"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets
Showing posts with label HeBaHaN dAn iKlAn~. Show all posts
Showing posts with label HeBaHaN dAn iKlAn~. Show all posts

Friday, June 4, 2010

Himpunan sejuta umat membantah kezaliman terbaru zionis Israel..pakat pergi deh..heE~


Satu demonstrasi akan berlangsung esok JUMAAT, 4 JUN dihadapan kedutaan Amerika.
berkumpul di tabung haji lepas SOLAT JUMAAT.

Date: Friday, June 4, 2010
Time: 2:00pm - 6:30pm
Location: Perarakan daripada Masjid Jamek Kg Baru ke Kedutaan USA
City/Town: Kuala Lumpur, Malaysia



harap hebahkan! nak tahu sape yg pimpin?! jom bace lagi..heee..


Akan dipimpin oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim serta disertai oleh semua NGO-NGO Islam dan NGO-NGO hak kemanusiaan yang lain..


"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


Tuesday, June 1, 2010

11 cara menyokong gaza..


1) Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestin seperti jumlah mereka yang syahid, jumlah yang cedera dan kerosakan yang berlaku.
Cth: www.eramuslim.com

2) Muat turun gambar- gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas- luasnya melalui e-mel, telefon, print dan sebagainya

3) Ikuti kejayaan- kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero- hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti berapa askar orang Yahudi yang dapat ditewaskan dan berapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan.


4) Telefon pejuang- pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu daripada mana dan kongsi perasaan kamu, sokongan kamu, simpati dan keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dengan syahid. Boleh hubungi nombor ini 009708285xxxx. Tukarkan nombor xxxx dengan sebarang nombor.

5) Lekatkan gambar- gambar Palestin di bilik, kereta, laptop, komputer dan sebagainya.

6) Sertai aktiviti- aktiviti tentang Palestin seperti ceramah, seminar dan demonstrasi.

7) Anjurkan aktiviti- aktiviti kesedaran Palestin untuk jiran- jiran, mahallah, surau seperti qiamullail dan solat hajat berkumpulan.

8) Jadikan isu Palsetin topik penting perbincangan di kalangan kawan- kawan. Jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang.

9) Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika.

10) Ingat Palestin dalam doa dan solat.

11) Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel

sumber: buku pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul

Friday, May 28, 2010

novel on9 kedua..:)


Assalammu'alaikum. alhamdulillah, pertama dan selama-lamanya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan rahmatNya saya dan anda yang sedang membaca blog saya sekarang masih lagi dipanjangkan usia untuk meneruskan sisa kehidupan. nowadays, masih dan sedang mengumpul bahan untuk merealisasikan novel on9 kedua. masih merangka-rangka plot dan teknik cerita. actually, still vague, about how i want to create an interesting teenagers' novels. penerimaan untuk novel on9 pertama agak hambar, mungkin kerana teknik cerita yang agak basi dan para pembaca dapat agak pengakhirannya. gaya bahasa dan jalan cerita juga mungkin agak kurang menarik. saya memang akui lah saya buat tu memang rushing, sebab tak sabar nak publish kat blog. hehe.. so, i take that as a advantage tuk tebus balik kesalahan lalu n perbaiki pada novel on9 kedua nie. n jika direzekikan, saya nak publish novel on9 kedua nie jadi buku. tapi, saya tak letak harapan yang tinggilah. sebab saya tahu, saya masih merangkak-rangkak lagi dalam dunia penulisan nie. apa yang saya leh buat, doa yang tak putus2 daripadaNya n juga sokongan daripada anda semua..:)



Sehingga ke saat ini, ramai yang tanya saya, apa tajuk novel on9 saya nie. buat masa skrg, semua orang yang tanya, semua saya keep it as a secret. hehe, saje nak rahsiakan dulu buat sementara waktu..biar surprise untuk ketika ini dulu. tapi, bagi pengunjung teratak saya ini, saya akan bagitahu terlebih dahulu b4 saya post kat wall fb untuk public infomation. penulisan saya kali ini lebih banyak menggarap persoalan ukhuwwah, cinta, ada sedikit pasal keturunan dan nasab. unsur ketuhanan dan penghambaan jiwa pada Khaliq. unsur takdir, qada dan qadar. soal jodoh pertemuan dan sewaktu dengannya. tidak boleh beri banyak2 sangat nih. ianya terlalu awal untuk dibocorkan.. tunggu masa yang sesuai tuk fully reveal. hehe :)

walaubagaimanapun, sy letak harapan yang tinggi juga daripada segi penerimaan pembaca tuk novel kedua nie nnti. saya nak hasilkan novel yang mampu untuk diselami para pembaca. bukan sekadar suka2 shj. tapi, mesej tu yang penting. mesej yang membawa pengajaran buat pembaca berfikir dan berfikir esp tentang keagungan agama islam yang cuba diteketengahkan dalam novel nie. insyaAllah, doakan saya ye. semoga dapat menghasilkan novel on9 yang berkualiti. doa dari anda amat saya hargai. syukran jazilan khatira. :)


Wednesday, May 5, 2010

tips bagi menulis dengan baik..;)


Bismillah..assalammu'alaikum, lamanya tak mengemas teratakku ini..huhu.. nowadays, still sitting 4 final paper. ada lagi one upcoming paper..paper ais 130..menghafal komponen2 dalam komp..agak unique..huhu..hmm..beberapa minggu yang lepas, saya diberitahu kak ngah saya tentang DBP ada buat satu pertandingan menulis cerpen. saya rasa sangat semangatlah dan mulalah memasang niat untuk menyertai pertandingan. saya beritahu juga sahabat saya yang suatu ketika dulu pernah propose untuk menjadi manager saya jika saya berkehendakkan untuk publish buku. sekalung harapan dan ucapan kata-kata semangat ditabur kepada saya. apa lagi, rasa bertambah semangat. mula lah saya memikirkan tentang genre cerpen yang saya nak terapkan kali ini. tengah-tengah final pun masih boleh berangan memikirkan skop cerpen yang bakal dipuitiskan dalam beberapa lembar kertas..hehe
tanpa berlengah lagi, saya melayari laman web DBP, daripada rasa teruja bertukar menjadi sedih dan dan hampa apabila terlihatkan syarat dan penyertaan pertandingan. ianya hanya tertumpu pada mereka yang bermaustautin di negeri sarawak dan penduduk tetap negeri sarawak sahaja. alangkah pilunya hati..huhu..jika diikutkan hati, mahu sahaja pergi sarawak sekarang sebab semata-mata nak masuk pertandingan. mana tak nya, perasaan nak menulis dah membuak-buak dah pas dapat tahu ada pertandingan mnulis cerpen tu. subhanAllah, mungkin takde rezeki. tidak mengapalah, saya akan tetap mengarang bagi dikongsi dengan tetamu yang singgah di teratak setanggi ukhuwwah. insyaAllah jika direzekikan, pasti ada peluang dan ruang bagi saya bagi mengembangkan lagi sayap mata pena dalam dunia penulisan. insyaAllah. disini saya sempat meng"copy" tips menulis cerpen daripada laman web DBP tadi..hehe.. semoga bermanfaat untuk semua.. wallahu'alam.

BIMBINGAN BERKARYA - CERPEN
GENRE: CERPEN
Genre/bidang cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka, merupakan satu bidang yang popular. Terdapat lima genre/bidang dalam kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan puisi.
Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Manakala sastera pula payah diberikan definisi yang universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu. Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estatika.
Dengan ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang.
Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok.

Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?
Yang pertama
Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanya dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.
Yang kedua
Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan.
Yang ketiga
Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.
Yang keempat
Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya.

Bentuk cerpe
Pertama
mimesis/peniruan iaitu meniru atau merakamkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ditambah dengan imaginasi pengarang.
Kedua
cerpen beralasan iaitu mengadakan sau dasar atau alasan untuk mengubah bentuk biasa seperti menciptakan watak daripada mahluk asing.
Ketiga
cerpen mimpi iaitu cerita seperti dalam mimpi, dengan sifat luar biasanya, perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak boleh diterima akal.
Teknik penceritaan cerpen
boleh dengan dialog untuk menghidupkan pemikiran. Dengan aksi pula cerita bergerak pada dasarnya, dengan perlukisan cerita bergerak dengan latar pilihannya dan pendedahan akan memberikan gambaran atau tema tertentu cerpen.

Ciri-ciri khas cerpen (cerpen konvensional)
1. Singkat, padu, intensif (ada perkara yang ditekankan)
2. Ada adengan, watak, gerak.
3. Bahasa tajam dan menarik
4. Interpertasi pengarang kepada kehidupan
5. Dapat menimbulkan satu kesan
6. Menarik perasaan pembaca
7. Penggambaran jelas pada peristiwa yang dipilih
8. Ada cerita/persoalan utama, watak utama, latar dan suasana

SIFAT-SIFAT PENULIS
Bagaimana nak menulis karya kreatif?
Penulisan kreatif seperti cerpen ini sebenarnya tidak dapat diajar. Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik.

Yang penting penulis :
1. mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya.
2. mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.
3. mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.
4. mestilah ada sikap yang teliti.
5. mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali skala.
6. mestilah menulis kerana mahu menulis bukan kerana sebab yang lain seperti kewangan misalnya.
7. mestilah berani menghadapi cabaran. Menggunakan karya yang ditolak sebagai dorongan untuk menulis dan bukan sebagai tanda dunianya telah kiamat.
Bagaimana nak menjadi penulis?
Bakat
Bakat anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Contohnya : SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting.
Minat
Ada keinginan untuk menulis.
Rajin membaca
Hal ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim. Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain. Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama.
Ada cita-cita untuk menjadi penulis.
Hasrat atau harapan akan menjadi pendorong.
Rajin menulis



Wednesday, December 23, 2009

senarai penulis yang menjadi inspirasi.. ;)

Bismillah..assalammu'alaikum wbt.. setelah beberapa teratak ini bersawang, hari nie baru dapat mengemas semula..fuhh..penat..alhamdulillah..entri kali nie, teringin nak share pasal penulis2 yang menjadi inspirasi saya kepada para pengunjung ke teratak saya..sebelum tu..teringin gak nak kongsi bersama beberapa peristiwa penting..heE~ beberapa hari berlalu..banyak kenangan dan events yang bakal berlangsung..yang pasti..tak lama g..sambung belajar balik..ari ahad nie, gerak la aq ke melaka..hari sabtu nie plak, kenduri pertunangan kak long dgn abg izzat..alhamdulillah..moga dipermudahkan..n moga sampai ke jinjang pelamin n kekal bahagia hingga akhir hayat..ameen..



n last week plak, ad reunion ngan kawan2 skula dulu..gambar kat atas nie..seronok dapat jumpa kawan2 lama..moga ukhuwwah fillah ini kekal hingga ke akhirnya..berkata pasal ukhuwwah fillah pula, teringat saya pada suatu malam..dimana kami, 5 beradik memasak nasi goreng..nampak mcm simple recipe, tapi..dek kerana semua air tgn mengalir di dalam masakan itu, n mmg tgh lapar..nasi goreng yang sebenarnya, takdelah sedap tu..boleh abes..hehe..rasa puas bila abes makan..senang hati je..seronok bila semua nak membantu..hehe..:) okeh2..teruskan pada entri kali ini..nak cte pasal penulis2 yang menjadi inspirasi nieh..tapi melencong ke tempat laen plak..heE~ ok..SELAMAT MEMBACA..;)

1- ust zaharuddin..

2- ust hasrizal abd jamil..


3- Ustzh siti nor bahyah dan Ust wan akashah..

4- Ramlee awang mursyid..

5- Dato' Dr haji muhammad fadzilah kamsah


6- Pahrol muhd juoi..

7- Ust zahazan..

8- Faisal tehrani..

9- Fatimah syarha mohd noordin..


10- Ust Fathi yakan

11- Dr Hm tuah iskandar al-haj


12- Almaududi


13- Sharifah abu salem..




Monday, September 14, 2009

Kosong tanpa berpenghuni buat kesekian lama..HERE I COME!!


Hashem! Hashem! Pergh..gatalnya hidung..banyak betul habuk kat tempat nie.. belek punya belek ..huh? tempat apa nie?? banyak habuk la… lah!! “setanggiukhuwwah” rupanya..apasal banyak habuk nie?! Sampai bersin berbesen-besen..haha =p dulu bersih je tempat nie..hari2 berkemas (update) lagi..sekarang? what’s happened?tuan rumah sakit ke?tuan rumah da pindah rumah ke?tuan rumah da ada ‘home’ baru ke? Yela…mana tak nya da nak dekat sebulan lebih “setanggiukhuwwah” tak berpenghuni..sibuk ke tuan rumah nie eh? Pergh..lama gila tak update..fuhh..?!

HERE I COME!!
Bismillahirrohmannirrohim..
Assalammu’alaikum w.b.t
Alhamdulillah setelah sebulan lebih menyepi.. kini ‘setanggiukhuwwah’ kembali berpenghuni..minta maaf kepada para tetamu yang menyinggah tanpa ada tuan rumah yang menyambut..moga2 tetamu tidak lagi meninggalkan teratak ana ini dengan perasaan sayu kerana tiada tuan rumah yang menyambut kerana kini ‘setanggiukhuwwah’ kembali bernafas dan sedia menerima kunjungan daripada antum(amat digalakkan,, hehe =p)

LESEN KERETA.. 
Sepanjang sebulan lebih ini, banyak peristiwa yang hadir dalam hidup..ada yang seronok dan ada yang tidak..sume itu tak laen tak bukan sebagai tarbiyyah dari Yang Maha penyayang.. Bulan lepas, Alhamdulillah..ana dapat license P dengan sekali test sahaja.. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah..dapat tester yang bertimbang rasa..cewah.. hehe =p ;) Alhamdulillah..jd, mudah bagi ana nak dapatkan lesen walau dengan sekali test..syukur..  pak cik ali(cikgu) pun tumpang gembira.. “ ha, baguslah nurul dapat test sekali je..” luahnya sambil tersenyum .. 


TAIPING, PERAK.. 
Baru2 nie juga ana g taiping, perak dengan along. Hurm.. pelik gak kenapa along really insist me to follow her went to a trip at taiping..why so suddenly? Guess what? Along g perak dengan Mr. I (bukan nama sebenar) hurm..padan la mintak ana teman..segan rupanya.. At 1st, agak takut gak..kenapa along mesti keluar dengan her future husband..but, I really don’t get how the situation will go on..eventually,, guess what?! Mr. I invites his parents also to join us to the trip..what a sweety! Bagus la camtu..bukan keluar berdua je..tapi, ajak parents sekali..mungkin ada “hikmah” kenapa Mr. I ajak along dan his parents to the trip also.. dan along ajak ana teman die..huU~

RAMADHAN KAREEM.. 
Sebelum itu, tidak terlambat rasanya bagi ana untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah~ bulan ramdhan al Mubarak..moga2 ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan pada kita semua..ameen..

Ramadhan pada 1430H..kali nie kami sekeluarga berpeluang berbuka bersama lengkap 8 orang satu family..but, depends on the days also.. kalu ari cuti, dapat la sekali buka ngan ayah..kalu hari bekerja,, jangan harap..isnin sampai jumaat..full jadual ayah..kena berbuka sekali dgn boss..ramai org jemput boss ayah untuk menghadiri jemputan berbuka puasa sekitar kawasan n9..seminggu pertama ramadhan, ialah waktu cuti sekolah.. jadi ekin balik rumah, dapat la kami buka sekali dengan die..makin berisi dak nie duk asrama..balik umah plak, kuat makan..hurm..bukan dulu die ke yang paling kurus tinggi?! Haha :p along plak? Pun sama..kalu tak oncall, dapat la buka sama..kalu tak, dua hari sekali..baru dapat buka..angah? angah selalu je buka kat rumah..cumanya kalu ad function kat pej atau gathering dgn shbt2 lama..baru la, tak buka kat luar..ana cmne? Ana la bersama anak teruna mak n ayah iaitu amir n aiman yang jadi peneman setia berbuka bersama dengan mak tersayang.. yela,, nanti kalu da start sambung belajar, barangkali detik2 macam nie tak dapat rasa..jadi, kena lah pandai menghargai waktu2 bersama keluarga tersayang.. 

Sekian untuk entri kali ini,, Semoga berjumpa lagi pada post akan datang. Selamat membaca dan teruskan kunjungan kalian ke site ini.. Jazakumullahu khairan kathira. 
SELAMAT MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.. 

Wednesday, June 24, 2009

KONSERT ANTARA DUNIA~



PERTEMUAN 4 GERGASI NASYID

(M'SIA - INDONESIA)

dalam

KONSERT ANTARA DUNIA
(KAD '09)

menampilkan:

Rabbani, Raihan, Hijjaz
(MALAYSIA)
&
Shoutul Harokah
(INDONESIA)

anjuran

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
&
Rabbani Production (M) Sdn Bhd

1 OGOS 2009
STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM
7-11 p.m

Maklumat Tiket:

VIP : RM 50
MAHASISWA/WI & DEWASA : RM 10
KANAK-KANAK : RM 5
PAKEJ KELUARGA (2 VIP + 4 KANAK-KANAK) : RM 100

Untuk tempahan & pertanyaan:

ANIE : 013-3796023
QAHHAR : 013-6288614
DAYANG : 01320426

untuk maklumat lanjut:

http://gamisconcert.blogspot.com

Jom datang beramai-ramai!!!

'Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah'




:.Anda juga boleh berurusan dengan saya untuk urusan tempahan tiket..dengan
meninggalkan komen anda di blog ini..jazakumullahu khairan kathira:. ;)


submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...