bismillah..assalammu'alaikum wbt.. sedikit perkongsian bicara hati..Teringat aku pada suatu situasi sebelum aq balik hostel baru2 nie, sedang menunggu kawan untuk balik sekali, ad seorang mak cik melintas di hadapanku dan dengan ramahnya dia menegurku..
“banyaknya barang nak oi..tak dapat cik nak nolong nie ha…” suara itu berpetah molek dengan loghat negeri sembilannya..mak cik yang kelihatan berusia antara 50 an itu kemudiannya tersenyum.. “ takpe mak cik..” aq tersengih..malu plak..sepatutnya aq yang tolong angkat barang mak cik tu.. mak cik tu sempat bertanya lagi.. “ nak balik mano?hostel ke?” “a’ah.” .aq segera menjawab sambil menganggukkan kepala..” “oo..kat mano?” makin rancak pulak mak cik tu bertanya..
“ kat Melaka..uitm” “oo..belajar apa kat sana?” mak cik nie makin suka nak bertanya perihal aq..huhu. “amek accountancy” “fulamak..kayo la dok ngira2 duet nie..” dia tersenyum.. aq tersenyum mendengarkannya..”haa..belajar betul2 la yo..mak cik nak balik dah nie..” dia tersenyum dan berlalu dari situ.. aq tersenyum.. comel nya mak cik nie..heE~ dari situ, aq terfikir..mungkin Allah hantar seorang hambaNya untuk memberi inspirasi kepadaku. Pengalaman dan kenangan sedikit masa lalu tentang pendidikan ku yang agak kurang memuaskan dahulu, sedikit mengecewakan aku..ironinya, peristiwa itu benar2 menduga hatiku dan perlu bersangka baek dengan Tuhanku..Allah azza wajalla..masyaAllah..dan kini bila diberi pilihan untuk meneruskan studi semula, aku berazam untuk lebih bersungguh2..tak mahu maen2 lagi..komitmen antara studi dan tanggungjawab laen juga perlu diseimbangkan..dalam sibuk nak menelaah, aq berusaha takkan lupa untuk menunaikan janji kepada Allah sejak di alam roh lagi..iaitu sebgai khalifah di muka bumi nie..akan ku berusaha..Allah pasti memudahkan jika niat kita keranaNya..wallahua’alam..
p/s: entri kali nie agak ringkas..tapi, insyaAllah..sama2 kita memakmurkan muka bumi ini dengan suasana islam..gud luck studi also!
hmm....akh rase la kan...makcik ni...hmm....bahaya nih...hihi
ReplyDeletehmm...akh rase kan...makcik tu....hm....bahaya nih...hihih
ReplyDeletehehe..ap dia?pandai2 je ye..huhu
ReplyDelete