"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets

Thursday, October 15, 2009

sentuhan puitis daripada hati kecilku..

Sentuhan puitis daripada hati kecilku..

Cerpen islamik :Ku sandarkan cinta pada pemilik cinta yang selayaknya.

Inspirasi watak-watak dalam 3 novel tulisan Fatimah syarha mohd nordin.

“Diriku tak seperti khazinatul asrar yang kuat menepis cinta ketika remajanya”.
“Diriku tak sehebat asiah yusro yang memilih risikan hasan al-banna kerna yang diharapkan lamaran daripada umar al-mujahid..”
“Diriku tak segagah qaniah dalam menepis kesemua cinta sebelum kahwin. Kerna sebetulnya apa yang diharapkan adalah cinta yang halal, iaitu cinta selepas kahwin.”



Bismillahirrohmanirrahim,
Assalammu’alaikum wbt..

InsyaAllah dalam masa yang terdekat ini, ana akan menyiapkan satu cerpen pendek berkenaan dengan cinta. Tajuk cerpen itu adalah “Ku sandarkan cinta pada pemilik cinta yang selayaknya.” Sebenarnya sekarang ni pun sedang dalam operasi untuk mengarang cerpen tersebut. Kiranya kata-kata pujangga dan sajak di bawah ini hanyalah suatu muqadimah buat cerpen selepas ini. Mungkin ada yang berasa geli atau somethin’ like that berkenaan mengapa novel ini berkisar tentang cinta an? HeE~ jawapannya, ilham ini tercetus,mungkin kerana ana banyak dapat inspirasi daripada penulis novel, Fatima syarha mohd nordin, yang selalu ana jadikan tulisannya sebagai pembacaan ana.
Sedikit sinopsis berkenaan dengan cerpen ini; mengisahkan seorang wanita, yang bernama humaira. Seorang penuntut di matrikulasi universiti islam antarabangsa, nilai (UIA) dan mengambil jurusan ekonomi dan sains pengurusan. Dia yang dahulunya sangat kuat menepis cinta sebelum kawen. Namun, Allah maha kuasa. Dia menguji kata-kata hambaNya. Humaira yang dulu di kampus sering membanteras couple dan membenci setiap pasangan yang dilihatnya di kampus, akhirnya jatuh ke dalam jurang cinta tersebut. Pada mulanya, dia berasa sangat berdosa dan hina bergelumang dalam kancah cinta sebelum kawen. Kerap juga dia putus dan menyambung kembali ikatan tersebut. Akhirnya, dia berasa teramat sayang kepada lelaki tersebut dan berjanji tidak akan meminta untuk putus lagi. Kerana,dia merasakan cinta itu terlalu indah untuk memutuskan ikatannya dengan seorang lelaki bernama yusuf. Yusuf yang dikenalinya daripada seorang kawan daripada internet iaitu hakim merupakan seorang penuntut tahun akhir di darul quran, jakim. Akhirnya, perhubungan mereka terputus lantaran itu keputusan daripada yusuf sendiri. Kali ini yusuf bertegas mahu memutuskan perhubungan yang tidak diredhai oleh Allah itu kerana perhubungan itu banyak bersandarkan pada nafsu dan diseliputi maksiat. Dia berbuat keputusan tersebut kerana sejak dia mula mengenali humaira dan berhubungan dengannya, sukar baginya untuk menghafal ayat-ayat al-quran. Humaira sedar, hakikatnya, Ilmu itu cahaya, bagaimana cahaya boleh masuk dalam hati yang gelap dan yang selalu kotor berbuat maksiat? Dia sedar, dia fitnah pada lelaki.
Usah menyebut kekuatan yang mampu kau beri pada si dia kerana banyak yang melemahkan lelaki dari menguatkan lelaki jika kau bernama wanita. Jadi, bagaimana pengakhirannya?apakah humaira sanggup berpisah dengan yusuf? Apakah cinta yang selayaknya yang dimaksudkan dalam tajuk cerpen ini?masih nak berteka-teka? Hurmm..apa kata anda tunggu sambungannya ye..Semuanya akan dapat antum ketahui pada nukilan ana akan datang. Nantikan kesinambungannya ye..Selamat membaca.. 




“MONOLOG CINTA HUMAIRA”

Aku juga,
Seperti orang lain ingin rasa cinta mencintai..
Duhai hati..
hadirlah perasaan kasih..hadirlah perasaan sayang..
benar..
jiwaku kini terasa ingin disentuh dengan satu kuasa..
kuasa yang mampu mengubah keegoaanku daripada rasa tandus dialiri rasa cinta..
aku sedar..jiwaku kini sunyi daripada cinta..
aku sedar..
seusia ku sekarang..
aku sedang mencari seseorang sebagai teman hidupku..
seperti mana jiwa adam yang sunyi dan mengharapkan hawa..

aku juga mengimpikan cinta,
seperti cinta yusuf dan zulaikha..
Ibrahim dan hajar..
Sulaiman dan balqis..
juga cinta seperti insan teragung..
nabi Muhammad dan saidatina aisyah..
sepertimana Rasulullah SAW pernah menjawab..
bahawa aisyahlah wanita yang paling baginda sayang..
juga cinta Rasulullah bersama isteri-isteri baginda yang lain..
aku takjub dek kerana..
adilnya baginda memberi hak zahir dan batin kesemuanya..

yaAllah,
aku kini tidak mahu terjebak dalam kancah cinta lelaki sebelum kahwin.
Bimbinglah aku ya Rahman,pandulah aku ya Rahim, sedarkanlah aku ya Allah..
Kerna aku hanya mahu menikmati cinta yang halal..
Aku khuatir yaAllah, langkah ku tersasar, hatiku buta
dalam mencari dan mengenal erti cinta yang sebenar
ya Azim,, aku tidak lagi mahu lagi sesat..
dalam mencari erti kasih dan makna cinta yang hakiki..


kini ku sedar,
ku kuatkan tekadku..
cintaku hanya untukMu..
ku buang cinta yang melalaikan..
ku usir cinta yang tidak pasti..
impian ku kini pasti..
aku ingin merebut cintaMu sahaja..
hanya cintaMu, yang aku damba..
duhai hati..
lembutkan hati untuk bercinta..
lunakkan hati merintih cinta yang abadi..
dalam meneguk manisnya rasa bercinta kerana Allah..
kerna kau hanya perlu bersandar pada pemilik cinta yang selayaknya..



PANTUN 4 KERAT ~

Hujung minggu pergi pekan,
Nak beli kain, hajat Pak yahya,
Cikgu pun tidak Pakar sastera juga bukan,
Diri hanya budak baru tatih berkarya.


Ombak kuat membadai lautan,
Angin bertiup nyaman terasa,
Apa yang salah, harap diperbetulkan,
Harap nukilan tiada yang terasa.


Koneksi dan muhasabah diri,
Beri kebaikan masa akan datang,
Tiba masa undur diri,
Jumpa lagi, sambungan akan datang.



Sekian, minta maaf segala yang terkurang atau terlebih. Harap dapat menegur jika ada yang tersalah.

wallahualam bissawab.




2 comments:

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...