"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets

Friday, April 25, 2008

ALAM SELEPAS DUNIA..


----ALAM SELEPAS DUNIA­----


Seringkali hatiku tertanya-tanya,
Bagaimanakah kehidupanku pada alam selepas ini,
Alam yang tidak dapat,
kita meramalkan kita disana.

Fikiranku mengimbau mengingati,
Amalanku pada Ilahi,
Yang terkadang aku tidak menyedari,
Kelakuanku memacu dosa dan pahala,

Sesekali fikiranku menerawang,
Memikirkan kehidupan sesempurnaku,
Terhadap nikmatMu di syurga,
Yang membangkitkan rasa rindu,
Untuk aku bertemu dan menjejaki,
orang-orang yang mendahuluiku,
rasulullah saw,para sahabat,tabiin serta,
para mujahid,mujahidah, ahli sufi,juga
pejuang-pejuang islam yang syahid di jalanNya,
sungguh! Aku amat mensyukurinya kerana,
aku adalah antara insan yang bertuah,

tetapi..

mampukah aku menghidu haruman raihanMu,
yamg memikat sukma juga linangan salsabila,
di taman firdausMu?
Kerana aku hanya ada secebis iman yang rapuh,
Dan berjayakah ianya menjadi benteng,
Daripada terkena tempias nerakaMu?
Sungguh hina hambaMu ini yaAllah,
Menagih sesuatu sesuatu daripadaMu yang belum pasti.

Sungguh! Aku ingin sekali menjadi hambaMu,
Yang senantiasa redha dengan sedikit,
Dan mensyukuri atas jutaan nikmatMu,
Dalam menempuh hari-hari yang mendatang,
Dipudarkan segala duka,resah,payah,susah,sukar,
Agar aku betah menjalani,
Lautan kehidupan ini,
Untuk aku membawa segala amalanku yang baik-baik,
Ke alam yang pasti,alam selepas dunia..

1 comment:

  1. act,sajak ni sy pernah hantar di ikim.fm..so,hayati lah ye,,

    ReplyDelete

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...