"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

pengunjung setia~

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets

Sunday, January 18, 2009

minggu penghayatan islam..


assalammu'alaikum..
lama rasanye da tak menulis dalam blog nie since last august..
huhu,,
tergerak plak hati ni nak menulis..
nak gak cte pengalaman lepas2..
let d last experience are refreshing..=)

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM

pada 15-19 disember 2008, kerohanian jpp kmns dgn kerjasama jaheis berjya menganjurkan satu program berbentuk islami yang diberi nama minggu penghayatan islam (MPI). alhamdulillah,, ana diberi tanggungjawab dan amanah untuk sama2 menjayakan program tersebut. antara aktiviti yang berlangsung termasuklah, ceramah perdana yang bertajuk "hakikat hiburan dalam islam". selain itu, antara aktiviti lain ialah, pertandingan sajak,pertandingan khat,pertandingan nasyeed, iftr perdana, tayangan video palestin, pertandingan busana muslimah,jualan yang diadakan di dewan serbaguna(DSG) and etc. malam penutup mpi dikenali sebagai 'malam gema perjuangan(MGP)'.

Di kesempatan ni,ingin ana ucapkan syukron jazilan kathiro kepada semua yang turut sama memberi kerjasama dalam menjayakan mpi..kerjasama antum amat ana hargai.ana juga ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan ana kepada pengarah mpi-khalid mohd ismath yang sudi bekerja dengan ana dan banyak mencurahkan keringat demi memastikan mpi dapat disempurnakan dengan jayanya..

masih ana ingat lagi,bagaimana kami terpaksa menambah satu lagi hari kerana tiada tempat untuk dijalankan malam penutup. perancangan awal, kami mrncg mpi akan berakhir pada 18 dec.ttpi,, oleh kerana aktiviti cluster c terlebih dahulu menempah dsg daripada kami.maka,, khalid menetapkan agar mpi disempurnakan pada 19 december.
Ana juga turut sama berpeluang untuk menjual barangan di gerai n jualan sangat memberangsangkan. sedikit sebanyak bi'ah islam berjaya dwujudkan apabila t-shirt labuh, mathurat, tafsir al-quran, sarung tangan, stokin, brooch and etc yang telah berjaya terjual membuktikan ramai yang memakainya.. dan sehingga saat ini, ramai muslimat yang ana nampak, menyarung t-shirt labuh demi memelihara dan menjaga aurat dan maruah..syukur,, =)

malam penutup menyaksikan gimik yang bagi ana sangat menjadi. ini juga berdasarkan komen2 daripada rakan kenalan ana di m3x, gimik peperangan antara tentera kuffar dengan kaum muslimin menyaksikan akhirnya kenangan ternyata milik islam apabila tentera islam berjaya mengalahkan kuffar. pakaian tentera kufar yang serba hitam n org islam yang serba putih sambil mengibar bendera berwarna hijau menjadikan suasana benar2 seperti peperangan semasa jihad fisabilillah..gimik berakhir dengan tayangan videoklip yang bertajuk ''adakah kau lupa''.

ana berharap moga program2 seperti ini sentiasa subur mewarnai kmns agar bi'ah solehah itu sentiasa dirasakan. program2 yang selajutnya tidak perlu kpd bajet yang tinggi.mungkin kita hanya perlu melancarkan kempen menutup aurat misalnya.. bagi ana aktiviti2 ini perlu dirancang dan perlu dilaksanakan secara istiqomah supaya suasana islami sentiasa ada di kolej matriklasi negeri sembilan(KMnS)..







Slideshow


2 comments:

  1. ya allah...ana x pnh jmpe klip video sehebat ini...seluruhnya hebat...!!!
    hehehe
    barakillah...

    ReplyDelete
  2. eleh..mentang2 ler ada gambar akh..
    huU~

    ReplyDelete

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...