"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

pengunjung setia~

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets

Wednesday, November 4, 2009

ALLAH SELAMATKAN KAMU..

salam mauliduki~ ;)



ALLAH SELAMATKAN KAMU..

ASSALAMU’ALAIKUM WBT..

Alhamdulillah..pertama dan selamanya jutaan syukur ke hadrat Yang Maha Penyayang kerana dengan sifat sayangNya, diri ini masih lagi diberikan peluang dan ruang untuk bernafas secara percuma di atas muka bumi ini. Pemurahnya Allah atas rezeki dan nikmat yang tak terhitung banyaknya ini.. subhanAllah wal hamdulillah..kini, usia pun dah menginjak 19 tahun..alhamdulillah, Allah masih belum menarik nikmat panjang umur kerana sifat kasihNya yang melimpah ruah..tetapi,bukan bermakna nikmat panjang umur yang diberikan oleh Allah ini, merupakan suatu kesempatan yang sia-sia. Tetapi, ianya sebagai suatu peringatan supaya ana mempertingkatkan ketaqwaan pada Allah..kerana bekal amalan yang meluluskan syarat untuk menetap di jannahNya masih banyak lompang dan kekurangan..jadi, perlu segera menutup lompang dan mengatasi kelemahan yang ada..dengan mempertingkatkan amalan soleh agar segala yang baek, akan dihitung sebagai suatu amalan yang mendatangkan kebaekan..moga itu mampu menjadi pemberat yang memberatkan amalan ke firdausNya..masyaAllah..sama-samalah kita merebutnya..insyaAllah..

p/s: terima kasih pada semua yang wish besday diri ini. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah..ameeen.. ;)


BINGKISAN DI HARI LAHIRMU..

Genap beberapa tahun berada di Gombak,
keluarga itu berpindah ke seremban,
di awal bulan November,
mereka dikhabarkan dengan berita gembira,
kelahiran seorang lagi ahli dalam keluarga itu,
tanggal 4 november 1990,
lahirlah seorang baby girl...

nurul afifah abdul rahim,
cahaya yang bermaruah dan terpelihara kehormatannnya,
anak kepada hamba Allah yang penyayang,
insyaAllah..nama itu bukan sekadar nama,
tetapi, nama itu akan menjadi doa,
doa..dan terus menjadi kenyataan..

wahai diri yang bernama wanita..
diri ini punya maruah yang perlu dijunjung,
diri ini punya maruah yang perlu dijaga,
diri ini punya maruah yang perlu dipertahankan..
bukan maruah yang suam-suam kuku,
diri ini punya bukan calang-calang maruah,
tetapi, maruah seorang muslimah solehah..

maruah seorang mukminah yang sejati..
maruah seorang mujahidah islamiah..
akan ku junjung tinggi peribadi wanita solehah..
akan ku pertahankan kemuliaan wanita solehah..
akan ku muliakan kedudukan wanita solehah..

duhai wanita..
kau punya martabat yang tinggi jika kau bijak menjaga dirimu,
kau punya posisi yang mulia jika kau pandai membawa hatimu,
kau punya prestasi yang tertingi jika kau cerdik mengawal maruahmu..
maruahmu itu harus dipertahankan..
maruah itu harus kau bajai dan sirami..
dengan air yang subur dengan keimanan..

oleh itu..
maruahmu itu sangat berharga,
tetapi, itu tak bermakna,
maruahmu itu perlu dilelong murah,
kerna maruahmu itu “not for sale”..
jagalah maruah..
peliharalah maruahmu..
kau wanita pilihan..
kerna itu kau perlu bijak mempertahankan maruahmu!!


BINGKISAN LUHUR MENYULAM SEMANGAT DAN INSPIRASI..

Bersempena dengan tarikh ulangtahun kelahiran ana, ana nak kongsikan sedikit tentang perjuangan salah seorang tokoh pejuang agama yang hebat.. moga perjuangannya, mampu kita jadikan ibrah untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW..


UMAR TILMISANI

Umar tilmisani atau nama sebenarnya umar abdul Fattah bin abdul qadir musthafa tilmisani dilahirkan pada 4 november 1904. Ayahnya seorang pedagang kain dan batu permata yang berasal dari desa tilmisani di al-jazair sebelum berhijrah ke kaherah. Umar membesar dalam suasana yang mewah, hasil kekayaan keluarganya.

PENDIDIKAN.

Umar mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah ibtidaiyyah jam’iyyah khaeriyyah. Pendidikan menegah beliau pula diperoleh di madrasah tsanawiyah al-hilmiyyah. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke fakulti undang-undang dan tamat pada tahun 1933. sebaik sahaja tamat pengajian, beliau menjadi peguam di syabain al-qanathir.

Beliau bersama ikhwanul muslimin sejak tamat pengajian. Malah, beliau adalah peguam pertama yang menyertai ikhwan. Beliau banyak mengkaji kitab-kitab tafsir, fiqh,hadis, dan sirah. Imam hasan al-banna sering meminta pandangan umar dalam menyelesaikan masalah-masalah yang rumit.

SIKAP PERIBADI

Umar seorang zuhud. Beliau hidup secara sederhana di sebuah apartmen yang berada di lorong-lorong sempit di kompleks Al-mulaiji Asy-Sya’biyyah Al-Qadimah, wilayah Ath-thahir. Perabot di dalam apartmen beliau juga sederhana walaupun beliau berasal daripada keluarga yang berstatus tinggi dan kaya-raya. Sifat ini menyebabkan masyarakat menghormati dan mengasihinya.

Umar juga fasih berkata-kata serta pandai berhujah. Ucapan-ucapan umar menjadi motivasi, baik kepada ahli-ahli ikhwan mahupun masyarakat keseluruhannya. Beliau tidak menyakiti sesiapa dengan kata-kata kesat walaupun musuh-musuh islam. Ini jelas dibuktikan dialog diantara umar dengan presiden anwar sadat di televisyen. Apabila anwar sadat menuduh pergerakan ikhwan dengan tuduhan-tuduhan palsu, umar menjawab dengan sopan dan tegas “ sesiapa pun yang berlaku zalim kepadaku, biasanya saya adukan pada kamu. Kerana kamu adalah rujukan tertinggi selepas Allah bagi orang yang mengadu. Sekarang, kzaliman itu datang pada kamu. Kerana itu, saya adukan kamu kepada Allah.”

UJIAN SEBAGAI PENDAKWAH

Beliau menjadi mursyidul am ikhwanul muslimin pada November 1973 selepas mursyidul am kedua, hasan hudhaibi meninggal dunia. Beliau pernah dipenjara oleh pemerintah mesir beberapa kali dan menghabiskan lebih 17 tahun umurnya dalam penjara. Pertama kali dipenjara pada tahun 1948 dan kali terakhir pada 1981. selama dipenjara, beliau tetap teguh dengan perjuangan dan tidak tunduk pada ancaman musuh.

PENULISAN

Umar banyak menulis buku-buku dakwah dan juga berkarya di dalam majalah ad-dakwah al qahiriyah. Beliau tidak pernah mengambil apa-apa bayaran bagi artikel-artikel yang ditulis beliau samaada di majalah atau akhbar. Antara buku-buku beliau adalah al islam wal hukumah ad-diniyah, dzikrayat la mudzakarat, syahid al-mihrab dan banyak lagi.

KEMBALI PADA ALLAH

umar meninggal pada 22 mei 1986 di hospital kerana sakit pada usia 82 tahun. Jenazahnya disembahyangkan di masji’ umar mukarram, kaherah.
Al-fatihah..


SUMBER: Daripada buku “50 tokoh islam yang mengubah dunia.” Terbitan PTS millennia.. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang riwayat hidup umar tilmisani,Boleh dapatkan buku ini. Dan bukan setakat sejarah, sumbangan, pengalaman dan keistimewaan umar tilmisani yang anda dapat. Bahkan juga 49 tokoh islam yang lain yang hebat dan mantop..selamat membaca.. ;)


SEJARAH HARI RABU

Sempena dengan hari ini adalah hari rabu, jadi..ada Sedikit info tentang sejarah hari rabu..

-Allah menciptakan cahaya.
-Allah menciptakan lautan, sungai..jadi, kita diizinkan untuk meminum air yang diciptakanNya.
Jadi,waktu yang sesuai untuk memulai minum ubat ialah pada hari rabu.

Semua peristiwa yang terjadi pada hari rabu, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik.
TERJEMAHAN:

“Rasulullah pernah ditanya tentang hari rabu, beliau menjawab; “hari rabu
Adalah hari yang selalu nahas” mereka bertanya: “kenapa jadi demikian, ya Rasullah?” Rasulullah saw menjawab: “Allah SWT menenggelamkan fir’aun dan bala tenteranya, membinasakan kaum ‘ad dan kaum thamud, mereka adalah kaum saleh, pada hari itu.”


-Auj bin ‘unuq dihancurkan dengan hud-hud(sejenis burung)
-qarun dihancurkan dengan terbenam ke dalam tanah
-fir’aun dan tenteranya tenggelam di laut nil
-namrud dihancurkan dengan nyamuk
-kehancuran kaum salleh
-syaddad bin ‘ad dihancurkan dengan teriakan jibril a.s
-kaum hud dihancurkan dengan angin taufan

Sekian, wallahu’alam..

p/s: pada post yang akan datang, ana akan memberikan entri penuh tentang sejarah dan rahsia hari rabu. Mungkin, ada penambahan untuk memberikan posting tentang hari-hari yang laen. insyaAllah..Nantikan kemunculannya ye..tq,, ;)












6 comments:

  1. masyaAllah, well done ya ukhti... bingkisan yang menarik.. teruskan menulis dan menulis dan menulis dan menulis.... semoga bermanfaat untuk kami yang teringin juga menulis.bukan sekadar menulis sesuatu yang tak berpaedah, tetapi sesuatu yang sangat berguna sebagai peringatan buat diri khususnya dan saudara/i semua...

    ReplyDelete
  2. salam kakak ku....slamt ari lahir walopun lewat..pttlah semalam rasa cam ada bufday org....semoga sihat walafiat...dimurahkn rezeki...
    :D

    ReplyDelete
  3. sanah helwah fifa..asif lmbt sgt wish..huhu

    ReplyDelete
  4. to anonymous> terima kasih atas sokongan moral..ana sgt2 menghargai..terima kasih..ana masih baru nak terjun dalan penulisan..harap dapat tunjuk ajar dan sokongan daripada org yang lebih arif..syukran.. :)

    ReplyDelete
  5. to hidayah> akak? eh..yela, dah 19 tahun an..hehe..org tu je yang still 18..hehe..

    ReplyDelete
  6. to nas> terima kasih ye nas.. ;)

    ReplyDelete

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...