolah..huhu, nanti abg hakim cakap ngan dia”
“huU~ okay”

Keesokan harinya, ketika sesi beriadah antara para fasilitator dengan peserta-peserta. Tiba-tiba, aku disapa dengan suatu suara. Pada mulanya, dari jauh lagi, aku perasan dia tersenyum-senyum kepadaku. Sejurus selepas itu, dia mendekatiku dan terus menyapa lembut.

“sekolah mana dulu?” dia lantas bertanya.
“SMA Mubarak al-haj” aku menjawab pertanyaannya sambil mengerutkan dahi. Pelik juga. Suspen je. Kenapa dia tiba-tiba tanya? Hurmm..
“kenapa?” giliran aku pula bertanya kepadanya.
“hurmm,, takde pape..”

Dia iaitu hasan hanya tersengih..seperti kerang busuk. Kemudian, kelihatannya, dia berbicara dengan rakan fasilitator yang laen. Salah seorangnya salahuddin. Salahuddin memang Seorang yang suka menyakat. Dia merupakan junior sekolah menengahku dulu. Daripada butir bicara hasan yang ku dengar, khabarnya, irasku seperti kawannya di sekolah lama dulu..hurmm, boleh percaya ke?? Ke sebagai taktik nak usha perempuan? aku terus berlalu dari tempat itu. Malas melayan sikap lelaki seperti itu.

Petang itu, selepas zohor, peserta program dihidangkan dengan slot yang seterusnya iaitu praktikal solat. Sepertimana ceramah pada paginya, iaitu tentang cara-cara melaksanakan solat dengan sempurna, jadi petang itu, mereka diuji secara praktikal bagi menentukan tahap kemampuan mereka. Aku memimpin adik-adik dalam kumpulan LDK yang ku pegang. Hurmm,, masih perlu diperbaiki. Ada yang hebat dan mantop. Dan ada juga yang banyak ketinggalan dan harus diperbaiki lagi. Mereka masih gagal menghafal doa qunut untuk solat subuh, doa iftitah, tahiyat akhir dan surah-surah lazim.

Sepanjang program,Aku mengambil kesempatan untuk merungkai permasalahan adik-adik dalam setiap kali slot LDK.. aku akan berusaha membantu mereka. Aku lebih suka untuk mendekati mereka dengan secara lemah lembut. Dengan cara itu,mereka juga lebih mudah dan senang untuk menceritakan masalah mereka kerana cara itu telah menimbulkan kepercayaan buat mereka. Kata-kata nasihat yang lembut bisa meruntun hati yang keras. Tak percaya? Apa kata, cuba dulu..sesiapa sahaja. Semua sukakan kelembutan dan perdamaian. Paling mudah,aku lebih suka mengambil contoh daripada Rasulullah SAW sendiri. Baginda sentiasa berlembut dengan sesiapa sahaja. Kerna pada diri baginda itu terdapat banyak contoh tauladan yang boleh diteladani.

Aku teringat satu kisah yang membuktikan salah satu sifat lemah lembut Rasulullah SAW. Pernah suatu ketika seorang yahudi datang menemui baginda untuk meminta hutang. Pemuda tersebut meminta hutang tersebut dengan cara yang kurang sopan. Dia menyentap kasar koler baju baginda kerana tersangat marah dan benci pada nabi. Umar al-khatab yang melihat adegan itu berasa marah kepada pemuda yahudi tersebut kerana bersikap kasar dan memperlakukan seperti itu pada nabi. Beliau mahu memarahi pemuda tersebut. Tetapi, Rasullullah SAW menahannya. Kerana, baginda mengatakan itu adalah urusannya dengan pemuda tersebut. Saidina umar al-khatab tidak boleh memarahi pemuda tersebut. Jika benar umar mahu menolong baginda, umar boleh membantu baginda menjelaskan hutang tersebut. Pemuda yahudi yang melihatkan sikap nabi itu berasa sungguh terharu. Dia tidak menyangka nabi Muhammad mempunyai akhlak yang sungguh mulia. Dia yang tanpa ragu2 lagi menyatakan keislamannya. subhanAllah..hebat sungguh akhlak baginda.


“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”(3:159)

Satu lagi kisah yang begitu menyentuh hatiku adalah kisah nabi Muhammad SAW dengan seorang yahudi buta.

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a. subhanAllah..


Sewaktu aku sedang duduk bersembang bersama dengan anak buah dalam slot LDK, aku terlihat kelibat hasan dan salahuddin dihadapanku. Ku melihat mereka bercakap-cakap dan tersenyum sinis memandangku. Sekilas, aku memandang mereka. Ku lihat mereka masih tersenyum-senyum. Apalah agaknya yang mereka sendakan? Hurmm..salah seorang anak buahku kemudiannya perasan aku hilang focus untuk bercakap. Dia kemudiannya berpaling ke tempat hasan dan salahudin..kemudian kembali memandangku.

“kak maira, agak-agaknya kan,diorang tu sukakan akak kot.” Ujarnya sambil tersenyum. Kelihatannya rakan-rakannya yang laen hanya senyum dan ketawa kecil. Mereka seolah-olah mengiyakannya. Kemudiannnya, salah seorang daripada mereka yang laen pula bersuara.

“a’ah kan, kak maira kan baik,lemah lembut,solehah,cantik..mestilah diorang sukakan akak..” dia kemudiannya tersenyum.

“ish, takde lah..tak baek tau bersangka buruk pada orang laen. Sudahlah..jangan layan sangat orang macam tu. Mungkin niat mereka hanya mahu bergurau sahaja. kita ketepikan dulu hal itu ye..Lagi baek kita sambung perbincangan kita tadi..ok?” aku memberi saranan. Perasaan geramku kepada salahudin dan hasan cuba ku sembunyikan daripada dilihat oleh anak buahku.

Mereka kemudiannya menganggukkan kepala mereka tanda setuju. Aku kembali meneruskan perbualan bersama anak buahku dalam LDK yang ku pegang. Sesekali, aku menarik perhatian mereka dengan bercanda dan gurauan yang tidak keterlaluan. Ku selitkan kisah pengajaran, ayat quran beserta hadis dan kata-kata nasihat dan penguat semangat agar mereka mendapat inspirasi.


Petang itu pula, diadakan suatu aktiviti riadah. Ianya berbentuk game seperti explorace race. Peserta-peserta perlu bergerak dalam kumpulan dan pergi dari satu checkpoint ke checkpoint yang laen. Setiap checkpoint pula perlu ada seorang fasilitator perempuan dan seorang lagi fasilitator lelaki. Aduhai.. perlukah sampai mcm tu sekali? Hurmm.. ketika para fasilitator sedang berbincang tentang perjalanan aktiviti petang itu, abg salman selaku ketua fasilitator memberi arahan.

“setiap checkpoint perlu ada 2 fasilitator. Lelaki dan wanita. Pada setiap checkpoint, akan ada task yang perlu peserta-peserta laksanakan. Mereka perlu selesaikan tugas mereka itu. Hanya selepas mereka selesai laksanakan tugas itu, barulah mereka boleh bergerak ke checkpoint seterusnya. Jika mereka Berjaya, mereka perlu mengambil tandatangan fasilitator sebagai bukti mereka Berjaya selesaikan task tersebut. Kalu mereka gagal, fasilitator perlu kenakan denda. Denda yang dikenakan haruslah tertakluk kepada apa sahaja pengisian ceramah sepanjang mereka berprogram dan berkampung disini..faham kan?kalu tiada sebarang masalah, bolehlah ambil tempat masing-masing.”

Usai abg salman memberi penerangan, dia terus beredar, ada hal laen yang dia perlu diselesaikan. Aduhai..kalu dengan fasilitator perempuan tak boleh ke?perlu ke lelaki dan perempuan?kalu perempuan dengan perempuan kat checkpoint tu, kan lagi baek..Hurmm.. ku lihat, semua sudah memilih pasangan masing-masing. Lantas aku segera menemui kak insyirah.

“akak, perlu ke satu checkpoint tu laki ngan perempuan?perempuan ngan perempuan tak boleh ke?”
“abg salman nak laki dan perempuan. Dia kata, sepanjang program, dia tak Nampak pun fasilitator perempuan dan lelaki berhubung sangat. Thiqah tak bertempat. Jumud. Kita ajak adik-adik kerja berkumpulan, kerjasama laki dan perempuan. Tetapi, dikalangan fasilitator sendiri, tak Nampak pun kerjasama muslimin dan muslimat. Macam mana nak tunjuk contoh kat adik2..”
“uish,, macam tu plak. So, macam mana?”
“maira geng kan dengan salahuddin? Dia ok kan?”
“salahudin? Hurmm..”
“ha, takpe la..anggap je nak bonding dan ukhuwwah sesame fasilitator..”
“akak camne?”
“akak dengan adib. Adib tu pun tak biasa sangat ngan perempuan melaenkan kalau dia kenal perempuan tu. Kesian gak kat dia, jadi akak dengan dia je..sebab dah terbiasa bergerak kerja kat kampus dengan dia..”
“owh..hurmm..oklah..”

Aku bersuara rendah. Seperti terpaksa menuruti arahan abg salman.
Segera aku menemui salahuddin. Tiba-tiba:

“humaira, ana dengan nti jela..semua da cukup tinggal nti dengan ana je yang belum ada pasangan tuk jaga checkpoint.”

Suara itu jelas ku dengar. Kuat. Semua fasilitator kelihatannya melihat aku. masyaAllah.. malunya.. tapi, sapa yang berkata-kata tu?Aku mencari empunya suara itu.

“amboi, abg hasan, kot ye pun.janganlah kuat-kuat sangat, sampai nak suruh kami semua nie dengar agaknya.” Salahuddin menyakat sambil senyumannya melirik ke arah hasan.

“Huh?! Sengaja betul salahuddin nie. Ishh..geram!!” getusku di dalam hati.

Hasan kelihatannya hanya tersenyum simpul dan segera menjawab,
‘’ din, tak jealous an?”

Salahuddin nampaknya tidak memberi sebarang jawapan. Dia hanya memberi isyarat tangan di jari telunjuknya seperti memberi amaran. Dia kemudiannya tersenyum dan beredar dari situ. Mungkin agaknya dia perasan muka ku masam mencuka tengok telatahnya. MasyaAllah,, geramnya aku..dia ingat aku nie apa? Barang mainan ke? Huh?!

Kemudian, kami bergerak ke tempot checkpoint masing-masing setelah abg salman memberi arahan. Aku ditugaskan menjaga checkpoint ke4 bersama hasan. Tempatnya berdekatan dengan makmal sains sekolah tersebut. Syukur tempatku berdekatan dengan tempat checkpoint kak insyirah dan adib. Hasan mengambil tempatnya dan aku mengambil tempatku. Tempatku agak jauh daripada hasan. Kelihatannya dia tetap dengan tempatnya. Bagus.

“jadi,humaira studi di uia nilai la ye?”

Hasan memulakan bual bicaranya sebaek sahaja kami sampai di tempat checkpoint kami.
Aku tidak menjawab pertanyaannnya. Sebaliknya hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakannya.

“owh..ana ada ramai kawan sekolah gak studi di situ”
“owh.” Aku menjawab pendek.
“nti marah ke kat ana pasal tadi? Maaflah buat nti tak selesa. ana bergurau je tadi. Ana Cuma nak berkawan je. Tapi, salahuddin tu beriya plak menyakat. ana jadi terover plak melayan gurauan dia.” Kata hasan seperti dapat menangkap perasaanku melalui ekpresi wajahku.
“takpe..” jawabku ringkas. Perasaan marah dan geram padanya sebenarnya masih bersisa. Terutama pada salahuddin..geram!!
“maaf ye..ana tak niat bukan-bukan pada nti..ana Cuma nak berkawan je.”
“ye, tak mengapalah..ana maafkan. ana kenal sangat perangai salahuddin tu. Dia junior ana time sekolah dulu.” Aku menjawab, tetapi mataku memandang ke laen. Mungkin agak kurang sopan. Namun, itu juga bagi menjaga kemaslahatan daripada bertembung mata.
“terima kasih” dia membalas.

Aku mengangguk. Suasana sepi seketika. Aku tidak bersuara begitu juga dia. Tidak lama kemudian, group yang pertama datang untuk memenuhi tugas mereka menyelesaikan tugas yang diarahkan oleh fasilitator. Telatah mereka telah mencuit hati aku membuatkan aku tersenyum dan kadang-kadang tergelak kecil. Semasa di checkpoint ketiga, mereka dikehendaki untuk mencari sesuatu yang diarahkan oleh fasilitator dalam satu dulang yang dipenuhi dengan tepung. Mereka perlu mengambil barang tersebut menggunakan mulut mereka. Jadi, semasa mereka menemui kami, mereka datang dalam keadaan putih keseluruhan muka, tangan juga baju mereka kerana dilumuri dengan tepung. Terkejut juga aku melihatkannya. Aku hanya mampu menggelengkan kepala dan tersenyum melihat telatah mereka. Tidak mengapalah, sekali sekala mereka nak berseronok.

Sementara itu, Di checkpoint aku dan hasan pula, para peserta dikehendaki melakukan suatu aktiviti yang melibatkan konsep ukhuwwah dalam kalangan para peserta. Permainan tersebut mahu menguji samada mereka akan membantu sahabat mereka atau mementingkan diri mereka sahaja.. Telatah mereka yang cuba membantu sahabat mereka terkadang menarik perhatianku. Terharu juga gembira. Alhamdulillah.. sesekali, kelakuan dan cara mereka ada juga yang kelakar,..mereka mahu membantu sahabat, akhirnya dia sendiri yang tak terbantu. Aku ketawa kecil melihatkannya. Sesekali hasan menegurku kerna perasan aku seronok sangat melihatkannya. Aku yang tersedar,cepat-cepat cuba mengawalnya.. Astagfirullahal’azim..tak solehah betul. Kemudian, selesai tugas mereka, aku dan hasan menyimpul ringkas tentang konsep ukhuwwah, kepentingan dan manfaatnya kepada para peserta. Semasa di checkpoint itulah, aku dan hasan bertegur sapa seperti tidak dipaksa-paksa. Kerana kami bekerjasama disana. Segala kemarahanku pada dia pudar sedikit demi sedikit. Akhirnya, aku mampu berbual biasa dengannya sebagai kawan juga sebagai orang yang lebih tua padaku. Setelah berbual dengannya, aku terasa menyesal memarahinya. Dia ikhlas mahu berkawan denganku. Aku pula yang salah melabelkan sikapnya itu. Bahkan, sepanjang aku dengan dia menjaga checkpoint bersama, banyak perkongsian ilmu dia padaku. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat. Daripada rasa marah padanya, bertukar pula rasa kagumku padanya. Hebat..salah satunya yang aku kagum adalah dia suka merendah diri setiap kali aku memujinya. Padahal aku memuji benda yang benar pada pandanganku. Dia merendah diri dan menceritakan kisah saidina ali yang sangat merendah diri.


Suatu hari Saiyidina Ali Karramallaha Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saiyidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saiyidina Ali turut serta solat berjemaah.

Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah " Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini". Jawab Rasulullah " Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal".

Mendengar jawapan Rasulullah, Saidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika'il supaya menahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali meredah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.

SubhanAllah..sungguh mulia sikap yang ada pada saidina ali sehingga malaikat jibril dan mikail berusaha agar saidina ali sempat juga solat subuh secara berjemaah..daripada itu, aku mendapat pengajaran bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan kerana Allah, Allah pasti akan membantu kita memudahkan dan menyempurnakan urusan itu dengan sebaeknya.. subhanAllah..


Keesokan harinya, seawal lima pagi, para peserta telah bersiap turun ke dewan besar sekolah untuk mengerjakan qiamullail dan solat subuh. Sesudah itu, aktiviti riadah mengisi slot yang terawal pagi itu. Kemudian, sarapan pagi dan bersolat dhuha. Seterusnya, diadakan majlis penutup program kem ibadah dan tarbiyyah. Para fasilitator memberikan amanat terakhir kepada para peserta. Peringatan demi peringatan diberikan supaya amanat dan nasihat itu dituruti para peserta. Mudah-mudahan, segala program yang didedahkan kepada para peserta memberi suatu anjakan paradigma untuk terus koneksi dan memperbaiki diri, dan segala nasihat akan diingati oleh mereka. Tambah-tambah lagi apabila slot muhasabah mengisi rohani mereka malam tadi. Jadi, kelihatannya, pagi itu mereka kelihatan akur dan menurut segala nasihat para fasilitator. Setelah itu, diadakan salam ukhuwwah antara para peserta dan juga para fasilitator. Sebelum aku dan para fasilitator muslimat berangkat pulang,kami sempat menghabiskan kata-kata akhir sesama fasilitator.

“maira, terima kasih lah turun untuk program minggu nie. Khidmat nti mmg sangat diperlukan. Hehehe..” Abg salman sempat mengusikku sebelum aku bertolak pergi.
“huU~ sama-sama, abg salman, macam tak biasa dengan maira plak..” aku membalas sambil tersenyum,
“ hehe..bukan tak biasa..tapi, yelah..dah lama tak jumpa maira kat tempat program..hurmm..insyaAllah, bulan depan ada lagi..tapi kat KL la..kalu nti free, bagitahu ana la.”
“owh..tgk lah macam mana..ana confirm an nanti..pape pun nanti, abg salman inform maira awal2 la..”
“insyaAllah..”

Semasa aku mahu gerak ke kereta, tiba-tiba hasan menegurku.

“maira, maaf ye..sepanjang program, ana ada buat nti marah..”
“owh, tak mengapa..nyway, syukron atas perkongsian ilmu semalam..” ujarku sambil tersenyum..

Dia mengangguk sambil tersenyum. Seperti tiada apa yang ingin diperkatakannya lagi,Aku mengorak langkah ke kereta. Tiba-tiba, aku disapa satu suara lagi.

“akak, saya jugak eh? hehehe..” ujar salahuddin sambil tersengih..
aku tersenyum sambil berkata.. “ takpe..akak dah masak benar dengan perangai kamu..”
Dia hanya tersegih. itulah salahuddin..dia memang suka bergurau.. mujur aku dah kenal perangai salahuddin...terkadang perasaan marah terbit juga di dalam hatiku ini.. tapi, aku tahu dia hanya mahu bercanda..

Di dalam kereta, mulalah kami para fasilitator muslimat, bercerita tentang aktiviti dan pengalaman sepanjang berprogram. Sedih ada,lucu pun ada..tapi, yang pasti, ianya memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Moga segala yang baik daripada program ini akan diredhai oleh Allah..insyaAllah..


Suatu malam, aku menerima suatu mesej perkenalan daripada sebaris nombor yang tidak aku kenali.. Sapa ye??

“assalammu’alaikum..salam perkenalan ye. Mf menggangu”
“wa’laikumusslam..sape nie?”
“ana kawan hakim..hakim ada cakap kat nti kan?”
“owh..ada2..yusuf?”
“ye, akif yusuf muhd al-fateh”
“owh..sedap nama tu”
“Alhamdulillah..nti?”
“qistina humaira Khalid al walid”
“perghh..hebatnye nama..huhu”
“hehe..mama dan ayah yang bagi..nyway,syukron jaza’ ”
“it’s my pleasure..so, am I disturbing u?”
“nope..takde lah. Ana tengah membaca buku je. Amek satu kos dengan abg hakim ke?”
“owh..buku apa? Takdelah..dia amek kos dakwah. Ana amek qiraat.”
“owh..hebat gak tu..pandai bertarannum? Buku terbitan telaga biru. “mak, abah..redhailah anakmu” nukilan ustzh siti nor bahyah bt mahamood,Fatimah syarha mohd noordin dan ida ezyani Othman.”
“boleh la sket2..hehe..”
“yela tu sket..tarannum apa yang reti?semua ke? HeE~”
“aish, takde la..ana takde la hebat macam tu..”
“jd,apa yang expert? HuU~”
“hurmm..tak expert..tahu sket2 je..hehe..tarannum bayaati, nahwand, rast, jiharkah..ha, tu je kot..tarannum hijaz, masih belajar lagi..hehe..”
“owh..terer gak tu..hebat..”
“takde la..bese2 je..nti org mana eh?”
‘abg hakim tak bagitahu ke?”
‘takde..”
‘n9..nta?”
“ore kelate..”
“lah..org pantai timur rupanya..huhu..”
“kenapa?”
“takde pape. ana suka je kawan-kawan dari Terengganu, Kelantan..”
“yela..kenapa?”
“sebab..ana tak ramai kawan yang berasal daripada sana. Ana ada ramai kenalan daripada internet. Tapi, tak ramai dari pantai timur..hurmm,, kelate kat mana?”
“owh..mcm 2 ke? Kat mache”
“owh..huU~”
“ye..suka ye..huhu..buku apa nti baca tadi?”
“buku ‘mak, abah..redhailah anakmu..’kenapa?”
“owh, baguslah..buku-buku macam tu, elok dijadikan sebagai bahan bacaan. Kita, as a child, perlu tahu apa tanggungjawab kita kepada orang tua kita. How you show and prove to them, you’re actually really taking good care of them..Bagaimana cara kita jaga hati mereka?sebab org tua nie besenya bila dah semakin berusia, mereka makin sensitive..bagaimana cara kita menghormati mereka..ha, jangan plak kita ni dilabelkan sebagai anak yang biadab..jangan kita dahulukan diri sendiri. Sebaliknya, lebihkan mereka..kita perlu tahu cara menjaga pertuturan dengan mereka..how u display your well mannered attitude and etc.. banyak lagi contoh-contoh..ha, da dapat ceramah free malam nie ye maira?hehe..parents maira, ada lagi?”
“huU~ takpe la..ceramah free..kalu berbayar laen cte..hehe..takde la, gurau je..benda baek mana boleh berkira..hurmm,, Alhamdulillah..ada lagi..yours?”
“hehe..Alhamdulillah..baguslah..the same going on me..umi dan abi ada lagi. “
“hurmm,, betul apa yang nta cakap tadi..kebanyakkan org zaman sekarang memang macam tu,takde adab sopan bila dengan ibu bapa mereka..paling menyedihkan apabila mereka yang sudah Berjaya dan bekerjaya tinggi menghantar org tuanya ke rumah kebajikan org-org tua. Sepatutnya, org2 macam tu la perlu disayangi dan dibelai..”
“betul tu maira, ana setuju dengan nti..org sekarang banyak lupa dengan peringatan Allah..dalam al-quran, banyak juga peringatan Allah agar berbuat baek pada ibu bapa..dalam surah al ankaabut ayat 8 , surah nisaa’ ayat 36 albaqaarah ayat 83 al an’am 151, apa lagi eh?banyak gi kan?”
“yup..betul tu,, banyak peringatan Allah dalam al-quran. Dan nta terlupa suatu surah yang sering kita jadikan rujukan..surah luqman..ayat 14..heE~”
“a’ah..lupe plak..hehe,, syukron.”

“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (29:8)

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapanya, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,” (4:36)


“Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling. (2:83)


Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahaminya. “ (6:151)


“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (31:14)


“’afwan..n banyak lagi kan contoh yang Allah nak bagi. Siapa yang derhaka kat ibu bapa, kat dunia lagi Allah dah turunkan azab seksa yang pedih. Tu baru kat dunia. Kat akhirat belum lagi..”
“ye..betul tu maira..banyak kesahnya..yang derhaka ada, yang patuh pun ada,, tapi.. rata-rata kesah zaman sekarang semua azab sebab derhaka..hurmm,, maira tahu tak suatu kisah tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang luar biasa kerana kebaekannya berbakti kepada kedua orang tuanya?”
“owh..apa dia tu?”
“ok, biar ana cerita kat nti eh..”
“tafaddhol ya akh..”

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbezaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.
"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya. subhanAllah…

“hebat kan maira?”
“subhanAllah..hebat..hurmm, doa seorang ibu memang Allah angkat terus ke langit kan?bila dia berbakti pada orang tuanya, mereka redha pada anaknya..redha kedua ibu bapa membawa kepada redha Allah SWT..subhanAllah..”
“betul tu maira. ;) “


Ada suatu kisah benar yang menyayat hati berlaku di salah sebuah daerah di sabah,dimana, ada seorang gadis yang sering melawan kata dan menengking ibunya yang telah tua. Pada suatu ketika, anak gadis ini ingin meminta wang daripada ibunya, kerana hendak keluar bersiar-siar ke Bandar bersama temannya. Ibu tua itu idak dapat menunaikan permintaan anaknya kerana tidak mempunyai wang. Anak gadis itu berkeras juga mahukan wang itu lantas memberontak sehingga tergamak menyepak ibunya yang telah tua. Lalu, ibu itu jatuh tersungkur dan tidak bergerak lagi. Anak itu terkejut melihat ibunya kaku lantas meminta pertolongan daripada orang kampong.

Malangnya, ibu tua itu telah meninggal dunia. Lebih menyedihkan lagi apabila hendak dikebumikan, jenazah ibu ini terlalu berat sehingga tidak dapat diturunkan ke liang lahad sehinggalah anak gadis itu sendiri yang turun ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah ibunya, barulah jenazah ibunya dapat dimasukkan ke dalam liang. Tetapi, timbul pula satu kesah laen yang mungkin akan menginsafkan kita. Kaki anak gadis itu terlekat berhampiran liang ibunya yang menyebabkan dia tidak dapat naek semula ke atas. Pelbagai cara telah dilakukan oleh orang kampong dan keluarga terdekat tetapi tidak Berjaya. Mulut anak gadis itu pula tak lepas daripada memohon maaf daripada ibunya. Semua yang ada disitu kebingungan kerana jenazah ibu itu perlu dikambus segera.

Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk menimbus separuh sahaja kubur itu. Tinggallah anak itu di kubur sambil mulutnya masih meratap-ratap memohon ampun daripada ibunya.keluarganya datang membawa makanan tetapi dia tidak boleh makan dan minum. Gadis itu hanya mampu menangis dan meratap sahaja. Laporan polis juga sudah dibuat berhubung hal itu sehinggakan media datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan oleh pihak polis kerana ingin menjaga nama baek keluarga tersebut. Beberapa hari kemudian, setelah pelbagai penderitaan dirasai, akhirnya anak gadis itu meninggal dunia. Satu keajaiban telah berlaku, kakinya yang terlekat di tanah Berjaya ditarik semula. Kisah yang menyayat hati ini wajar dijadikan ikhtibar kerana di dunia lagi Allah telah tunjukkan balasan bagi anak yang derhaka kepada ibu dan bapanya. Jika balasan di dunia amat dahsyat, bagaimana pula dengan balasan di akhirat yang pastinya lebih perit?? Nauzubillah..

Beberapa hari berlalu, sepanjang perkenalan aku dengan yusuf, aku rasa semacam suatu perasaan yang laen..wujud satu perasaan sayang lebih daripada seorang sahabat. Paling tepat, aku dah jatuh cinta dengannya. Astaghfirullahal’azim..aku harus mengawal perasaan ini. Kawal dengan mujahadah. Cinta adalah fitrah. Aku tak boleh menahannya. Sebaliknya, aku perlu kawal. Kawal dengan mujahadah. Sungguh-sungguh. Cinta ini tidak halal untuk aku menikmatinya. Sebelum ini aku mudah sahaja melawan semua cinta lelaki. Tetapi, kali ini agak berat pula rasanya.. Semalam pula, aku menerima mesej daripada hasan al-banna. Seorang temanku sewaktu kem tarbiyyah baru-baru nie. Dia berterus terang denganku bahawa dia mahu melamarku menjadi isterinya. MasyaAllah..ia memang suatu niat yang baek..tapi, aku masih terlalu muda untuk menerima risikannya itu. Jadi, pelawaannya itu, aku tolak dengan penuh berhikmah. Aku hanya mengatakan, aku mahu menumpukan pada sesuatu yang lebih besar. That’s my reason. Aku nak tamatkan pengajianku dulu..MasyaAllah..Allah datangkan dua lelaki sekaligus bagi mengujiku kali ini. Sebelum ini, aku mampu dan kuat menepis semua cinta ini. Kali ini, aku masih mengumpul kekuatan untuk terus menepis kesemua cinta yang hanya bersifat sementara dan melalaikan ini..aku harus mujahadah melawan nafsu yang merantai jiwa ku ini..

“yaAllah, kuatkan aku ya Allah..tidak seharusnya aku menyimpan perasan sayang padanya. Dia tiada berkepentingan padaku.. “

Aku terimbau kenanganku sewaktu aku bersama sahabat-sahabat di kampus. kami sering turun beriadah bersama-sama pada waktu petang,tiap kali hujung minggu menyapa. Sebenarnya, kami bukan setakat beriadah. Kami ada misi. Setiap kali melintasi pasangan yang mencurigakan di sekitar kampus, kami beri artikel tentang berpasangan sebelum kawen. Daripada segi bahana dan dosanya, sebabnya,akibatnya, dan langkah-langkah mengatasinya. Sarat dengan pelbagai maklumat dan info. Kami juga menerapkan grafik yang berwarna supaya dapat menarik perhatian untuk membacanya. Akulah antara orang-orang yang bersemangat mengedarkan risalah. Pantang nampak couple, pasti aku serbu. Geram tersangat-sangat..asyik berkepit je.. Selamba pegang memegang..cubit mencubit. yang perempuannya, tergedik manja pada si lelaki. Sudahlah,dengan tidak tahu malu menampilkan pakaian yang rasanya kepunyaan adik mereka. Pakaian yang tidak cukup kain dan ketat, sempit dan kecik sehingga menampakkan pusat...kenapa ye?? agaknya.. kerana mereka yakin itulah daya penarik mereka. Tidak cukup dengan itu. Sudahlah tidak mahu memakai kain tudung untuk menutupi rambut dan dada. Bahkan, Rambut mereka, mereka warna,rebonding dan apa sahaja yang mereka lakukan supaya kononnya nampak grand dan mengikuti trend semasa. Apakah kamu tidak mengingati ayat Allah dalam surah al ahzab ayat 59?

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (33:59)


Kenapa ye?agaknya bagi mereka rambut itu adalah mahkota kebanggaan wanita yang perlu dipamerkan untuk mendapat perhatian lelaki. Aduhai wanita…Seperti tak mengetahui apa erti dosa, dan makna maksiat. Sesungguhnya, aku yang juga bernama wanita ini berasa malu untuk melihatnya. Apatah lagi kamu yang memakai dan menghiasnya. Dimana sifat malumu?Apakah tiada perasaan malu dalam diri? Bukankah malu itu separuh daripada iman?? Itulah tanda lemahnya iman mereka.


““Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (24:31)

Paling gerun, seperti mereka tak ingat mati apabila dengan getisnya bertepuk bertampar. Seolah-olah mereka tidak sedar bahawa ada suatu kuasa yang sentiasa melihat mereka. Tidak malukah mereka apabila segala tingkah dipertontonkan oleh Allah di padang mahsyar kelak??

“Di tempat itu (padang mahsyar), tiap-tiap diri merasakan pembalasan dari apa yang telah dikerjakannya dahulu dan mereka dikembalikan kepada Allah Pelindung mereka yang sebenarnya dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan” (10:30)

Suatu malam rabu, aku menerima mesej daripada yusuf. Kata-katanya amat berlainan sekali.

“ana nak melamar nti jadi teman wanita ana”
Hatiku tidak keruan. Apa mimpi yusuf berkata sebegitu?
“maksud nta?”
Aku seolah-olah meminta penjelasan.
“would you like..to having a very special relationship wif me? I wanna take u as my
girlfriend. I mean, very special friend. But, I realize, I want more than a friend. You
get what I said right? Aku terkedu. Gentleman mamat nie rupanya.
“ hurmm..”

Aku seperti dipukau. Mulutku seolah-olah terkunci. Bisu seribu bahasa. Seperti tidak tahu mahu bercakap apa. Aku hanya terperanjat. Kenapa seberani seperti ini dia membuat pengakuan jujur mengenai perasaannya padaku. very outspoken. Tapi,kenapa tiba-tiba? masyaAllah, hatiku gundah gulana.

“maira, macam mana? Boleh ke ana masuk?”
“wallhu’alam. Ana tak tahu.”

MasyaAllah. Kenapa aku bercakap macam ini. Suppose to be like this… ‘maaf, ana tak mahu menerima sesiapa selain dia adalah suami ana.’ Mana pergi kekuatan ku seperti sebelum ini. Sebelum ini, aku mudah sekali berkata “tidak” pada mana-mana lelaki. Tetapi kenapa sekarang tidak lagi?

“yaAllah, hadirkanlah kekuatan dalam diri ini bagi mengharungi sezarah dugaanMu ini…”

“hurmm, tak mengapalah, ana beri nti masa ye. Sory 4 being very outspoken to u. but, I really hope the answer from u is “yes”. Nevertheless, if u feeling hard to accept me, just say the true okay? Ok then, sory. Didn’t intend to hurt u. asif, salam.

Dia menamatkan mesejnya. Aku terpaku. Terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Tidak ku duga, semua ini akan terjadi. Dan paling memeritkan, apabila aku tidak mampu menipu diri sendiri bahawa aku juga menyimpan sedikit perasaan padanya. Aduhai..aku harus kuat menepis semua ini. Aku tidak mahu menjadi fitnah pada lelaki kerana sikapku ini. Aku harus menjauhi semua perkara yang boleh mendatangkan rasa bertambah perasaan sukanya padaku. Aku tidak mahu lagi menghubunginya. Sebaliknya, tatkala mahu menjauh darinya, makin kerap pula dia menghantar mesej padaku. Dan jika mesej tidak berbalas, dia menelefonku. Aku tidak tahu apakah yang harus dilakukan. Fikiranku buntu. Sesekali, suara nafsuku kuat untuk menerima yusuf dalam hidupku. Tidak tenang aku jadinya. Ku lakukan solat istikharah..namun, tidak temui juga sebarang petunjuk. Mungkin juga bukan tiba masanya lagi aku menerima mana-mana lelaki yang sesuai..masyaAllah..

Beberapa hari selepas itu, dia kembali meminta jawapan mengenai lamaranya tempoh hari. Aku masih kebuntuan. Tidak tahu apakah jawapan yang harus kuberikan. Tapi, entah mana anasir jahat yang meracuni fikiranku. Emosiku terganggu. Nafsuku melampaui batasan imanku yang tipis ini sehingga aku tidak betah berfikir secara rasional menggunakan kata yang datang daripada relung iman. Kata-kata yang berajakan nafsu melampaui kuasa imanku yang rapuh ini.

“ana terima lamaran nta”
“betul ke?serius? ana tak maen-maen nie”
“ye, ana juga tak maen-maen”
“ye ke? Alhamdulillah.. terima kasih maira…tapi, kenapa ye? Yela, sebelum nie, ana maen-maen dengan nti, nti jual mahal dengan ana..”
“hurmm..tak tahulah, wallahu’alam..mungkin perasaan nie datang dengan tiba-tiba..”
“hurmm..ok. so, nti sayang ana la ye?hehehe..”

Aku hanya membalasnya dengan memberikan emotion tanda “love” pada mesej.

“ana tak nak dengan gambar. Ana nk nti jujur dengan kata-kata.”

“Ishh,, cerewetnya dia nie..” aku mengutuk sinis di dalam hati..

“ye,, sayang..” ujarku segan..
“yeke? Alhamdulillah..terima kasih maira.. ;) ”


Bermula dari saat itu, bermulalah episode percintaan aku dengan yusuf. Terasa sungguh bahagia. Kerana..kini, ada orang yang sangat mengambil berat pasal aku dan menyayangiku..Aku yang pada mulanya berasa takut-takut untuk memberikan gambarku tiap kali dia meminta, kini sudah mempunyai keberanian untuk menghantar gambarku padanya. Tambahan pula, tiap kali gambarku dihantar, dia suka memujiku. Tekonologi SMS, MMS dan menelefon dimanfaatkan sepenuhnya menjadi mekanisma kami untuk terus berhubungan. Panggilan juga sudah berubah. Yusuf sekarang sudah membahasakan dirinya sebagai “abg” dan sering memanggilku dengan panggilan “syg”.


“salam, maira da makan?” suatu mesejku terima daripada yusuf, tengahari itu.
“wslm, belum...”
“kenapa tak makan lagi nie syg? takde selera ke?”
“maira tengah kemas2 rumah tadi. Tlg mama. Tak sempat menjamah pape lagi”
“owh, rajinnya isteri abg..untung abg dapat maira.. ;) dah selesai semuanya?”
“ J sudah..abg da makan?”
“baru nak makan. Jom la makan sekali. Teman abg makan.”
“okay.. ;) “
“Makan apa ari nie syg?”
“mama masak lauk sambal udang nie.. Lauk favourite abg. Hehe.”
“owh,sedapnya syg..abg nak rasa gak”
“hehe. Abg kena datang sini la”
“macamana nak datang. Kalu abg datang, sure da basi. Maira suapkan abg je la. Ha, cepatlah..abg dah bukak mulut dah ni..”
“aammm..sedap tak abg?”
“sedapnya. Tambah sedap bila maira yang suapkan abg.. ;) “
“hehe..ada-ada je abg nie”
“ye, betul syg…abg tak tipu”
“heE~ segan la plak.”
“buat apa nak segan..maira, nak tahu sesuatu tak?”
“apa abg?”
“I really love u syg..”

Aku tersenyum. Yusuf memang seorang yang romantis dan pandai mengambil hati. Terkadang aku berasa malu dengannya.

“maira tak syg abg?”
“hurmm..”
“tak syg?”
“maira syg abg jugak..”

Aku berasa agak segan untuk mengatakan kata-kata sayang dan kasih padanya. Tetapi, lama kelamaan, perkataan seperti itu, seolah-olah sudah immune bagi aku untuk selalu bermanja dengannya. Hari-hari yang berlalu,perhubungan kami sentiasa ceria. Setiap hari, kami akan sentiasa berhubungan dan pasti ada sahaja telatah masing-masing yang menambahkan kemesraan. Aku yang sekarang ini cuti sem menggunakan masa cuti ini dengan sentiasa berhubungan dengannya. Pantang ada waktu free, mesti aku dan yusuf bermesej untuk bergurau manja. Tika malamnya, dia lebih suka menelefonku untuk mendengar suaraku. Katanya, suaraku sedap didengari.. lembut dan sopan. Bila dengar suaraku, terasa bahagia dan tenang. Bila melihat gambarku, terasa damai. Sejuk mata memandang. Aku berasa sangat-sangat dihargai. Aku betul-betul jatuh cinta dengan yusuf.

“solehahnya isteri abg..cantik je dipandang..” yusuf memujiku tatkala gambarku, aku MMS kan padanya.
“hehe..pandai-pandai je abg nie..”
“ye syg..abg tak tipu..bakal isteri abg nie memang sopan dan solehah..tak rugi abg pilih sayang”
“heE~ abg…”
“ea syg..”
“abg pun soleh jugak..kacak pun ye jugak..tapi, yang penting..comey..hehe”
“yeke?nak sedapkan hati abg je kan?”
“eh, tak la..maira cakap jujur nie..abg tak nak percaya takpe la..”
“hehe..abg percaya syg.. J ”

Sepanjang aku menjalinkan hubungan dengan yusuf, terkadang terlintas juga di benakku, Agak-agaknya apalah persepsi abg hakim kepadaku jika dia tahu kini aku sedang bercinta dengan yusuf.. Kadang2 perasaan malu terbit juga di dalam hati. Kerna, Aku dulu pernah mengatakan “tidak” pada kapel..dulu, mindaku pantang menerima segala alasan manusia untuk berkapel. Dulu hati dan imanku sangat2 membenci kapel..dan dulu,mulutku sangat susah untuk menyebut kata2 cinta pada mana2 lelaki yang bukan muhrim..kini, semuanya itu menjadi sesuatu yang aku suka pula dan menjadi perkara yang selalu aku lakukan..kata-kata tidak suka itu juga pernah aku lontarkan pada abg hakim. Tapi, skrg, aku pula yang terjerumus dalam jurang cinta ini.. malu juga jadinya,…Bila ku utarakan hal ini pada yusuf. Yusuf hanya menjawab..

“takpe..abg awk tu tahu dah la..dia kata, itu perkara biasa..normal issue among teenagers like us..takde pape lah ye..jangan risau ye syg..”

Aku hanya akur apa yang yusuf perkatakan. Tiada daya harus berbuat apa-apa. Kerana, aku tidak mampu tipu perasaanku padanya..

Selang beberapa hari selepas itu, abg hakim menyapaku dalam suatu mesej. Mungkin agaknya, yusuf memberitahu abg hakim tentang kegusaranku tentang pandangan abg hakim tentang statusku sekarang bersama yusuf.

“salam, maira..apa khabar?”
“wslm..alhamdulillah..sehat..abg hakim?”
“Alhamdulillah..sehat juga..maira sure sehat an..yela, rasa ‘bahagia.’.”
“lah, hari-hari memang bahagia la..heE~”
“tapi, sejak beberapa minggu nie, laen macam sket kan bahagianya? haha”
“ish, jahat la abg hakim nie..huhu..”
“huhu..just kiddin’..well..camne yusuf?dia okay?”
“ok.mcm abg hakim. Baek..”
“huhu..pandai2 je maira nie..dengar cite, maira nak bagi buku kat dia eh?”
“a’ah..huhu..saje nak suh dia baca kandungan buku tu”
“buku apa?”
“pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul..”
“owh..bermadah puitis..tajuk pun dah menarik perhatian..abg hakim punya takde? hehe”
“hehe..yela, abg hakim kan jiwang..haha. abg hakim punya,mintak kat kak haziqah la..hehe..”
“ish, nak kena maira nie..huhu..”
“hehe..take it as a joke..hehe,, abg hakim, nak tanya sket la..”
“ye dik?”
“hurmm..macammana sikap yusuf yang sebenarnya eh?”
“macammana maira kenal dia..macam itulah dia yang sebenarnya..dia tak hipokrit..”
“owh..dia dngan kawan-kawan dia macammana?”
‘ye..dia dengan geng2 kteorang, dia ok..pandai buat lawak..maira pernah tengok gambar dia kan?”
“pernah..”
“ha, macammana?kacak tak?huhu..”
“ntahla..huhu..”
“Ek eleh…malu-malu plak..huhu..dia macam tu la..pandai buat lawak, kelebihan dia, dia segak..ada rupa la..kecik comey org dia..hah, dialah yang paling comey ketinggian dalam geng kteorg..hehe..sesuailah dengan maira..”
“ehehe..pandai-pandai ye abg hakim nie..tapi, dia memang pandai amek hati maira..maira ada masalah hari tu, dia banyak gak nasihat maira..”
“tu yang makin sayang kat dia tu kan? hehe”
“abg hakim! “
“hehehe..”

Malam itu, seperti biasa..aku dan yusuf bermesej.
“abg, petang tadi maira mesej dengan abg hakim..hehe..jahatlah abg hakim..”
“kenapa?”
“dia komen pasal kita”
“owh..” yusuf membalas pendek.
“abg?”
“ye..”
‘’abg marah maira ke?”
Yusuf tidak membalas mesejku.
“abg..” aku menegurnya…
“ye..”
“abg marah maira ke?”

Dia tetap tidak membalas mesejku. Agaknya,betullah yusuf marah padaku. Sebelum ini, dia pernah memberitahuku, dia tak suka aku mesej dengan lelaki laen. Agaknya, mungkin dia marah aku bermesej dengan abg hakim.
“abg, abg benci sangat ke kat maira?sampai maira tanya abg banyak kali..abg tak nak jawab?”
“taklah..”
“abes 2?”
“syg, tak ingat ke apa yang abg bagitahu kat maira dulu?abg tak sukakan maira mesej dengan org laki laen selaen abg?tak ingat??”
“tapi, e2 abg hakim je kan..kenapa abg nak marah? Abg hakim pun da ada Kak haziqah..”
“abg tahu..tapi, abg tak suka maira asyik mesej dengan lelaki laen..abg tak suka..”
“ok..maira faham..maira minta maaf..”
“hurmm..takpe. Bual apa dengan hakim?”
“Dia tanya tajuk buku yang maira nak bagi kat abg tu..dia nak jugak..huhu”
“yeke?tak malu betul hakim nie.. mintak la kat awek sendiri..huhu”
“hehe..abg nie..”
“ ;) hehe..lagi?apa lagi dia cakap?”
“maira tanya pasal sikap abg..pastu dia jawab macammana maira kenal abg, macam tu la perangai abg..hehe”
“hehe..syg tak percaya kat abg ke?”
“maira percaya..saja je nak tanya.mana tahu ada benda yang maira tak tahu pasal abg..heE~”
“hehe,, cubit baru tahu..lagi?”
“hehe..dia kata, abg paling cute dalam geng abg..jadi sesuailah dengan maira..hehe”
“nak kena hakim nie..huhu..”
“hehe..abg hakim gurau je tu..abg, buku yang maira nak bagi tu, maira post next week eh..artikel pasal munakahat yang abg nak berkenaan dengan assignment abg tu pun maira akan post sekali..artikel tu ada kat dalam pendrive..maira ada letak alamat rumah..nanti, maira nak pendrive tu balik..abg post ye?’’
“okey..insyaAllah syg..maaf susahkan maira..kat tempat abg tak dapat wireless.ada problem, tak dapat surfing. Maaf susahkan ye..”
“Takpe..nanti,mana tahu maira susah, abg boleh tolong maira plak..”
“  ye..insyaAllah..terima kasih syg..abg nak tanya sket kat maira bole?”
“Ye abg?”
“kalau abg hakim still single, maira akan sayang abg hakim tak?”
“lah, kenapa abg tanya macam tu?”
“jawab dulu ye..”
“hurmm..taklah. tak mungkin. Maira anggap abg hakim macam abg kandung maira je.. lagipun, 1st time maira kenal abg hakim, maira dah set kat mind, dia sebagai abg dan kawan. Tak lebih daripada itu. Susah maira nak buang dan tukar status tu kalau sekarang hati maira dah tertaut dengan lelaki yang bernama akif yusuf muhd al- fateh..:) maira sayang abg sorg je..”
“ abg lagi syg sgt2 kat maira”
“ kenapa abg tanya?”
“saje je..nak usik-usik, manja-manja ngan syg.. ;)

Aku tersenyum sendirian. Begitu cara yusuf mempamerkan rasa cintanya padaku. Aku berharap, aku dan yusuf akan kekal sampai ke jinjang pelamin dan berkasih sayang sampai ke akhir hayat.

Kini, sudah genap 2minggu aku berpacaran dengan yusuf. Semuanya yang dirasai, terasa indah belaka. Rasa seronok kerana ada seseorang yang kini mengambil berat terhadapku. Menghargaiku selalu. Memujiku dengan kata-kata manis yang manja dan romantis. Terasa sungguh bertuah! Owh, indahnya bercinta..jika ku tahu cinta seindah begini. Sedari dulu lagi, pasti aku sudah bercinta. Selaen itu, yusuf juga seringkali mengajak dan mengejut aku bangun malam, rajin bersolat sunat,puasa sunat dan beberapa perkara sunat yang laen. Dia juga gemar memberikan buah fikiran dan kata-kata nasihat kepadaku dalam segenap perkara. Tetapi, dia lebih suka dan banyak berkongsi berkaitan dengan kepentingan berbakti kepada kedua ibu bapa. Kisah seorang anak yang sangat berbakti kepada orang tuanya walaupun ibu bapanya khinzir seringkali yusuf mengingatkan aku.

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

subhanAllah..Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. insyaAllah..Cerita itu selalu menjadi inspirasi buatku agar selalu selalu berbakti kepada orang tua..


Suatu petang, aku mengemas koleksi buku-buku yang ku kumpul di dalam almari buku. Sedang ku susun, mataku terpandang sebuah buku yang dulu pernah menjadi penguat semangatku mengenai suatu prinsip ketegasan aku sebelum ini. “pemilik cintaku setelah Allah dan rasul” . Buku itu aku ambil dan ku selak satu persatu helaian mukasuratnya..

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak tanduk yang tidak diredhai Allah, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah swt memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang akan jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Aku menguatkan prinsip ini dengan sebuah hadis:

Maksudnya: “sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang syahid.”

(riwayat hakim, ibn asakir, al- dalimi, dan lain-lain)

BAHANA CINTA:

Seorang penyair arab berkata:
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
Namun ketika seseorang Yang Bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia tak tertolong lagi..

Walaupun aku sudah mengkhatamkan pembacanku pada buku itu, namun…setelah lama aku tidak membacanya. Aku sedikit terlupa akan kandungannya. Bila ku selusuri semula apa yang terkandung dalam buku itu, aku kembali tersedar..masyaAllah..malunya aku dengan diriku sendiri..sebelum ini, “coupling before marriage” merupakan suatu tindakan yang aku paling benci..tetapi, kini..ia menjadi sesuatu yang aku paling sayang..aku tekadkan pendirian dalam hatiku. Aku harus kuat, kalu aku tak mampu nak kuatkan iman lelaki. Aku tak mahu jadi pelemah iman lelaki. Cukuplah kalau setakat nie aku dah menyeret yusuf ke dalam lembah kemaksiatan..kini, aku tak mahu lagi kami terus terlalai..kalau dia tak tahu pasal dosa ini, aku harus memberitahunya dan menghentikan perhubungan terlarang kami ini.. Nauzubillah..seperti kata hadis nabi:

“tidak aku tinggalkan selepas aku fitnah yang lebih mudarat ke atas lelaki daripada wanita.” (Riwayat Bukhari)

Islam sangat melarang keras umatnya bergaul bebas tanpa batasan syariat yang menghadkan perilaku kita. Seks bebas, berpeleseran,berpasangan lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah..contohnya, bisa mngundang kepada zina yang akhirnya terlahirlah anak haram yakni anak luar nikah. Bahkan, perbuatan zina ini sangat dimurka dan dibenci Allah..sehinggakan banyak peringatan dalam al-quran tentang zina. Allah sangat menitik beratkan kedudukan zina sebagai suatu tempat yang jijik sekali. Dalam surah al israa’ ayat 32, Allah tidak berfirman supaya ‘jangan melakukan zina. ‘Tetapi, Allah berfirman supaya ‘jangan mendekati zina.’ Menunjukkan, perlakuan itu amat dikutuk oleh Allah.. Sehinggakan mendekatinya juga Allah tidak suka. Apatah lagi, melakukannya..nauzubillah.. aku teringat perlakuan aku bersama yusuf. Walaupun, kami tak pernah berjumpa..tapi, cara kami berpasangan itu dengan bermesej yang keterlaluan, yang membazir wang dan masa serta menelefon dengan kerap, bercakap-cakap pasal perkara yang tidak perlu..bisa membuka pintu zina hati juga..astaghfirullah..

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” ( 17:32)

Aku segera mencapai handphoneku. Aku bulatkan tekad. Aku harus berterus terang dengan yusuf. Perhubungan ini tidak boleh dibiarkan. Bimbang kemurkaan Allah makin menebal.

“salam,, abg..maira nak minta 1 permintaan kat abg boleh tak?”
“wslm..ye syg?apa dia?insyaAlah..kalu tak keberatan, abg akan tunaikan”
“maira nak kita putuskan hubungan kita abg..”
“hah?maksud maira?seriously?”
‘ye abg..maira tak maen-maen. Maira serius nak minta putus dngan abg..”
“tapi..kenapa maira?kenapa tiba2?abg ada buat salah kat maira ke?atau maira ada org laen ye?”
“tak..tak abg..maira takde org laen pun..dan abg memang tak buat salah pape kat maira..sebaliknya, abg memang baek dengan maira..”
“abes, kenapa nak putus?”
“abg..maira minta maaf..maira bukan sengaja nak minta putus dengan abg.tapi, maira tak nak kita terus-terusan tanggung dosa nanti..”
“maksud maira?”
“abg…apa yang kita buat nie salah..totally wrong..relationship and coupling between male and female, entitled of “love” and before marriage is not existed in islam..islam tak pernah ajar untuk berpasangan sebelum kawen. Itu boleh mendatangkan murka Allah kalau kita buat gak.. tak salah kita nak bercinta. Tapi, cinta kita ini, banyak mendatangkan maksiat sebab kita bermualat dan berikhtilad macam kita nie ada ikatan yang sah..kita ucap kata-kata cinta..bermesej dengan kerap..telefon selalu.. itu bahaya abg..itulah yang dilarang oleh Allah. Kita nie keterlaluan dan berlebih-lebihan..padahal kita nie wanita dan lelaki yang ajnabi..kita bukan muhrim abg..tu yang dosanya..itu pada pandangan Allah..pada pandangan manusia pula..even, dari segi cara kita berpakaian..org mesti pandang tinggi pada kita..tapi, bila tahu kita buat dosa..apa agaknya persepsi org ramai..terutamanya persepsi org bukan islam terhadap kita yang bertudung labuh dan berkopiah? Kita bukan setakat jatuhkan martabat dan peribadi kita..tetapi, mereka yang diluar sana yang berpakaian seperti kita…maira malu abg..maira malu dengan diri sndiri..maira org yang faham hukum. Tapi, maira still buat gak benda yang terkutuk nie..kat kampus dulu, maira selalu bermegah-megah dengan org ramai supaya tidak berkapel. Maira keluarkan semua hujah2 maira..maira kerap banteras org berkapel dengan sahabat2 maira. Sekarang, maira pulak yang berkapel..sekarang, maira sedar..maira sedang diuji oleh Allah dengan kata-kata maira yang dulu..ternyata maira tak kuat abg..sekarang maira tersedar. Maira tak nak kita terus hanyut lagi abg..jadi maira nak putuskan hubungan kita sebelum pintu taubat untuk kita tertutup..” aku melahirkan rasa kesalku.

“hurmm..” agak berat yusuf mahu menerima kenyataan..
“abg, abg okay?”
“hurmm..okay maira. abg okay. “
“jadi, abg setuju kalau kita putus ye?”
“ye..abg terpaksalah..abg faham..abg juga dah tersedar. Ini juga untuk kebaekan kita bersama..”
Alhamdulillah..yusuf dengan mudahnya menerima keputusanku ini..

“maaf ye abg..maira buat untuk kebaekan kita..”
“takpe maira..abg tahu. Abg rela berkorban untuk maira. Lagipun apa yang maira cakap tu semua betul. Tak sedikit pun yang salah”

Aku lega sekarang. aku sekarang bebas daripada dibelenggu cinta sebelum kahwin. Alhamdulillah. Walaupun jauh di sudut hatiku, aku berasa sayang sangat padanya. Air mataku mengalir deras. Sedih juga. Namun, aku teguhkan pendirian. Kekuatan perlu dicari!

Namun, setelah aku putus dengan dia, aku tak nafikan. Aku rindukan yusuf. Aku rindukan kata-katanya. Aku rindukan belaian manjanya. Tapi, aku harus tepis semua itu. Itu tidak sepatutnya berlaku. Aku tak mahu tersasar lagi ke dalam lembah hina seperti dahulu. Lagipun, nasihat dan peringatan daripada sahabat karibku, qurratun aini tadi telah buat aku tersedar..


“Aini, maira nak bagitahu sesuatu benda..” ujarku pada aini. Walaupun terasa lemah, namun, ku gagahkan juga untuk memberitahunya.
“ye maira? apa dia?”
“aini..kalau maira bagitahu pada aini, pasti aini terkejut..maira malu juga dengan aini...maira sedar ia dosa, tapi, maira takde kekuatan untuk menolaknya..”
“kenapa maira? maira cakap je ye..aini sedia mendengar..”
“aini, maira sebenarnya sedang bercinta..”
“bercinta?”
“ye..aini terkejut ye?maira dah agak..maira tak tahulah aini, kenapa maira boleh terjerat dalam perangkap cinta yang maira sendiri yang tahu ia melekakan..”
“hurm…jangan sedih ye..cuba maira cerita kat aini, daripada mula, macam mana boleh terjadi?”

Aku pun menceritakan perjalanan kisah cinta kami, bermula daripada aku dan yusuf berkenalan, sampailah sekarang.

“maira..aini nak ingatkan maira dan diri aini sendiri..niat kita tak boleh halalkan semua perkara dan matlamat. Walaupun niat maira dan yusuf adalah baek, tidak bergurau. Sebaliknya, betul2 mahu berkahwin dan meramaikan umat. Tapi, cara maira dengan yusuf itu sendiri untuk bercinta sebelum tiada ikatan yang sah itu adalah salah..islam tidak pernah menyuruh umatnya bercinta sebelum kita berkahwin. Itu budaya org barat..Jadi, buat apa kita perlu agung-agungkan budaya org-org barat? Lagi manis dan berkat kalau kita follow apa yang islam syariatkan.. islam itu cantik maira..bila kita ikut apa yang ditetapkan syariat itu, ianya jadi cantik pula.. disamping kita dapat keberkatan Allah..cuba kita bayangkan..kita jaga dan simpan cinta kita hanya untuk suami..takkan kita berikan cinta itu pada lelaki laen selaen lelaki itu adalah suami kita..Sanggupkah kita menduakan cinta yang sepatutnya kita beri pada suami kita, tapi kita beri pada lelaki yang tak sepatutnya pula? mesti rasa menyesal dan sedih kan? Sepatutnya cinta itu kita patut beri pada suami kita sahaja. Kerana dialah pemilik cinta yang perlu kita sandarkan cinta kita..tapi, bila kita beri pada orang lelaki yang laen, terasa kurang nikmat dan tiada berkat..maira tahu kan, bila kita jatuh cinta pada sesorang,kita tahan sampai kita meninggal dunia sekalipun, kita dikira mati syahid..lagipun, tak rugi langsung kita ikut apa yang Allah tetapkan kerana setelah itu, berjuta hikmah akan menyusul..daripada situ, baru kita akan tersedar betapa cantiknya islam itu..dan betapa untungnya kita mengikutnya..dan semua itu datang daripada betapa agungnya Allah SWT..subhanAllah..”


Aku menjalani kehidupanku seperi biasa. Cuma hari-hariku tiada lagi yusuf di sisi menemaniku untuk bergurau manja dan berkasih sayang. Namun, 2 hari selepas itu, aku menerima mesej rindu daripada yusuf. Dia kata, dia rindukan aku, rindukan saat seperti dahulu. Aku terus bertegas dengan prinsipku. Tetapi, aku berjanji padanya, kalau dia memang jodohku. Aku sedia untuk menunggunya sampai kapan pun kerana aku juga sangat menyayanginya. Namun, naluri perempuan yang cepat tersentuh akan pujuk rayunya serta dengan imanku yang rapuh ini menyebabkan aku kembali menerimanya. Aku sayang sangat pada yusuf. Aku tak sanggup kehilangannya. Begitu juga dia tak sanggup menerima pemergianku. Kami berhubungan seperti sediakala. Aku dan yusuf bermuamalat seperti orang yang mabuk cinta. Pandangan iman terhijab dek kerana terlalu banyak maksiat dan dosa. Tambahan pula kami terlalu asyik dengan cinta. Sesekali, ada suara iman yang tipis menegur supaya menghentikan hubungan kami itu. Mula-mula tersedar, namun setelah di awang-awangan, disambar rasa cinta itu, kami terus dengan perhubungan kami. Sampailah satu masa dimana terbit rasa bersalah dalam diri aku lalu ingin berpisah dengan yusuf. Namun, yusuf seperti bijak membaca hatiku.

“maira, berape kali abg da cakap? Abg tak nak dengar kan maira sebut perkataan ‘putus’…Kenapa selalu sangat minta nie?nak sangat ke?”
“maira minta maaf..”
“maira nie kan, sket2 minta putus. Baru baek2 semula,Pastu minta putus balik. Maira ingat hubungan kita nie maen2 ke? abg da serik betul. Asyik minta clash je..kalu macam tu, tak hairan la kalu kita da kawen nanti maira minta cerai kat abg..”
“maira minta maaf.”

Aku kehabisan kata-kata. Hanya kata maaf yang mampu diucap. Masuk kali ini sudah tiga kali aku menyuarakan hasrat mahu berpisah dengannya kerana aku memiliki iman yang rapuh dan pintu hatiku dipenuhi dengan rasa cinta dengannya, aku kembali menyambung perhubungan dengannya. Aku terlalu berat untuk bersuara. Tidak tahu di ceruk mana di dalam hati ini harus ku intai untuk mendapat sedikit kekuatan. Paling menyedihkan, aku yang memahami perhubungan ini yang tidak sepatutnya dibina, kerana ianya hanya berlandaskan nafsu semata ini harus kuat untuk menolak. Tapi, kenapa sebaliknya yang berlaku? Kenapa aku harus menerimanya? Tidak malukah kau melakukan sesuatu yang terang-terang terlihat akan keburukan dan dosanya? Tidak timbulkah perasaan Maluku? Apakah aku tidak mengingati ayat Allah dalam surah as saff ayat 3?

“Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” ( 61:3).
Mana pergi hujah-hujahku yang menjadi kekuatan untukku terus mempertahankan prinsipku sebelum ini? Aku terhijab untuk berkata-kata mengucapkan kebenaran,dek kerana hatiku sudah mula sangat-sangat menyayanginya.
“abg, maira minta maaf.lepas nie, maira janji takkan minta putus lagi.”
“maira ingat hubungan kita nie maen-maen ke? kenapa buat abg macam nie syg? Abg tak cukup baek ke buat maira? Apa kurangnya abg nie? Cakap maira..supaya abg dapat perbaiki.”
“tak..takde apa..abg da cukup sempurna buat maira. Maira minta maaf abg. Maira janji takan minta putus lagi ye abg..maaf”
“hurmm..betul nie?janji ngan abg? Abg tak nak dengar lagi tau..”
“ye..maira janji. Maira minta maaf abg.”
“ok..abg maafkan maira. J “

Aku dengan tanpa segan silu, terus berhubungan dengannya. Bermesra tanpa tahu berbatas. Bermanja dan bermesra dengannya tanpa tahu memagarinya dengan batasan syariat yang Allah dah tetapkan. Seperti tiada iman untuk menjadi pautan dari terus hanyut dibanjiri derasnya aliran maksiat. Sesekali aku pura-pura merajuk, supaya yusuf akan memujukku dengan penuh romantis dan kasih sayang. Kami Berperangai persis tiada ilmu tentang bermuamalat dan berikhtilad dengan bukan muhrim. Seolah-olah tarbiyyah yang diterima di kampus tidak langsung menusuk ke dalam kalbuku. Seolah-olah apa yang dibenci sebelum ini menjadi sesuatu yang paling aku suka dan sayang untuk meninggalkannya.

Namun, aku ingatkan panas hingga ke petang, tapi rupa-rupanya hujan di tengahari. Perhubungan aku dan yusuf akhirnya terputus juga setelah hampir sebulan aku dan dia berpasangan.

“maira, boleh tak kita guna kata ganti nama yang dulu? Ana, nta dan nti.”
“kenapa abg?”
“saje je”
“abg, maira bg mesej kat abg hari nie. Tapi, abg tak balas langsung. Bila maira missed call, abg pun buat tak tahu. Kalu takde kredit, kenapa bila maira call, abg tak nak angkat? bila maira tanya kenapa, abg jawab saja-saja. Sekarang nie, bila maira tanya kenapa, abg tak nak bg jawapan gak. Kenapa abg? Abg cakap la betul2 ngan maira abg..”
“hari tu, masa abg balik cuti sem, umi tengok handphone abg. Banyak sangat
perkataan yang tidak sepatutnya kita as a bukan muhrim untuk sebut. Tapi, kita sebut gak. Kata-kata romantis dan manja, kata-kata sayang. Umi tak suka. Dan sekarang abg tak nafikan, abg susah nak menghafal ayat quran. Apa yang abg baca, susah nak masuk. Apa yang abg belajar dalam kelas pun payah nak masuk dalam kepala otak. Nak mengingat apatah lagi. Sebab redha umi takde..Baru-baru nie, exam, ada dua paper yang abg kena repeat..abg agak nie sume kifarah daripada Allah..perlakuan kita dah banyak mengundang murka Allah..“
“jadi, apa maksud abg?”
“maira sendiri faham kan?”
“abg nak putuskan hubungan kita ke?”
“itu yang terbaek maira.”
“abg betul2 maksudkan ke?”
“ye,, abg mintak maaf ye maira. “
“hurmm,, takpe..” aku membalas pendek.
“maira, maira jangan sedih ye. Abg janji dengan maira. Maira pegang tau janji abg nie. Suatu hari nanti, abg akan cari maira sampai dapat dan abg akan pinang maira untuk jadi isteri abg jika benar kita nie diperjodohkan. Abg sayang sangat kat maira. abg akan selalu berdoa supaya kita disatukan, dan hati kita tak berubah untuk memilih orang laen. Abg tak nak berpisah dengan maira. Tapi, nie sume untuk kebaekan kita. Kita nakkan redha Allah kan?kalu kita terus-terusan begini, redha daripada ALLAH takkan dapat kita gapai. Tak rugi maira. Kita boleh berkorban demi cinta sesame manusia. Tetapi, sejauh mana kita sanggup berkorban pada Allah?padahal cinta daripada Dia yang patut kita kejar. Buat pengetahuan maira, abg sendiri sebenarnya dah lama tahu tentang cinta dan kapel sebelum kawen nie banyak melalaikan dan jika kita tersilap langkah, kita berdosa kerana wujudnya maksiat dalam hubungan itu. So, hubungan itu secara langsung akan jatuh hukum haram. Lebih parah apabila hubungan kita nie dibina dan dicemari atas dasar maksiat. So, susah kita nak kecapi rasa dan nikmat nak bahagia kalu kita teruskan juga hubungan kita ini. Mungkin effectnya kita tak nampak sekarang mahupun selepas kahwin. Tapi, beberapa tahun lepas kahwin..mungkin akan ada je yang tak kena sebab redha dari Allah tu takde..jadi, bila perkahwinan tu tak berkat, huru hara rumahtangga..abg tak nak benda tu sume nanti beri kesan pada zuriat plak.. jadi, lebih baek dan berkat kalu kita putuskan hubungan kita nie sekarang... abg menyesal dengan sikap abg nie. abg sepatutnya nasihatkan maira sebab abg nie lelaki. Abg lah pemimpin dan bakal ketua keluarga. Tetapi, abg sendiri lemah..maafkan abg ye maira. pasal kapel tu, Abg tahu lama dah maira. tapi, abg sengaja tak nak tunjuk ia dosa kat depan maira sebab abg sayangkan maira. memang pada mulanya abg hanya nak berkenalan sahaja dengan maira. tapi, bila dah lama-lama kenal dengan maira, abg jatuh hati dengan maira. jadi sekarang, abg terpaksa tanggung kifarah daripada Allah nie. Umi tak tahu abg kena repeat paper nie. Kalu tahu, mesti abg kena marah. Maafkan abg ye maira sebab putuskan hubungan kita nie. Tapi, abg tak nak lah kita terputus terus hubungan silaturrahim. Kita berkawan macam biasa je..boleh kan?’’

Tanpa aku sedari, air mataku mengalir deras. Kata-katanya itu begitu menyentuh naluri wanitaku dan terus meresap ke dalam hati. Sedih teramat sangat. Hatiku Sedih berbaur syukur. Aku sedih kerana aku bakal kehilangannya. Aku bakal berpisah dengan orang yang teramat aku sayang. Tetapi, dalam masa yang sama, aku berasa gembira kerana akhirnya dia sedar kami dah terlalu banyak terlanjur berbuat maksiat. Lalu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan denganku.
“YaAllah…Alhamdulillah..akhirnya Allah ambilku kembali untuk menjagaku daripada mana-mana lelaki setelah sebelum ini aku banyak terjatuh tersungkur dalam mengenal erti cinta yang hakiki. yaAllah,, tetapkanlah pendirianku ini..aku tidak mahu lagi berbelah bahagi..”

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (3:135)

“abg, macammana abg dapat yakinkan maira dengan janji abg tu?’
“maira tak percayakan abg ke? Sepanjang kita berhubungan, pasti maira dah kenal kan abg macamman? Abg takkan mungkir janji. Abg janji dengan maira. kalu kita diperjodohkan, abg akan berusaha keras mencari maira dan melamar maira jadi isteri abg apabila tiba waktunya. Maira pegang janji abg tu. Abg tak kesah. Tapi, yang penting sekarang, abg nasihatkan diri abg sendiri mahupun maira supaya sama-sama kita bercinta dengan Allah ye. Cinta padaNya tak pernah mengundang kekecewaan.”

“kalu kita tak dijodohkan bersama macammana abg?” aku bertanya dalam nada kecewa.
“itu kita kena redhalah. Jodoh daripada Allah, kita kena pasrah. Ini pun lebih baek kita putus awal-awal. Kalu ditunggu lagi, makin kecewa lagi kita apabila suatu hari nanti kita tak dijodohkan bersama. Yang penting, cintakan Allah ye, pasti maira akan dapat cinta daripada suami yang soleh. Percayakan abg ye..walau apa pun, doa banyak- banyak supaya Allah jodohkan kita ye...Biiznillah, kalu kita dijodohkan..jodoh kita pasti tidak kemana. Tapi, kena ingat juga..kita tak boleh berharap sangat..takut ia tak kesampaian..yang penting teruskan berdoa…”

“baek,, insyaAllah..maira boleh menerimanya. Terima kasih abg sedarkan maira ye. Tapi, maira rasa untuk kita berhubung dan menjadi kawan biasa agak susah. Maira rasa elok kita tak berhubungan langsung. Ini juga bagi menjaga hati masing-masing. Kalu selalu berhubung pun, itu boleh mengundang masalah hati yang lebih parah. Permintaan maira yang terakhir.. Abg Halalkan segala benda yang dah diberi.. sama-samalah jaga aib masing-masing sepanjang kita pernah kenal sebelum ini. Hanya satu je penguat semangat dan menjadi keyakinan maira kat abg. Maira pegang janji abg tadi ye..moga-moga kita akan disatukan, insyaAllah..ameen,, terima kasih dan maaf untuk segalanya ye abg. Assalammu’alaikum.”

“baek, kalu itu keputusan daripada maira. abg terima seadanya. Abg pun harap benda yang sama. Moga-moga kita dijodohkan insyaAllah. Doa sama-sama ye..selamat tinggal maira..wa’alaikumussalam wbt..”

Aku terkesima. Fikiranku bercelaru. Aku tidak tahu apa yang harus ku katakan. Hatiku remuk dan pecah berderai hancur semuanya. Sedih dengan pengakhiran sebegini. kata-kata pengharapan dan janji daripada yusuf sebelum ini,mahu setia sampai ke akhir hayat pergi begitu sahaja dan hanya tinggal janji. Kiranya dulu Cuma omongan kosong sahaja. Sekadar nak sedapkan hati aku sahaja. Walaupun aku tahu yusuf tiada maksud untuk melukakan hatiku. Aku sebak. Air mataku terus mengalir. Dalam kelelahan, aku mencari kekuatan. Aku menghantar mesej pada sahabat akrabku, aini..


“aini..tolong maira..maira tak kuat” satu sms kuhantar pada teman akrabku.
“kenapa maira?”
“aini, tadi yusuf minta putus dengan maira..maira sedih..”
“owh..kenapa dia buat keputusan macam tu?dulu dia susah nak lepaskan maira.”
“dia nekad. Dia tak nak kami lalai lagi. Lagipun sejak kami berhubungan, segala apa yang dia belajar dalam kelas, susah nak masuk. Tiap kali menghafal quran, susah nak mengingat..”
“owh..maira..maira ingat tak apa yang maira pernah bagitahu aini?”
“bagitahu apa?”
“bagitahu aini pasal ikhtilad antara muslimin dan muslimat. Dulu, maira lah yang selalu nasihat aini dan sahabat-sahabat pasal iktilad antara muslimin dan muslimat. Maira juga antara yang sungguh-sungguh nak banteras couple dan maksiat di kampus..mana pergi kekuatan maira yang dulu? Maira dulu yang sangat kuat dan tabah..maira, jangan sedih ye..aini faham keadaan maira..pasti sedih kan berpisah dengan org yang kita sayang? Tapi..ingatlah..cinta itu hanya bersifat semu maira..bisa melalaikan kita daripada mengingati Allah..jadi, itulah silapnya..jadi, sekarang..Allah bagi kesedaran pada maira tu..sebab Dia nak amek semula maira dan Dia nak jaga maira semula..kenapa masih ragu-ragu lagi dengan kebenaran? Tuntun langkah maira sekarang adalah yang pasti dan benar. Mara lagi ke depan dengan terus kuat dan yakin..lupakan memori duka semalam..bina hidup baru yang membawa keredhaan Allah ye..”
“insyaAllah..terima kasih aini..”

Kata-kata semangat daripada aini, memulihkan perasaanku sedikit. Aku makin yakin akan kebenaran keputusan itu. insyaAllah..yaAllah..bimbinglah aku..aku insan yang berdosa lagi daif..

Mesej yusuf tadi,merupakan mesej terakhir daripada yusuf yang aku terima sejak daripada hari tu. Selepas daripada itu, tiada lagi mesej daripadanya yang kuterima. Aku juga tidak langsung menghubunginya. Aku bimbang masalah hati akan terus menular. Biarlah pengakhiran sebegini, sedih..tetapi, penuh bermakna kerana diredhai Allah..Allah sayang pada hamba-hambaNya yang bertaubat..Alhamdulillah. Terima kasih yaAllah Kau dah sedarkan aku. Kini aku sedar aku dah banyak terlanjur. Aku malu dengan sikapku yang sebelum ini. Tergedik bertutur manja dengan yusuf, mahu menggodanya. Nauzubillah. Apakah aku lupa peringatan Allah dalam surah al ahzab ayat 32?

“ Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik..“ (33:32)


Aku teringat kisah yang pernah mama ceritakan kepadaku. Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya.

Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar.Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknyas sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnya pun memanggil anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada."Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut lubang dari paku itu tetap kekal ditiang, bersama dengan karatnya."

Aku tersedar, Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan ,aku mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,tapi parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedari diri ini melakukan suatu kemungkaran,ataupun sedang diambang pintu sikap yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelumang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut. Nauzubillah.. moga aku diantara orang-orang yang diterima taubatnya oleh Allah SWT.


“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. “ ( 4 :17)

“maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat” (110:3)


Astaghfirullahal’azim.. Dalam kedinginan dinihari itu, ku lakukan solat sunat taubat. Ku cuci hatiku daripada debu2 dosa..ku pohon ampun pada Yang Maha Penerima Taubat. Moga taubatku diterima. Aku sedar, aku dah banyak terlanjur. Langkahku dah jauh tersasar daripada hidup dalam perbatasan syariat dan suasana islam. Aku tidak mahu sesat lagi..aku memohon kekuatan kepada Allah..moga dicurahkan rasa takut untuk melakukan maksiat padaNya..


“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."” (66:8)

Aku kini hanya mahu mengejar cinta yang kekal. Yang halal dicintai dan mencintai serta tentunya mengundang keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.. Benar kata yusuf. Cintakan Allah tidak pernah mengecewakan. Aku kini bertekad, mahu menumpukan dan menyerahkan seluruh jiwa dan raga kepada Allah yang satu. Akan ku serahkan cinta ini kepada Allah semata-mata. Kerna hanya cintaNya yang benar tanpa bersalut secalit kepalsuan. Aku teringat sebuah nasyeed dendangan AMAR yang bertajuk harap kasihNya. Liriknya mengajak pendengar supaya mencintai Allah SWT.

Harap kasihNya,,

Diantara cinta yang hadir menyapa..
hanya cinta Dia tiada dusta berbicara..
walaupun wujudnya tak zahir di mata..
tetapku rasakan kelembutan sentuhannya..

pujian dan puja tak lagi rahsia...
Tiada sembunyi walaupun darjatnya berbeza..
tak pernah menjauh hakikat kasihNya..
biarpun diri yang menghampiri penuh nista..

c/o
Bagai rayuan sang pendeta..
yang bersimpuh dalam gelita..
mengharap kasih yg tercinta..
Berbisik memujuk hati berduka..
penuh malu ku bersuara..
merayu kesempurnaan kasihNya..
masih mahu untuk memandang..
diriku yang hina.

Ohhoo..yaAllah..

c/o
Bagai rayuan sang pendeta..
yang bersimpuh dalam gelita..
mengharap kasih yg tercinta..
Berbisik memujuk hati berduka..
penuh malu ku bersuara..
merayu kesempurnaan kasihNya..
masih mahu untuk memandang..
diriku yang hina.

Ingin ku miliki seluruh cintaNya..
dan sepenuh hati menghulurkan kasih padaNya..
tetapi ku bimbang pesona yang maya..
akan menjadi penghalang rinduku padaNya…
sesungguhnya diri tak pernah upaya..
mengejar pantasnya larian masa dan usia..
adakah dapatku mengucup cintaNya..
sebelum terhenti nadi ini selamanya..
sebelum terhenti nadi ini selamanya..

ohho..oo..oo..


“MONOLOG CINTA HUMAIRA”

Aku juga,
Seperti orang lain ingin rasa cinta mencintai..
Duhai hati..
hadirlah perasaan kasih..hadirlah perasaan sayang..
benar..
jiwaku kini terasa ingin disentuh dengan satu kuasa..
kuasa yang mampu mengubah keegoaanku daripada rasa tandus dialiri rasa cinta..
aku sedar..jiwaku kini sunyi daripada cinta..
aku sedar..
seusia ku sekarang..
aku sedang mencari seseorang sebagai teman hidupku..
seperti mana jiwa adam yang sunyi dan mengharapkan hawa..

aku juga mengimpikan cinta,
seperti cinta yusuf dan zulaikha..
Ibrahim dan hajar..
Sulaiman dan balqis..
juga cinta seperti insan teragung..
nabi Muhammad dan saidatina aisyah..
sepertimana Rasulullah SAW pernah menjawab..
bahawa aisyahlah wanita yang paling baginda sayang..
juga cinta Rasulullah bersama isteri-isteri baginda yang lain..
aku takjub dek kerana..
adilnya baginda memberi hak zahir dan batin kesemuanya..

yaAllah,
aku kini tidak mahu terjebak dalam kancah cinta lelaki sebelum kahwin.
Bimbinglah aku ya Rahman,pandulah aku ya Rahim, sedarkanlah aku ya Allah..
Kerna aku hanya mahu menikmati cinta yang halal..
Aku khuatir yaAllah, langkah ku tersasar, hatiku buta
dalam mencari dan mengenal erti cinta yang sebenar
ya Azim,, aku tidak lagi mahu lagi sesat..
dalam mencari erti kasih dan makna cinta yang hakiki..


kini ku sedar,
ku kuatkan tekadku..
cintaku hanya untukMu..
ku buang cinta yang melalaikan..
ku usir cinta yang tidak pasti..
impian ku kini pasti..
aku ingin merebut cintaMu sahaja..
hanya cintaMu, yang aku damba..
duhai hati..
lembutkan hati untuk bercinta..
lunakkan hati merintih cinta yang abadi..
dalam meneguk manisnya rasa bercinta kerana Allah..
kerna kau hanya perlu bersandar pada pemilik cinta yang selayaknya..

Aku teringat kata-kata dalam kitab karangan imam al-ghazali..


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu. " Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya." subhanAllah.. alangkah indahnya jika aku diantara orang-orang yang terpilih untuk merasai cintaMu walapun seinfiniti Cuma..

Aku teringat kata-kata yusuf yang pernah memberitahuku:


Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Nauzubillah..moga dijauhkan diriku daripada menikmati cinta-cinta yang terlarang yang bisa mengundang murka Allah.. Impianku kini pasti, cinta Allah mengatasi segala-galanya..ameen..


Esok, aku bakal menyambung semula pengajianku setelah hampir sebulan aku bercuti semester. Aku berazam dan bertekad mahu menumpukan seluruh usaha untuk meraih kejayaan dalam pengajianku di UIA serta merealisasikan impian mama dan ayah mahu melihat aku Berjaya seperti kak long dan kak ngah. Moga-moga bisa ku gapai kejayaan dunia dan akhirat. insyaAllah..

Kini, dalam kesibukan aku menimba ilmu, tika penat melepaskan lelahnya..Sesekali fikiranku menerawang memikirkan tentang yusuf.. apakah yusuf akan betul-betul setia padaku? Apakah janjinya benar-benar akan tertunai?atau sekadar janji yang palsu? Aku berkira-kira sendirian. Aku sedar, diriku masih dalam usaha untuk melupakan dia sedikit demi sedikit. Namun, makin cuba untuk dilupakan, makin kerap pula ingatan tentangnya mewarnai mindaku. Pengalaman aku bersamanya sedikit masa dulu, sering terimbau di fikiran. Aku masih berijtihad untuk melupakannya. Dia tiada berkepentingan padaku. Jadi buat apa aku masih mahu mengingatinya??

Kini, sudah hampir 3 bulan aku dan dia tidak berhubung. Dia tidak memulakan. Begitu juga aku. Abg luqman juga sekarang tidak lagi kerap menghubungiku seperti dahulunya. Aku tidak mahu bersandar pada janji-janji yusuf. Namun, bukan bermaksud aku tidak berharap padanya. Aku sebenarnya, mahu mentarbiyyah diri. Aku tidak mahu menagih sesuatu yang tidak pasti. Aku dan yusuf tidak pasti akan jodoh kami. Kalau Allah tetapkan jodoh bagi kami, Alhamdulillah..tetapi, jika sebaliknya berlaku, aku tidak menyalahkan takdir. Aku tahu Allah sedang menyusun sesuatu yang lebih baek untukku. Itulah sebabnya aku tidak mahu berharap sangat pada yusuf. Jika diturutkan sangat rasa hati, bisa membinasakan diri. Aku tahu, hakikatnya..segala sesuatu tidak datang bergolek. Harus dimulakan dengan usaha. Begitu juga dengan jodoh. Walaupun sudah tercatat dilauh mahfuz siapa jodoh aku, namun aku harus tetap berusaha. Berusaha untuk menjadi terbaek dan mencari yang terbaek. Sekufu.

Namun, sekarang bukan waktunya. Aku tidak mahu menyediakan waktu untuk mencari jodoh, selagi aku masih lagi belajar ini, aku harus belajar sungguh-sungguh..soal mencari calon yang sesuai, belum tiba masanya lagi. Masanya hanya tiba bermula tamatnya pengajianku di UIA. Jadi, Apa yang terbaek sekarang adalah, bercinta. Ye, bercinta,menyintai dan cintai yang harus aku petik sekarang adalah cinta daripada Allah SWT. Itulah cinta yang perlu digapai dari dulu, kini dan selama-lamanya. Tanpa ada tempoh had. Aku nak sandarkan cintaku pada pemilik cinta yang selayaknya bagi waktu ini, iaitu Allah..yang maha pengasih dan penyayang. Selaen cuba untuk menjadi yang muslimah sejati, mukminah solehah dan mujahidah humaira..insyaAllah.. ianya, tak laen tak bukan, hanya mahu memenuhi syarat yang Allah dah tetapkan untuk setiap lelaki dan wanita di dunia ini.


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (24:26)

Pada perkhabaran yang laen, aku dikhabarkan oleh abg hakim bahawa dia sudah berpisah dengan teman wanitanya, kak haziqah..itu adalah permintaan abg hakim. Dan ianya dipersetujui oleh kak haziqah demi kemaslahatan bersama dan dalam mencapai kemaslahatan yang lebih besar, iaitu mardhotillah... Alasannya, sama seperti yusuf..alhamdulillah, kami diberi kesedaran juga walaupun sudah terhantuk, barulah kami mahu tengadah. Tapi, penyayangnya Allah kerna masih mahu memberikan peluang dan ruang kepada kami untuk bertaubat menyesali kesilapan kami. Ini juga menguatkan semangatku untuk berazam tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama..

Beberapa beberapa tahun berlalu, aku kini berjaya menamatkan peperiksaan akhir di peringkat ijizah. Kini, usiaku sudahpun mencecah 24 tahun. Banyak usikan daripada sahabat-sahabat dan sepupu supaya bernikah. Aku hanya tersenyum sahaja. Buat masa sekarang tiada siapa yang bertakhta di hati selain Allah dan RasulNya, insyaAllah..

Suatu hari, aku dihubungi oleh abg hakim di YM.

“salam, humaira..apa khabar?”
“wa’alaikumusslam..abg hakim, maira sehat Alhamdulillah..abg hakim?”
“abg hakim pun sehat, Alhamdulillah..”
“hurmm..lama tak dengar cite maira ye..maira sekarang macam mana?”
“a’ah. Dah dekat 3bulan dah kita lost contact..abg hakim la sombong..huhu.. alhamdulillah,maira sekarang dah abes final exam, untuk final year.. baru je abes 2 minggu lepas.. “
“eh, sape yang sombong sebenarnya?huhu..owh, yeke? Alhamdulillah..apa perancangan lepas ini?”
“ye, Alhamdulillah..perancangan?hurmm..nak kawen..haha..heE~ takdela..nak kerja la..huU~”
“amboi..menggatal ye..dah ada calon ke?huhu.. owh, keje?da dapat keje?”
“huU~ uish, soalan cepu emas tu..huhu..maira tengah mencari kerja la nie. tapi, tak dapat-dapat lagi..abg hakim sekarang cmne?bila la dapat makan nasi minyak abg hakim an?huhu..”
“huhu..abg hakim belum lagi la..takde calon lagi..maira mesti dah ada calon kan?hehe..abg hakim yang patut makan nasi minyak dia dulu nih..hehe..abg hakim sekarang keje Kat pejabat abah..dalam masa yang sama, amek PJJ kat UITM, business admin. “
“ehehe..ada plak macam tu. maira takde calon lagi la..yela, takde sape yang nak carikan..huhu..”
“yeke nie? hehehe..”
“ish, abg hakim nie..huU~ takde sapa yang bertakhta di hati lagi..huhu..lagipun, biarlah dulu, maira nak cari pengalaman kerja dulu..maira sekarang pun baru 24 tahun. Kalu boleh,kawen 25 tahun ke..ikut sunnah nabi..hehehe”
“huhu..macam tu ye?tak lama lagi la tu..tahun depan..haha..”
“huhu..jahat an? HuU~ abg hakim?takkan takde sapa2..huhu”
“lah, maira nie..tak caye plak..betul..takde sapa2 lagi yang berkenan kat hati nie..alah, kalau ada, abg hakim panggil la maira dengan suami tersayang time walimah abg hakim nanti..hehe..”
“eh, ada plak..abg hakim kena kahwin dulu daripada maira lah..huhu..”
“hurmm..senang-senang kita kawen berdua je la.haha..”
“huhu..merepek betul abg hakim nie...lagho2..hehe”
“huhu..gurau je la..yela, adik ngan abg mana boleh kahwin..betul tak dik? ;) “
“btl tu btl..huU~”

Aku hanya tersenyum. Usikan abg hakim pasal kawen, membuatkan aku teringat pada yusuf. Agak-agaknya, macammana lah dia sekarang ye? Aku tak berani pula mahu bertanya perkembangan yusuf pada abg hakim. Biarlah..jika dia benar jodohku, pasti Allah akan tetapkan dia untuk aku..jika sebaliknya, aku redha..harapanku, moga yusuf bahagia bersama sesiapa sahaja nisa’ solehah yang menjadi pilihannya..

“dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita.” (53:45)


Hujung minggu itu, rumahku didatangi sebuah keluarga. Seorang pak cik dan mak cik beserta dengan 7 orang anaknya. Tetamu itu sungguh asing bagi keluargaku. Bukan daripada kalangan saudara mara terdekat, bukan daripada kawan-kawanku bahkan bukan juga daripada kenalan mama dan ayah. Siapa ye mereka? mama juga kehairanan. Dia tidak mengenali siapa tetamu yang hadir itu.

Namun, sebagai memuliakan tetamu, kami melayan mereka dengan sebaeknya. Semasa aku mahu keluar dan bersalaman dengan tetamu. Mataku tertancap pada susuk tubuh lelaki yang sederhana kecil. Seperti aku kenal lelaki itu. Tapi, dimana ye, pernah ku jumpa dia? Mindaku diharungi dengan seribu tanda tanya. Aku cuba mengingati dimana aku pernah lihat lelaki itu. Namun, aku masih gagal mengingatinya. Selesai bersalaman, aku menolong mama di dapur.

Semasa aku menuang air untuk mereka, tiba-tiba aku disapa oleh satu suara.

“humaira sihat?”

Aku terkejut. Eh, macammana mak cik ni tahu nama aku? Aduhai..aku tak kenal pun mereka. Hurmm..aku tersenyum.

“Alhamdulillah, sehat..mak cik?”
Aduh,, Tanya khabar plak. Kenal pun tak..ades..

“mak cik pun sehat juga Alhamdulillah. Maira kenal tak kami semua nie?”

Alhamdulillah, akhirnya mak cik itu bertanya juga. Huhu..aku segan plak nak bertanya. Aku tersenyum.

“maaf ye mak cik. Saya tak berapa ingat.”
“kita memang tak pernah kenal dan jumpa maira. apatah lagi nak ingat..”

mak cik itu tersenyum. Aduhai..malunya aku...sejurus selepas itu, mama keluar membawa pisang goreng panas. Mak cik itu kemudian kembali bersuara.

“kalu maira tak kenal mak cik, maira kenal tak anak mak cik nie?”

Mak cik itu menunjuk pada salah seorang lelaki. Ye, lelaki yang aku rasa aku pernah Nampak dia.

“hurmm..” aku tersenyum. Cuba mengingati semula. Namun tidak juga menerjah ke dalam kotak fikiranku.

“maira ingat-ingat lupa mak cik.” Aku menjawab jujur.

Kemudian, lelaki itu bersuara,
“ana nie, yusuf. Akif Yusuf muhd al fateh”

Aku mengerutkan dahi. Cuba mengingati semula nama sahabatku yang bernama yusuf. Namun, tidak juga kunjung tiba.

“yusuf….” Aku bersuara perlahan..sambil mengimbas kembali.
“yusuf, yusuf mana?” aku bertanya padanya.
“yusuf al humaira” dia menjawab ringkas.

Aku termenung sejenak. Hah?yusuf?yusuf al humaira? Yusuf al-humaira..hanya seorang je yusuf al-humaira yang aku kenal dalam dunia nie. Itulah gelaran nama yang diberikan oleh abg hakim kepada aku dan yusuf ketika aku bercinta dengan yusuf dahulunya. Ye,, aku dah ingat. Yusuf.. yusuf yang aku pernah berkenalan, bercinta dan berpasangan dengannya suatu ketika dahulu? Yang seringkali putus dan kembali menyambung hubungan kerana jahil,samar-samar dan berbelah bahagi antara mahu memilih cinta atau dosa?Dan kemudiannya terus putus. Yang bukan sahaja putus hubungan, malahan juga putus terus untuk dengar khabar dan berita tentangnya selama 4tahun? Dan sekarang dia kembali semula berhubung denganku. Bukan di alam mesej mahupun telefon. Sebaliknya dia datang ke rumahku bersama dengan umi, abi dan adik-adiknya sekali..kenapa ye??

“akak maira ingat tak?” giliran adik perempuannya pula berkata-kata.
“ye, akak ingat..akak ingat dah faiqah” aku bersuara perlahan. Terkejut juga dengan situasi tika itu. Suasana sepi seketika.

Melihatkan semuanya terdiam. Ayah yusuf bersuara.

“beginilah, biarlah kami berterus terang tujuan kami datang ke mari. Humaira, sebenarnya kami datang bawa hajat. Kami berhajat nak hantar risikan meminang humaira untuk yusuf, itupun kalu humaira belum dipinangi. “

Terkejut aku dengar kata-kata yang terkeluar daripada ayah yusuf itu. Tidak ku sangka, semua ini bakal terjadi. Selepas aku putus dengan yusuf dulu, mula-mula aku berharap dan memegang janji yusuf tersebut. Namun, setelah berkira-kira sendirian, aku tidak mahu berharap lebih padanya..khuatir ia tak menjadi..jadi, Aku tidak memegang janji yusuf dahulu apatah lagi berharap lebih padanya. Aku tidak menyangka, sesetia begitu, dia berusaha untuk mencariku. Jadi, benarlah apa yang yusuf katakan padaku dahulu mahu mencariku dan ingin memperisterikanku. Kini, menjadi kenyataan pula! subhanAllah..

Malam itu, aku melakukan solat sunat istikharah..mohon petunjuk pada ilahi moga-moga Dia tunjukkan pilihan yang terbaik buatku..apakah yusuf itu betul-betul pemilik cinta yang selayaknya yang perlu aku sandarkan? subhanAllah..ku mohon petunjuk daripadaMu yaAllah..berikanlah jodoh yang terbaek buatku..ameen.. Setiap kali, aku solat istikharah, ku rasakan hatiku tenang sangat. Tidak pernah ku rasa tenang seperti itu. Ku panjatkan doa ke hadrat ilahi, merintih bantuanNya, apakah yusuf adalah pemilik cintaku yang selayaknya?? Ku lakukan solat hajat minta diberikan kebahagiaan dan dinaungi rasa cintaNya jika yusuf adalah yang terbaek buatku..aku pohon keredhaanMu yaAllah..subhanAllah, maha suci Allah yang mengatur segalanya. Aku rasa sungguh takjub dengan kuasaNya. Benar janji Allah, jika benar seseorang itu jodoh untuk kita, pasti dia akan menjadi milik kita juga..aku pasti dengan keputusanku ini, kini..aku bersedia memilih yusuf sebagai teman hidupku sepanjang hayat..


“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (51:49)






Malam itu, selesai solat sunat pengantin baru bersama-sama, yusuf menghulurkan tangannya kepadaku. Aku menyambut huluran tangannya dan ku kucup tangannya dengan penuh sayang. Lama. Aku nak dia tahu betapa dalamnya kasihku padanya. Dia mengusap lembut kepalaku seolah-olah mengerti akan perasaanku tika itu. Setelah itu,Dahiku dikucup mulus suamiku dengan penuh kasih.

“abg, terima kasih pilih maira jadi permaisuri di hati abg..maira banyak kelemahan dan kekurangan..maira harap abg dapat bimbing dan pimpin maira menuju redha Allah..”
“ syg, abg yang patut berterima kasih pada maira sebab sudi menerima abg seadanya. Abg juga banyak kekurangan syg. Abg harap kita akan sama-sama tempuh hari-hari yang mendatang dan menggapai redhaNya..”
“InsyaAllah abg..”
“syg, abg sayang sangat kat maira..”
“maira pun sayangkan abg..”

Aku memandang suamiku. Ku lemparkan senyuman kepadanya dengan penuh rasa kasih dan sayang yang amat sangat. Dia membalas senyumanku dengan penuh manis dan merangkul erat tubuhku. Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kepada kami kerana Isteri yang lihat suami dengan kasih sayang dan suami lihat isteri dengan kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat. Aku berjanji padamu suamiku, aku ku curahkan seluruh taat setiaku padamu, akan ku curahkan cinta dan kasih sayang untukmu mulai saat ni sehingga selama-lamanya.


Orang laki-laki itu menjadi tulang punggung (penanggungjawab) bagi wanita." (Al-Hadis) Ertinya, bahawa mereka (laki-laki) itu menguasai urusan kaum wanita dan mendidiknya.


“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita),dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (4:34)


Ada suatu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Ali r.a mengingatkan aku tentang 10 sifat wanita yang diseksa di dalam neraka. Peringatan daripada hadis ini begitu terkesan di lubuk hatiku. Kebanyakkan semuanya berkaitan dengan kepatuhan kepada suami.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: Saya bersama-sama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku diIsrakan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis."

Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan.

10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, "Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Fatimah, adapun tentang;

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan laki-laki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya."

Kemudian Nabi s.w.a. bersabda: "Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya."

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerana dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.

6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.


Nauzubillah..aku berharap aku tidak tergolong dalam kalangan ciri-ciri wanita tersebut.

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda: empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).


subhanAllah..alangkah mulianya jika aku tergolong dalam 4ciri isteri yang solehah seperti diatas kerana Anas Bin Malik, meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang apabila mengerjakan solah lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki." (HADIS RIWAYAT ABU NAIM) selain itu, wanita yang solehah juga lebih baik daripada 1000 orang wali.


Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.

nauzubillah.. Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat. Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan solat bersamamu". Beliau berkata: "Aku mengerti bahawa engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan solatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan sholatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku". -- (Bagi lelaki sangat dituntut sembahyang berjemaah di mesjid)


Bagaimana Isteri Yang Solehah Membuat Suaminya Redha:

Syeikh al-Qathan telah menyebutkannya dalam pernyataan yang berikut ini:

01. Memiliki akidah yang mulia / bersih.

02. Membantu suaminya dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.

03. Berhias, bersolek dan berdandan hanya untuk suami serta berusaha menampilkan diri dalam suatu pembaharuan.

04. Menghiasi diri dengan memakai emas, tetapi hanya sekadarnya sahaja dan dari emas yang harganya lebih rendah.

05. Memilih minyak wangi yang disukai suami.

06. Tidak perlu bekerja dan mencari penghasilan sendiri, kerana gajinya tidak diperlukan suami. Jika dia hendak bekerja, mestilah mendapat keredhaan suaminya.

07. Memuji suami dengan kata-kata yang lembut, sehingga membangkitkan kasih sayang di antara keduanya.

08. Menghadapi suami dengan wajah yang berseri dan jangan sesekali berwajah muram.

09. Menjauhi rokok terutama di hadapan anak-anak.

10. Menikmati hari cuti dengan bergembira bersama anak-anak dan bertemasya.

11. Menghindari tempat yang akan menimbulkan syubhat supaya tidak menimbulkan anggapan yang buruk,

12. Menjaga pesan suami ketika dia berpergian dan menerima kepulangannya dengan wajah ceria.

13. Mesti pandai menguruskan keadaan rumahnya dan tidak hanya menyerahkannya kepada pembantu rumah.

14. Ikhlas, sabar dan tulus jika suami sedang sakit.

15. Menjaga nilai-nilai dan akhlak dalam kehidupan rumah tangga, lebih menonjolkan iman jika dia kaya atau miskin.

16. Turut menangis atau berpura-pura menangis jika suami menangis kerana sesuatu.

17. Menghidupkan suasana kasih sayang ketika berbual melalui telefon jika suami berada di tempat kerja atau ketika berjauhan.

18. Mendidik anak yang tua, sama ada lelaki atau perempuan untuk menjadi pengganti ibu bapanya dalam mengatur rumah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga balas memandang kepadanya, maka Allah telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat."

Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari sela-sela jari-jari mereka berdua.

Diceritakan dari Nabi s.a.w.: Sesungguhnya seorang lelaki itu (ketika) menyetubuhi isterinya, maka baginya telah dicatat memdapat pahala kerana persetubuhan itu seperti pahalanya anak lelaki yang ikut berperang membela agama Allah lalu terbunuh.

Syeikh Ibrahim bin Shalih al-Mahmud berkata: Jalan yang paling mudah untuk mendapat keredhaan suami ialah dengan senyuman, kata-kata yang manis, berakhlak mulia, belaian yang lembut, memakai perhiasan yang serasi dan menjaga kebersihan. Isteri juga mesti mengetahui hak suami ke atas dirinya lebih besar daripada haknya ke atas suami, berdasarkan firman Allah s.w.t.: "Para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya." (Al-Baqarah: 228)

Syeikh al-Halwani seorang pendakwah Islam di Thaif mengatakan: Isteri mesti berusaha membuat suaminya redha, sesuai dengan batasan petunjuk yang mulia: "Tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam kederhakaan terhadap Khaliq." Ia merupakan kaedah yang utama meliputi beberapa perkara yang penting. Di antaranya ialah:

1. Jangan biarkan suami mencium bau yang busuk dari dirinya. Pastikan dia sentiasa wangi dan bersih.

2. Jangan menyambut kepulangannya dengan memakai pakaian yang kotor dan comot.

3. Menjaga penampilannya.

4. Memperhatikan keadaan suami dan menjaga perasaannya.

5. Jangan menyuruh suami melakukan pekerjaan rumah yang seharusnya dilakukan oleh isteri, dengan alasan bahawa nabi s.a.w. memerintahkan para suami membantu isterinya menyelesaikan kerja-kerja rumah. Isteri mesti melakukannya sendiri.

6. Menghadapi berbagai masalah dengan lapang dada.

7. Memenuhi berbagai ruang, satu persatu.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik wanita adalah apabila dia engkau pandang, maka dia mengembirakan, bila engkau perintah dia taat, dan bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula akan kehormatan dirinya."


Kewajipan Wanita; Menjaga Diri, Harta, Dan Anak-anak


a) Menjaga diri, harta dan anak-anak:

Seorang isteri bertanggungjawab menjaga penghormatan dirinya daripada diganggu oleh gejala-gejala yang akan merosakkan hubungan suami isteri. Penjagaan diri dari aspek fizikal dan mental, supaya fizikalnya sihat dan mentalnya bersih dari pemikiran yang tidak baik.

Seorang isteri juga bertanggungjawab menjaga harta suami yang diamanahkan kepadanya. Menjaga harta dari kecurian, kerosakan dan kemusnahan. Mengurus kewangan rumahtangga supaya tidak dibelanja pada perkara-perkara yang membazir dan tidak mendatangkan faedah.

Selain daripada harta benda yang perlu diurus, anak-anak juga menjadi tanggungjawab utama kepada seorang isteri. Tanggungjawab isteri sebagai ibu menjaga maslahat anak-anak dan menjauhkan mereka dari sebarang keburukan. Penjagaan yang dijalankan oleh isteri akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. seperti yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:

"Setiap orang kamu adalah gembala, dan setiap gembala itu bertanggungjawab ke atas orang di bawah jagaannya."


b) Kewajipan Wanita, 8 Perkara:

1. Sembahyang awal waktu
2. Senantiasa membaca Al-Quran
3. Zikir pagi dan petang
4. Ta’lim di rumah
5. Menjaga aurat
6. Khidmat dan hormat kepada suami
7. Mendidik anak cara Islam
8. Memberi galakan kepada suami / muhram keluar bermujahadah di jalan Allah swt.


Suamiku.. akan ku berusaha untuk menjadi suri hatimu yang solehah.. J

Sifat-Sifat Isteri Yang Solehah:

"Yang taat jika suami memerintahnya, yang menyenangkan jika suami memandangnya, yang menjaga kehormatan diri suami dan hartanya." (Riwayat an-Nasa'i, Ahmad dan al-Baihaqi)

Di antara sifat-sifat isteri yang solehah ialah:

1. Tidak melihat dan mencari aib wanita lain, tidak menceritakan keadaan tubuh wanita lain kepada suaminya, khuatir jika suaminya tertarik dan ini akan menimbulkan kerosakan. Al-Bukhari berkata: "Rasulullali s.a.w. melarang seorang Wanita berada dalam satu selimut dengan wanita lain, agar dia tidak menceritakan kepada suaminya."

2. Memakai hijab di hadapan lelaki yang bukan muhramnya, termasuk lelaki buta. Rasulullah s.a.w, memerintahkan para wanita berhijab di hadapan orang yang buta dengan bersabda: "Pakailah hijab di hadapannya." Mereka berkata: "Wahai Rasulullah, bukankah dia buta?" Baginda bersabda: "Apakah kedua mata kamu buta. Bukankah kamu melihatnya?" (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ahmad. Menurut at-Tirmizi, hadis ini Hasan)

3. Berhias, bersolek dan memakai minyak wangi di dalam rumah untuk suaminya. Ini dilakukan agar suaminya gembira dan mencegahnya melakukan perkara yang haram. Isteri yang solehah tidak boleh keluar rumah dalam keadaan bersolek dan membuat sesuatu yang menarik perhatian lelaki lain. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat lelaki yang seperti wanita (waria) dan wanita seperti lelaki. Usirlah mereka dari rumah kamu." (Riwayat al-Bukhari, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud).

4. Isteri yang solehah tidak menolak ajakan suaminya di tempat tidur. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika wanita menjauhi keinginan suaminya di malam hari, maka para malaikat melaknatnya sehingga dia kembali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

5. Dalam keadaan ini, dia bersekutu dengan syaitan. Sedangkan wanita solehah ialah yang bersama dengan suaminya untuk menghadapi syaitan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Jika seorang lelaki mengajak isterinya berjimak, maka hendaklah dia memenuinya, sekalipun dia sedang berada berhampiran tungku api." (Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)

6. Wanita solehah ialah yang tidak mengutuk dan mengingkari nikmat yang diterima daripada suaminya, berdasarkan sabda baginda: "Bersedekahlah kamu, kerana kebanyakan di antara kamu akan menjadi kayu bakar Jahanam." Ada seorang wanita yang bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapa sedemikian?" "Kerana kamu suka mengutuk dan mengingkari suami." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Wanita solehah ialah yang tidak membocorkan rahsia suaminya. Isteri ialah wadah suami dan orang yang paling rapat dengannya. Membocorkan rahsia seseorang merupakan sifat tercela, lebih-lebih lagi seorang isteri yang membocorkan rahsia suaminya. Perbuatan ini merupakan dosa besar dan merbahaya. Kerana itu tatkala ada seorang isteri Nabi s.a.w. yang membocorkan rahsianya, baginda bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah lelaki yang mencampuri isterinya dan wanita yang mencampuri suaminya, kemudian salah seorang di antara keduanya membocorkan rahsia yang lainnya." (Riwayat Muslim).

8. Wanita solehah ialah yang tidak berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya, sebagaimana ia juga dilarang kepada suami yang soleh. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ingatlah, janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita, kerana yang ketiga ialah syaitan." (Riwayat at-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Hibban)

9. Wanita solehah ialah yang mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang pemimpin, berhak menyuruh dan melarang dalam rumahnya. Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak dibenarkan manusia bersujud kepada manusia lain. Andaikan manusia dibenarkan sujud kepada yang lain, maka akan aku perintahkan wanita bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas dirinya." (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan al-Haithami)


Kini. Sudah 3bulan aku menjadi isteri kepada yusuf. Ku curahkan sepenuh cinta dan sayangku hanya untuk dia. Sekarang, aku mampu menarik nafas lega kerana cinta yang ku nikmati sekarang adalah cinta yang halal..bukan lagi cinta yang melalaikan. Hakikatnya, bercinta itu tidak salah..cinta sebelum kahwin itu juga tidak salah. Cuma, kerana apabila cinta itu disusuli dengan tindak tanduk yang tak sepatutnya, itulah yang memudaratkan. Mengundang kemurkaan Allah dan tidak berkat. Apakah bercinta sebelum kawen itu pasti boleh mengelakkan maksiat?masalah hati? Merindui orang yang tidak sepatutnya dirindui..apatah lagi mahu bercinta dengan diselangi perlakuan kita yang tidak ada ikatan yang sah, mahu bersenda gurau tanpa landasan syariat? Jadi, jika benar mahu bercinta,Apakah boleh kita mengekang nafsu yang sentiasa melonjak turun naeknya?? Tepuk dada..tanya iman.. Allah memahami fitrah dan perasaan insan, jadi..sebab itu islam mensyariatkan perkahwinan. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semuanya..

Aku bersyukur, walaupun aku banyak kali jatuh tersadung dalam jurang kasih di lembah cinta melekakan, namun.. Allah dengan sifat penyayangNya,telah memberi aku kasihNya untuk terus kuat mengawal nafsuku. Dan akhirnya, aku Berjaya melupakan cinta yusuf pada dahulunya, dan terus kuat untuk menolak mana-mana cinta lelaki yang hadir dalam hidupku selagi aku dan lelaki tersebut tidak mempunyai ikatan yang sah.. Dan Alhamdulillah,mujahidahku itu telah Allah bayar dengan seorang suami yang soleh..walaupun yusuf yang dahulunya seorang yang lemah imannya. Namun..Kini, setelah 4tahun tidak mengetahui khabar beritanya, dia telah banyak berubah..kerana itu, aku menerima lamarannya sebagai suamiku kerana jatuh hati dengan sikapnya. Aku ingat lagi ketika aku dan yusuf bertunang dahulu, yusuf seringkali menghadkan mesej. Jika tiada perkara yang penting, ia tidak akan mengirim SMS kepadaku. Menelefon apatah lagi. Berjumpa hanya bersama mahram. Itupun jika ada urusan penting jika mahu bersua. Berpegangan tangan dan berdua-duaan di tempat yang sunyi jauh sekali. Yusuf tidak mahu status pertunangan kami dijadikan sebagai tiket untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama.

Bila aku sudah berumah tangga dengannya sekarang, aku makin memahami keperibadian yusuf. Dialah lelaki yang selayaknya yang boleh membimbing aku dan memberi kasih sayang yang sempurna..Tidak rugi aku memilih dia sebagai suamiku. Dan paling penting, tiada rugi aku memutuskan hubungan yang berlandaskan nafsu bersama aku dan yusuf dahulunya. Aku kini bersyukur dengan apa yang aku ada.. mudah-mudahan Allah merahmatinya..Aku terasa sungguh bahagia dapat bercinta dengan insan yang teramat aku sayang bernama suami. Ku curahkan cinta dan kasih sayangku, hanya untuknya. Aku berharap mudah-mudahan aku dapat bercinta dengannya lagi di taman firdausNya, insyaAllah.. Cintaku hanya untukmu suamiku. Syukur.. kini, bisa kusandarkan cintaku pada pemilik cinta yang selayaknya.. ;)





RUJUKAN:
1-pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.
- Fatimah syarha mohd noordin
-terbitan telaga biru.

2-mak, abah..redhailah anakmu.
- ust siti nor bahyah mahamood, Fatimah syarha mohd noordin, ida ezyani Othman.
-terbitan telaga biru.

3-beberapa kisah teladan yang diperolehi daripada internet.


Sekian, terima kasih.
TAUTAN HATI




submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...