"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets
Showing posts with label HumOUrs~. Show all posts
Showing posts with label HumOUrs~. Show all posts

Monday, November 23, 2009

nak poie mano??



bismillah..assalammu'alaikum..
bila da kena pada diri sendiri..baru terasa..
sebelum nie bila senior turun bagi usrah..aq ucap terima kasih..tapi, aq tak mengerti mungkin kesempitan wang, masa, tenaga dan laen2 yang mereka curahkan..yang aq tahu dorg datang bagi usrah..n then balik..aq balik bilik..diorg balik kampus..penat tu..duit..masa..tenaga..fuhh..sememangnya yang maha penyayang akan menilainya..tapi sekarang,
bila aq da jadi senior n trun dengan seniors yang laen..baru aq terasa..banyak betul pengorbanan akak2 n abg2 nie pada aq dan sahabat2 sebelum nie..tapi, honestly..penat tu akan hilang bilamana adeq2 memberi respon pada seniors..mantop sumenya..sumenya nampak sempoi dan lawak..tapi, hebat..alhamdulillah..
nak tahu ap berlaku pastu? jom bace lagi.. :D hurmm..entri kali nie pasal budi bahasa..act nak sentuh pasal keadaan aq dan kak suhana time dlm bus,, nak balik umah..tgh 2gu bas..tiba2 ad sebuah bas datang..drivernya seorang indian.. waktu 2, dalam pukul 4 ptg..aq memang tak makan lagi..nak makan nasi,, tak jumpa gerai makan..jadi, aq makan la apam balik..time nak bayar tiket kat uncle tu.. tiba2 uncle tu bersuara.. "eh, ekau makan apam balik sorg jo ko?tak ajak den pun?" aku hanya tersenyum..tergelak kecil..lucu juga org india pandai cakap n9..hurmm.. bila tanya harga tiket.fulamak..mahal gile..tahu tak sebab ap?bus cityliner yang selesa, ada air cond dan cantik tu pun lagi murah daripada bus yang aq naek ptg tu..dimana lantainya hanya gune papan je? bus lama..bunyi pun gedegang gedegung..mana taknya uncle nie bawak laju gile..sampaikan aq yang duduk kat kusi nie pun terpaksa berpaut pada besi bas tu..uish?? aq pun pelik..mana la..yang mneyebabkan harga tiket bus nie mahal..bila lama2..aq baru perasan..rupanya sebab budi bahasa driver bus nie..tiba di suatu tempat, ad sorg atuk naek.. begini dialognya.. "nak poie mano tok?" kata driver bus nie.. "ulu bondo(ulu bendul)" balas atuk yang agak berusia..badannya bongkok.. "ulu bondo? nak mandi ko tok?" atuk tu berkata sesuatu tetepi tidak jelas di pendengaranku..kulihat driver bus itu hanya tersenyum..bila hampir2 nak sampai ke destinasi yang dituju, atuk tu bangun dan berpaut pada besi sebelah driver dan bercakap.."tit..tit" amboi? sempoinya atuk nie..macam org muda..aq dan kak suhana hanya tergelak kecil..driver 2 memang talkative la..ad org indonesia kat dalam bus tu pun ramah je dia dia borak..siap cakap dialek indonesia lagi.. "mas, takde cewek ke?" uish..dasyat lah uncle nie..hehehe..aq rasa la,, itulah bas pertama yang aq pernah naek kat dalam dunia nie yang mana tahap kelajuannya sangat la laju..huhu..tak pernah aq naek bus yag secara puratanya memakan masa sejam..tapi, waktu itu tak sampai sejam pun? fuhh..dasyat.. bila aq turun dari bus, aq berpaling pada si driver bus..aq tersenyum dan berkata.. "thank you" dia membalas senyumanku sambil berkata.."ye..sama2 thank you.." lepas je turun dari bus tu, aq rasa tenang sket..tudung pun tak terbang2 ditiup angin..hehehe.. ;)

so, moral of d story..budi bahasa budaya kita.. heE~


Tuesday, October 27, 2009

sedikit bingkisan berunsur jenaka..


Di sebuah hospital, empat orang suami yang sedang menunggu pasangan masing-masing untuk bersalin. Sungguh berdebar keempat-empat orang suami tersebut.

Seketika penantian suami pertama berakhir apabila jururawat keluar dengar mengkhabarkan kepadanya yang isterinya sudah selamat melahirkan anak. Yang menyeronokkan si suami, dia mendapat anak kembar dua. Kebetulan juga yg ianya berkerja di Menara Kembar KLCC.

Dalam beberapa minit sahaja keluar pula jururawat yg kedua dan bertemu dgn suami yg kedua. Terkejut bercampur gembira apabila ia mendapat tahu yang dia mendapat kembar tiga, kebetulan juga yang dia berkerja kat '3M Corporation'.

Selang beberapa minit, keluar pula jururawat yg ketiga dengan berita gembira buat suami yg ketiga kerana ia dapat kembar empat. Ehh, secara kebetulan si suami bekerja kat 'Carrefour'. Gembira sungguh si suami.

Dalam kegembiraan ketiga-tiga suami tersebut, mereka baru terasa ade seorang lagi suami yang sedang saat genting untuk menerima cahaya mata. Keadaannya sungguh merisaukan. Lalu ketiga-tiga suami tadi perasan dengan keadaan suami tersebut dan bertanyakan kenapa boleh jadi begitu. Lalu dengan muka yang penuh risau, ia menyatakan yang dia sekarang ni bekerja dengan 'Seven-Eleven'....

Friday, October 16, 2009

seloka aurat.. ;)


Sebuah Seloka:
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen
.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan





p/s: ana amek dari satu laman web. tapi, tak sure..sapa yang tahu, inform ana ye. tq

Tuesday, January 27, 2009

just 4 funny..:)


Funny Bahasa Malaysia
> >
> > Murid : Selamat pagi, cikgu.
> >
> > Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
> >
> > Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
> >
> > Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi
> > semua
> > masa dan keadaan.
> >
> > Murid : Selamat sejahtera cikgu!
> >
> > Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
> >
> > Murid : Faham, cikgu!
> >
> > Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
> >
> > Murid : (senyap)
> >
> > Cikgu : Pandai!
> >
> > Murid : Bodoh!
> >
> > Cikgu : Tinggi!
> >
> > Murid : Rendah!
> >
> > Cikgu : Jauh!
> >
> > Murid : Dekat!
> >
> > Cikgu : Keadilan!
> >
> > Murid : UMNO!
> >
> > Cikgu : Salah!
> >
> > Murid : Betul!
> >
> > Cikgu : Bodoh!
> >
> > Murid : Pandai!
> >
> > Cikgu : Bukan!
> >
> > Murid : Ya!
> >
> > Cikgu : Oh Tuhan!
> >
> > Murid : Oh Hamba!
> >
> > Cikgu : Dengar ini!
> >
> > Murid : Dengar itu!
> >
> > Cikgu : Diam!
> >
> > Murid : Bising!
> >
> > Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
> >
> > Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
> >
> > Cikgu : Mati aku!
> >
> > Murid : Hidup kami!
> >
> > Cikgu : Rotan baru tau!
> >
> > Murid : Akar lama tak tau!
> >
> > Cikgu : Malas aku ajar kamu!
> >
> > Murid : Rajin kami belajar cikgu!
> >
> > Cikgu : Kamu gila!
> >
> > Murid : Kami siuman!
> >
> > Cikgu : Cukup! Cukup!
> >
> > Murid : Kurang! Kurang!
> >
> > Cikgu : Sudah! Sudah!
> >
> > Murid : Belum! Belum!
> >
> > Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
> >
> > Murid : Sebab saya seorang pandai!
> >
> > Cikgu : Oh! Melawan!
> >
> > Murid : Oh! Mengalah!
> >
> > Cikgu : Kurang ajar!
> >
> > Murid : Cukup ajar!
> >
> > Cikgu : Habis aku!
> >
> > Murid : Kekal kami!
> >
> > Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
> >
> > Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
> >
> > Cikgu : Sudah, bodoh!
> >
> > Murid : Belum, pandai!
> >
> > Cikgu : Berdiri!
> >
> > Murid : Duduk!
> >
> > Cikgu : Saya kata UMNO salah!
> >
> > Murid : Kami dengar KeADILan betul!
> >
> >
> > Cikgu : Bangang kamu ni!
> >
> > Murid : Cerdik kami tu!
> >
> > Cikgu : Rosak!
> >
> > Murid : Baik!
> >
> > Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
> >
> > Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
> >
> > Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
> > Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh
> > mereka telah keluar. Walau
> > bagaimanapun,mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua
> > soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada..

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...