"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets

Tuesday, January 17, 2012

Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta..


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..
sumber: i luv islam

Saturday, January 7, 2012

next short story: SEPARUH JIWAKU PERGI


“ Repeat lagi…” suara itu mengeluh kecil. Mimik mukanya menampakkan kesuraman. Hatinya dipalit rasa hampa. Sayu melihat keputusan peperiksaannya sem ini. Sama seperti sem lepas. Cuma sem ini, keputusannya jauh lebih rendah menjunam daripada sebelumnya. Dia termangu. Hiba. Raut wajahnya melukis seribu satu rahsia kehidupannya. Bahkan rahsia-rahsia itu lebih selesa untuk disimpan sendiri daripada berkongsi dengan orang lain. Dia rela. Mana tidaknya, keperitan hidup memaksa fathil bertindak sedemikian. Tambah menyedihkan, Sejak beberapa bulan yang lepas, fikirannya sedikit terganggu lantaran mengenangkan orang tuanya di kampung. Dia sangat khuatir memikirkan nasib orang tuanya tanpa ada yang menjaga mereka di sana.

“ fathil, kau sebenarnya boleh bawa ke tak dengan kos kau sekarang?”soal aiman, roommate fathil. Fathil hanya diam membisu. Fikirannya menerawang memikirkan orang tuanya di kampung. Minggu lepas, ibunya jatuh di dalam bilik air, ketika hendak mengangkat wudhuk. Kakinya terseliuh. Ibunya tak kuat. Nak angkat air pun dah menggigil-gigil, ketar. Ayahnya pula asyik terbaring sahaja, penyakit angin ahmar yang dihadapi sejak dua tahun yang lalu membantutkan pergerakannya hingga tidak boleh berbuat apa-apa. Ibunya sahaja yang menjaga ayahnya. Cuma atas ihsan jiran-jiran hanya kadang-kadang sahaja mereka datang membantu. Siapa lagi yang sudi membantu? Dia anak tunggal. Ibu dan ayahnya hanya mengharap pada fathil sahaja. Lantaran itu, fathil sangat susah hati dengan keadaan ibu ayahnya di kampung.
“fathil, aku cakap dengan kau ni, kau dengar tak?” suara aiman mematikan lamunan fathil. “sorry..sorry. Man, aku teringatkan ibu ayah aku kat kampung la” fathil meluahkan kerisauannya
Aiman terdiam. Sudah berapa kali fathil mengucapkan perkara yang sama. Dia juga naik muak memujuk fathil. Setiap kali perkara sama fathil ungkapkan, setiap kali itulah aiman menasihati fathil. Tetapi,fathil tetap berdegil dengan sikapnya yang suka termenung. Langsung tidak mengendahkan nasihat aiman. Pernah suatu ketika dulu, fathil menyuarakan hasratnya untuk berhenti belajar dan menjaga orang tuanya di kampung. Tetapi niatnya itu dibantah oleh ibunya. Ibunya malah menyuruhnya meneruskan pelajarannya kerana itu adalah fokus utamanya sebagai pelajar.
“ Fathil, ini aku bawakan pesanan daripada ibu kau dari kampung” balqis menyerahkan bungkusan itu kepada fathil.
Fathil menyambut bungkusan itu. Ada bekal yang ibunya kirimkan kepadanya.
“Bal, macam mana keadaan ibu dan ayah aku? Aku tak dapat balik minggu lepas, aku ada program fakulti” bicara fathil kepada balqis, jirannya di kampung dan kebetulan teman satu kampus dengannya.
“Ayah kau macam itu lah. ibu kau ok. Cuma aku tengok kakinya semakin bengkak, lepas jatuh dalam tandas dulu. Nak gerak pun sakit. Bila-bila kau free, balik la kampung.”
Fathil dilanda gusar. Hatinya resah, meronta-ronta untuk pulang. Tetapi atas sebab kewangan, dia menangguhkan dulu hasratnya itu. Tambang bas dari penang ke johor, bukannya murah untuk dia berulang alik dari penang ke johor.
Masuk hari ini, sudah seminggu fathil ponteng kelas. Selama seminggu itu, dia telah bekerja di sebuah kedai makan. Tugasnya sebagai pencuci pinggan mangkuk itu tidak lain tidak bukan hanya mahu mencari sesen wang bagi membolehkan dia balik ke kampung berjumpa orang tuanya. Kelas dan studinya langsung tidak dihiraukan lagi. Tambahan, dia pula sudah tidak minat untuk meneruskan pelajarannya. Genap sebulan bekerja, dengan wang yang ada, fathil telah nekad untuk berhenti belajar. Dia mahu pulang ke kampung bagi menjaga ibu dan ayahnya. Baginya, itu lebih memberi keutamaan kepadanya sebagai seorang anak, untuk menabur bakti kepada ayah dan ibunya.
“ Ibu, makanlah sikit bubur ni, isi perut ibu yang kosong itu” fathil menyuakan semangkuk bubur kepada ibunya.
Ibunya menggelengkan kepalanya. Tiada selera.
“Fathil, panggil ayah nak..ajak dia sarapan. Ayah kau itu yang penting kena makan supaya dapat makan ubat” pinta ibunya.
Fathil segera menemui ayahnya di bilik. Dia melihat ayahnya tertidur di atas tikar sembahyang. Mungkin tertidur selepas menunaikan solat subuh pagi tadi. Sejak kebelakangan ini, memang kerap ayahnya tertidur di atas tikar sembahyang. Terkadang, fathil perasan bahawa ayahnya kerap bangun malam. Mengisi amalan dalam sisa waktu tua yang masih berbaki. Diikuti ke solat subuh dan terus tertidur sehingga pagi di atas sejadah.
“Ayah, bangun..jom kita sarapan bersama” fathil menggerakkan ayahnya. “ayah..bangun yah..kita sarapan..hari dah siang ni.” Tiada respons. Fathil berasa tidak sedap hati. Dia memegang tangan ayahnya. Sejuk. Tangannya beralih memegang nadi ayahnya. SubhanAllah.
“ Innalillahi wa innailaihirojiun.” Airmata fathil mengalir deras. Semoga ayah tenang di sana bersama orang-orang yang soleh. Sangat mulia ayah pergi. Di waktu pagi jumaat yang renyai. Seolah-olah seisi alam menangisinya.
Sudah seminggu ibunya bermurung. Sejak pemergian ayah, ibu Lebih banyak menyendiri. Dia hanya bercakap apabila dia mahu aku mengangkatnya ke bilik air, bagi dia mengambil wudhuk. Dia tiada kuasa untuk berjalan sendiri. Ibu perlu dipapah dan diangkat untuk dibawa ke mana-mana.
“Kepada anak-anak di luar sana, jika anda masih mempunyai ibu, maka, kucuplah tapak kakinya sementara dia masih hidup. Kerana syurga itu di bawah tapak kakinya. Selagi diberi kesempatan masa, berilah penghargaan kepada orang tua kita sebelum terlambat dan dia pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. “
Sejurus, fathil memandang ibunya di dalam bilik. Dia melihat ibunya masih tertidur. Kata-kata yang dituturkan oleh pakar motivasi terkenal itu benar-benar menusuk hati. Namun, hatinya berbisik “Nantilah..ibu kan masih ada”
Pagi itu, fathil menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak seperti biasa. Dia mengangkat ibunya untuk dimandikan, memakaikan pakaiannya, menyediakan sarapan untuknya. Setelah itu, dia menunaikan solat dhuha dan mendoakan kesejahteraan buat orang tuanya. Dia tiada apa untuk dia beri pada ibu dan ayahnya. Itulah saham yang mampu dia hadiahkan untuk orang tuanya. Seperti mafhum hadis,
Sabda Rasulullah s.a.w Maksudnya: “ Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah segala pahala amalannya, melainkan tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu amalan soleh, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya”. (Hadis riwayat muslim)
Hari tu, lama pula ibunya tidur. Tengahari tadi sewaktu dikejutkan untuk makan tengahari, ibunya tiada berselera. Malam itu pula, lepas makan ubat ibunya minta untuk rehat dan tidur awal. Dia hanya menurut permintaan ibunya.
“Ibu, bangun bu..dah subuh ni. Solat ya” fathil menggerakkan ibunya pagi itu. Tidak bergerak. “Ibu..bangun..kita solat berjemaah jom.” Tiba-tiba fathil berasa cemas. Lantas dia merasa denyut nadi ibunya. SubhanAllah. Daripada Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Air matanya mengalir lagi, menyembah bumi. Sekilas, dia teringat pertuturan salah seorang pakar motivasi sebelum ini “Kepada anak-anak di luar sana, jika anda masih mempunyai ibu, maka, kucuplah tapak kakinya sementara dia masih hidup. Kerana syurga itu di bawah tapak kakinya. Selagi diberi kesempatan masa, berilah penghargaan kepada orang tua kita sebelum terlambat dan dia pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.”
Air mata itu turun lagi buat kesekian kalinya. Semakin deras. Dia benar-benar terkilan. Hatinya semakin hiba Tambahan pula, pemergian dua insan yang disayanginya itu pergi meninggalkannya serentak benar-benar meruntun jiwanya. Kini dia anak yatim piatu. Tiada beribu, tiada bapa.
Sudah setahun ibu dah ayah kembali menghadap Ilahi. Doa tidak putus-putus disedekahkan kepada orang tuanya mudah-mudahan kedua-dua orang tuanya sentiasa tenang di sana. Dia bersyukur, disaat pemergian ayah dan ibunya, dia ada bersama mereka. Cuma satu perkara yang dia tidak mampu untuk dilupakan sepanjang hayatnya. Hasratnya untuk mengucup tapak kaki ibunya sementara ibunya masih hidup. Dia tidak pernah menyesal dan terkilan untuk berhenti belajar dahulunya tetapi oleh kerana dia menangguh hasratnya selama beberapa hari sahaja, terkilannya dia seumur hidupnya kerna tidak sempat mengucup tapak kaki ibunya. Air matanya kembali berlinangan membasahi pipi. Al fatihah untuk ibu dan ayah.

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...