"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

pengunjung setia~

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets

Sunday, January 1, 2012

HAK MILIK SEMENTARA



“ Syirah, bila lagi awak nak kahwin? Sibuk dengan kerja sahaja, sebenarnya awak ni ada pernah fikir atau tidak tentang kahwin?” sekilas, aku diimbas kata-kata yang ibu tuturkan pada aku malam tadi. Aku terbungkam. Buntu. Hatiku di pagut sayu. Aku sedikit terkilan dengan pertanyaan ibu ketika melawat ke rumahnya semalam. Adakah ibu tidak memahami hati anak perempuan tunggalnya? Ibu…Hati wanita mana yang tidak mahu disayangi? Hati mana yang tidak mahu rasa bahagia dalam berumah tangga? Hati mana yang tidak punya perasaan untuk mencari pasangan? Sedangkan Adam juga mengimpikan hawa untuk menemaninya saat rasa kesunyian. Inikan pula insyirah, ibu..Manusia serba serbi lemah.
Hatiku melayang seketika, mengapa begitu sukar untuk aku menemui jodohku? Apakah yang dinilai pada kaca mata seorang lelaki untuk mencari seorang isteri? Adakah kerana sikapku yang terlalu memilih dalam mencari calon suami? Sebelum ini, sudah berapa kali aku menolak lamaran beberapa orang lelaki. Adakah aku memilih? Ilham, anak kenalan abah, seorang lelaki yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya yang baik. Seorang pensyarah kejuruteraan di universiti tempatan. Namun, hatiku pudar tika aku melihatnya yang tidak boleh mengimamkan solat maghrib saat kehadirannya ke rumah ibu suatu masa dahulu. Setelah itu, muncul semula seorang lelaki lain. Hafiz namanya. Hafiz yang boleh aku katakan seorang jejaka yang mempunyai rupa dan gaya ini membawa harapan yang tinggi, datang berjumpa ibu dan abah. Lulusan University of Harvard. Ibu mengatakan beliau suka sekiranya aku memilih Hafiz.



Hafiz mengikut pemerhatianku, dia pandai mengambil hati orang tuaku dan sangat peramah. Sangat menghormati orang tua. Bonus, dia pandai memasak dan aktif bersukan. Penilaianku tidak terhenti disitu. Keberadaan teman rapatku yang kebetulan yang turut menuntut di Harvard membuatkan aku bertanya perihal Hafiz padanya. “ insyirah, jujur pada pandangan hana, hafiz memang seorang yang sempurna. Dia seorang yang kacak, bijak dan luas pengetahuannya, punya harta, dan punya ramai pengaruh dalam kalangan teman-temannya. Dia memang sempurna insyirah. Cuma satu sahaja kekurangan dia. Dia sering bersosial dengan teman-temannya, baik lelaki mahupun perempaun, pergaulannya tak terjaga. Keluar ke pusat hiburan sehingga ke pagi dah jadi rutin bagi dia, sering bertukar-tukar teman wanita juga memang tabiat dia. Tapi, insyirah tidak boleh terus menyalahkan dia sepenuhnya, dia jadi begitu kerana didikan keluarganya begitu. kedua orang tuanya juga seperti Hafiz.”
Aku tersentak. Rupa-rupanya Hafiz hanya berpura-pura di hadapan ayah dan ibu ku ketika kunjungannya ke rumah kami seminggu lepas. “Hana, yang Syirah pelik, kenapa hafiz memilih Syirah? sedangkan cara hidup kami berbeza. Dia ada gaya hidup dia, Syirah dengan gaya Syirah.” “ Syirah, tiada yang pelik. Itu sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk mencari pasangan. Setiap manusia mahukan yang terbaik dan mahu cari yang baik-baik. Ya, benar kehidupan hafiz begitu, tetapi jauh di sudut hatinya, dia mengimpikan seorang isteri solehah yang boleh membimbingnya untuk terus hidup. Dia gemar bersosial dengan perempuan yang dengan mudah menjual maruah dan kehormatannya, sedangkan dia hanya mahukan keseronokan sahaja bersama perempuan-perempuan sebegitu, kerna hakikatnya calon yang boleh dijadikan isteri yang diimpikan hafiz dan setiap insan lelaki di dunia ini, seorang wanita yang solehah, yang boleh membimbing seorang suami dan menjaga anak-anak mereka kelak.”
Kesinambungan daripada itu, dengan penuh keyakinan, lamaran hafiz aku tolak dengan baik. Aku mahu menjaga keturunan dan melahirkan generasi yang soleh solehah yang boleh memakmurkan dan mewarnai dunia dengan syariat islam. Tindakan yang sama, aku putuskan setelah silih berganti rombongan yang datang meminangku setelah pinangan hafiz aku tolak. Mereka tidak berjaya menarik perhatianku lantaran Islam tidak diletakkan dalam cara hidup dan pegangan mereka. Setelah itu, sehingga kini tiada lagi lelaki yang berani melamarku lagi. Mereka mungkin melihat aku sangat cerewet dalam memilih, tetapi salahkah aku mahu mencari yang terbaik? Terbaik dalam agamanya, itu sudah cukup bagiku, rupa paras dan kekayaan menjadi kriteria yang terkemudian selepas agama didahulukan, seperti yang Nabi Muhammad anjurkan dalam memilih pasangan.
Aku pernah terbaca satu hadis Nabi Muhammad yang mengatakan:

Daripada hadis itu, aku banyak mengambil ibrah daripadanya. Dengan umur yang semakin meningkat sehingga ke penghujung 20-an ini menjadikan aku belajar mengenai erti redha dengan jodoh. Jika sekiranya Allah mentakdirkan aku meninggal dunia sebelum sempat aku meraih syurga rumah tangga, Aku redha. Jika Allah matikan aku di dunia ini ketika aku sedang leka mencari cinta suci lagi murni kepadaNya, aku juga meredhainya mengikut ketetapan Ilahi. Jika sekiranya bukan jodohku untuk bertemu dengan seorang lelaki soleh di dunia, kelak di syurga, aku boleh bertemu dengan lelaki soleh. Aku selalu berdoa moga-moga Allah kabulkan hasrat aku ini. Aku yakin dengan janji Allah tentang itu.
Lewat petang itu, ketika aku pulang dari tempat kerja, aku terserempak dengan Ustazah Masyitah, guru di sekolah menengahku dahulu. Kami berbual mesra setelah beberapa tahun tidak berjumpa. Sebelum beredar petang itu, ustazah mengajakku berjumpa dengan seseorang, aku menuruti ke keretanya. Menurut perkiraanku, beliau mahu memperkenalkan aku dengan suami dan anak-anaknya, Rupa-rupanya beliau ada hasrat yang lebih daripada itu, selain keluarganya, beliau malah memperkenalkan aku dengan anak buahnya. Seorang jejaka bernama Mujahid. Dia merupakan graduan Al Azhar, Mesir. Seorang sangat baik dan soleh perwatakannya. Sangat bersederhana dan pemalu. Aku mula faham niat ustazah memperkenalkan aku dengan mujahid. Namun, aku tidak segera mahu memilih, aku menyuruh ustazah membawa mujahid berjumpa dengan orang tuaku.
Hujung minggu itu, seperti yang dirancang, mujahid datang ke rumah orang tuaku bersama ummi dan abahnya. Mujahid tidak banyak bercakap, beliau lebih banyak mendengar dan senyum. Cuma sekali sekala dengar dia bertanya tentang ibu dan abah. Daripada sesi ta’aruf yang ibu dan abah lakukan terhadap Mujahid, kedua orang tuaku sangat redha jika aku memilih Mujahid sebagai suamiku. Lantaran terpaut dengan keperibadian Mujahid. Mujahid pada pandanganku juga seorang yang sempurna, beliau boleh mengimamkan solat, pandai mengaji dan bertarannum. Seorang yang soleh dan berpendidikan. Mempunyai keturunan yang baik, keluarga yang besederhana dalam berharta, dan juga mempunyai rupa yang baik dan soleh. Aku tidak segera berbuat keputusan, istikharah ku lakukan berulang kali, memohon agar Allah berikan petunjuk. Tempoh yang disepakati untuk memberi jawapan peminangan adalah selama 2 bulan. 2 bulan itu, aku gunakan untuk mengenali Mujahid serba serbi, 2 bulan itu, aku mula mempersiapkan diri dalam menempuh alam yang berlainan selepas ini. 2 bulan itu juga, aku beristkharah berulang kali agar pilihanku memilih Mujahid diredhai Allah. Doa juga tidak putus-putus aku panjatkan ke hadrat Ilahi, Hatiku rasa tenang dan yakin apabila berbuat keputusan mahu memilih Mujahid sebagai Imam untukku dan anak-anakku kelak.
2 bulan kemudian, mujahid datang lagi bersama kedua orang tuanya. Seusai berbincang, kedua-dua belah pihak sepakat untuk terus mengadakan ikatan perkahwinan tanpa pertunangan, kerana 2 bulan yang diberi sudah cukup untuk kami mengenali keluarga dan peribadi masing-masing. Lantas tarikh perkahwinan kami ditetapkan. Sebulan diberikan kepada kami bagi menyediakan keperluan pernikahan. Sebulan juga aku gunakan untuk lebih mengenali peribadi Mujahid. Aku rasa bertambah yakin dengan Mujahid apabila dia jarang mengambil kesempatan terhadapku, berhubung dengan aku atas dasar keperluan, bila berlebihan dia sering mengingatkan. Dia berbuat begitu kerana mahu menjaga keberkahan rumah tangga kelak.
Beberapa minggu berlalu, kini hanya tinggal beberapa sahaja lagi aku dan mujahid bakal mendirikan rumah tangga. Semua kelengkapan dan persiapan telah disempurnakan. Hanya menunggu hari bahagia yang bakal menjengah dan membuka kamus hidup baru kepadaku. Hati mana yang tidak gembira untuk menempuh gerbang perkahwinan, itulah juga apa yang aku rasakan sekarang. Aku rasa sangat bersyukur kepada Allah, kerana mempertemukan aku dengan Mujahid, seorang lelaki soleh. Aku juga bertekad mahu menjadi isteri yang solehah kepadanya kelak. Aku berjanji akan menjadi seorang isteri yang taat dan setia dan menjaga cinta hanya unttuk suami, bercinta dengannya selepas kahwin dan membahagiakan dan berbahgia dengan cintanya. Aku berharap kehidupanku selepas ini akan menjadi lebih bahagia lantaran kehadiran orang baru bernama suami dalam hidupku yang mampu menyempurnakan aku. InsyaAllah.
Petang itu, dengan tidak disengajakan sewaktu pulang daripada tempat kerja, aku terlanggar belakang kereta pemandu kereta lain di atas lebuh raya. Mujur kerosakan kereta tidak serius, dan penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan. Aku beristighfar panjang. Menyesali kecuaian sendiri. Entah apa yang difikirkan ketika memandu sehingga terleka dibuatnya. Aku meneruskan pemanduan sehingga sampai ke rumah. Sewaktu memijak anak tangga ke bilik, kakiku terseliuh pula, aku mengaduh kecil. Mengurut-urut kaki. Aku ke bilik dan berehat-rehat. Tetapi aku tidak berasa sedap hati. Seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku beristighfar panjang mengurut-urut dadaku. Bersyukurlah, mungkin itu kafarah dosa. Malam itu pula, setelah solat maghrib, aku melakukan solat hajat, memohon agar ditenangkan hati daripada rasa gundah dan gelisah sejak petang tadi.
Setelah solat isyak, aku menerima panggilan daripada ibu di kampung. Suara ibu kali ini sangat berbeza, berlainan daripada biasa. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Ibu memberitahuku supaya sabar dan tenang menerima berita yang bakal disampaikan kepadaku. Hatiku diselubungi seribu persoalan. Apakah yang telah terjadi?
“ Syirah, Mujahid pergi meninggalkan kita baru kejap tadi. Dia meninggal ketika sedang memberi kuliah maghrib kat masjid berdekatan rumahnya. Dia meninggal dalam keadaan yang sangat mulia. Doakan dia ya sayang, syirah bawa banyak bersabar dan bertenang. Allah lebih menyayanginya”
Aku terpana. Saat itu, ku rasakan jantungku seperti direntap-rentap. Hatiku meratap dan menangis namun tidak mampu kuzahirkan dengan linangan air mata. Aku terkejut. Benar-benar terkejut. Baru semalam aku berjumpa dengannya di rumah orang tuaku, dia memberi aku barang yang dibeli untuk hantaran perkahwinan kami. Dia juga menunjukkan cincin perkahwinan kami. Aku tidak menyangka pertemuan sesingkat itu menjadi pertemuan terakhir kami. Tanpa disedari, air mataku mengalir deras. Suara ibu di hujung talian masih kedengaran, mungkin ibu juga bingung dengan sikapku yang diam tanpa menjawab .
“Mujahid, haruskah kau pergi dulu sebelum sempat kita mencipta syurga dunia walau sehari Cuma? Mengapa kau pergi disaat hati ini sedang merasakan manis nya bahagia menantikan kehadiranmu dalam hidupku? ”
hatiku merintih sayu. Seminggu aku duduk bermuhasabah dan termenung mengenangkan takdir. Hatiku masih tersisa perasaan sedih dengan kepergian Mujahid, namun disebalik pemergiannya, aku memetik beberapa ibrah daripadanya. Aku mula belajar erti cinta hakiki, cinta kepada Allah kerana hakikatnya Cinta manusia hanya hak milik sementara dan pinjaman daripada Allah kepada hambaNya. Dia yang Maha Mengurniakan cinta dan Dia juga yang mengambilnya..Hati yakin berbisik,Allah yang turunkan ujian,lantaran itu, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendaknya untuk mengukur prestasi keputusan ujian itu.Kehidupan adalah pinjaman hak milik sementara buat kita..Bila-bila masa, Allah berhak ambil semula daripada kita. Cinta Allah yang abadi dan kekal sehingga selama-lamanya. Kehidupan kita juga di dunia ini hanyalah hak milik sementara kita sebagai manusia. Tiada siapa yang mampu melawan takdirnya apabila bertembung dengan ajal dan kematian. Kini, aku juga belajar untuk lebih redha, Jika seandainya Allah tetapkan jodohku untuk bersama suami soleh adalah bukan di dunia, tetapi di akhirat sana, aku redha terima ketetapan Ilahi. Kerana itu adalah yang terbaik buatku. Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

1 comment:

  1. iye..Hak Milik Sementare...nice...

    ReplyDelete

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...