"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

pengunjung setia~

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets

Sunday, May 10, 2009

yaAllah tunjukkan mana yg terbaek buatku..


Bismillahirrohmanirrohim..

alhamdulillah..
tadi da check result untuk temuduga maktab..
akhirya rezeki berpihak kepadaku kembali,,
kali nie dengan seribu tanda tanya..
adakah Allah redha dan mengizinkan aku sambung studi d maktab??
kalu benar temuduga tue berjaya..
sejenak..aku terimbau detik dimana aku t'duduk berfikir kemanakah arahku yg harus& sepatutnye ku tuju..
sebelum nie..pas abes spm,, dengan result yg sederhana..aku tak sangka Allah limpahkan rezeki kpdku dari arah yang tak disangka2..

Aku diberi pilihan samada untuk menyambung studi di matrikulasi n9 atau universiti islam malaysia..tanpa diduga, hatiku melonjak kegembiraan tatkala aku berjaya dipanggil untuk temuduga maktab..
fikiranku bercelaru memikirkan arah mana yg patut aku lalui..

entah kenapa,, hatiku berat untuk ke m3x..mungkin salah satu faktor, kedua-dua akak ku juga lahir dari institusi tersebut..jadi aku terarah kesana..
dengan rasa sedih meninggalkan universiti yg diidam-idamkan iaitu UIA,, aku tetapkan hati untuk melanjutkan pelajaran di matrikulasi. beberapa minggu lepas di m3x,, aku menghadiri temuduga maktab di dlm m3x itu sendiri..dipendekkan cte,, mungkin aku rasa aku da buat sehabes baek,, namun..kali nie Allah memang tetapkan aku untuk terus berada d m3x..aku tak berjaya ke maktab..ingat lagi..betapa payahnya hatiku nak terima dgn takdir Allah masa tue..Aku su'udzon dengan perancgn Allah..nauzubillah..akhirnya,, aku redha dgn ketentuan tersebut..ada tersurat tersirat hikmahnya..

semasa d m3x,, aku belajar n belajar..namun,,sepanjang berada d m3x..aku tak nafikan,, aku agak stress berada d m3x..keputusan final sem1 yg agak teruk berpunca atas kelalaian dan kejahilan diriku sendiri.. mungkin faktor aku tak pandai manage masa..soal membahagikan masa antara akademik dan tanggungjawab laen..tapi,, sebenarnye sebab utama..adalah,, kerana terlalu sayangkan sahabat..aku bukan nak menyalahkan dia n memberikan alasan, tapi. aku tak dapat tipu diri sendiri..memang faktor ini penyumbang utama kegagalan aku..aku ingat lagi..aku tak dapat terima apabila sahabat itu membuat sesuatu tindakan yang di luar jangkaan..aku tak dapat terima..study week selama seminggu..sibuk dgn bergelinangan air mata..payahnya nak terima takdir?! kuasa Allah menentukan result final sem1 aku sangat teruk..aku rasa mcm da takde harapan lagi..namun,, beginilah nasebnya..tetapi,, aku tak nak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri yg memang tak kuat nak hadapi ujian &tarbiyyah daripada Allah..masyaAllah..dengan kekuatan yg ada,,
aku bangkit semula and struggling 4 sem2..dan alhamdulillah,, final sem2,, aku da berusaha buat sehabes baek..restu mak ayah mungkin yg m'buatkn & mempermudahkan aku menjawab soalan..aku tak nak kegagalan lepas berulang.. setiap kali nak exam,, aku telefon mak..mak memberi kata2 semangat..

lama kelamaan,, aku mula mengerti kenapa Allah letak aku d m3x..aku ditarbiyyah..Allah pilih aku..mungkin di maktab aku tak rasa suasana begini..subhanaAllah..hebat sungguh tarbiyyah..setelah pergi ke program yg terakhir,, aku makin memahami betapa tersusunnye aturan Allah..kenapa Dia nekad hantar aku di m3x..even da beberapa kali aku tak kuat untuk terus berada d m3x..banyak sungguh cabaran semasa di m3x..tetapi..
itu cume penyebab aku yg kecil dimana hanya secangkir alasanku yg berterusan untuk meninggalkan m3x akibat kegagalan lepas..rupa-rupanya,, Allah ade kemaslahatan yg lebih besar meletakkan aku d m3x..subhanAllah..

"Boleh jadi kamu menyukai sesuati padahal ia amat buruk padamu..dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bg kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."

-al-baqarah(216)

kini,, aku serahkan pergantunganku pada Allah..tawakkal 'alallAllah..
adakah temuduga kali nie Allah betul-betul nak sasarkan aku d maktab atau terus menyambung pengajian di kampus??

"yaAlah..jika benar di maktab adalah yg terbaek buatku..sesuai dgn kemampuanku.. yg memberikan kepentingan kpd jalan dakwahMu..maka,, aku pinta kepadaMu..supaya memberikan aku peluang dan ruang untuk menimba ilmuMu disana.. sebaliknya,, jika d kampus, meneruskan pengajian ke peringkat ijazah,, memberikan faedah yg lebih besar untuk islam..aku terima yaAllah..walau sesukar mana,, demi agamaMU..aku redha yaALLAH..yaRahim..Kau yg maha mengetahui hati ini..hati ini milikMu..aku serahkan semuanya kepadaMu..berilah yg terbaek..sesuai dgn kemampuanku..untuk membantu agamaMu.. seimbangkan dunia dan akhirat..ameen ya rabbal 'alalmin.."

wallahu'alam...

2 comments:

  1. Amiiin...
    semoha afifah tabah haringi semua ujianNya.

    ReplyDelete
  2. ameen..
    jazakillah ye arina..
    ;)

    ReplyDelete

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...