"kita tidak mahu masyarakat kita nanti cemerlang akademik dan ekonominya sahaja..namun,, kontang dari segi iman dan akhlak.jika perkara begini terjadi,, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. masakan tidak,, jika asas pentarbiahan umat islam serapuh ini..impian hanya akan tinggal mimpi.." TAUTAN HATI ;)~

paterikan ukhuwwah..:)

follow me.. ;)

Followers

popular comentators.. ;)

Powered by Blogger Widgets

Sunday, December 9, 2007

farha afifah..


FARHA AFIFAH

Hari itu hari minggu.Kuantan Parade yang tak pernah sunyi tambah hingar dan sesak.Anak-anak muda yang berpakaian ranggi ke hulu ke hilir berlegar dalam kompleks tanpa tujuan.Hanya menghabiskan masa dengan berjalan.Di sudut pentas pusat membeli belah itu tertera susunan gabus berbentuk huruf yang memaparkan,'Konsert Amal-Artis jemputan:Exist'. Danial melangkah masuk ke dalam MBS Book Store.Hari itu hari pertama baginya di Kuantan Parade.Pukul 3 tadi segalanya telah tamat.Orientasi bagi pelajar-pelajar baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang mana kampusnya terletak di Kuantan akhirnya selesai.Cuma 63 orang sahaja yang mendaftar untuk tahun itu setelah menamatkan matrikulasi Kuliyyah of Medicine and Pharmacy(MERCY) di Pusat Matrikulasi UIA PJ.Dan dari jumlah itu cuma 26 sahaja pelajar lelaki manakala selebihnya kaum Hawa.Jumlah itu semakin kecil apabila dibahagikan pula mengikut kursus masing-masing. Dalam kuliyah perubatan cuma 13 orang pelajar lelaki termasuk Danial.Selebihnya dalam kuliyyah farmasi.Jumlah yang kecil itu sebenarnya memudahkan mereka berkenal-kenalan dan berinteraksi.Lebih cepat menghafal nama dan mudah mesra.Kerna itulah perkenalan singkat yang berlangsung selama tiga hari itu membawa Danial,Hazmin dan Faizul ke Kuantan Parade persis kenalan lama. "Ada apa lagi yang nak beli Dann?" Faizul yang bersifat peramah menegur Danial.Wajahnya yang ceria,berambut panjang tak terurus dan berpakaian ringkas tidak melambangkan bahawa ia masih belajar.Sekali pandang orang akan menyangka dia cuma anak-anak muda nakal yang hanyut dalam dunia muda. "Tak ada apa dah kot.'Blank paper' dah beli awal-awal lagi.Jom gi makan nak?" Danial menyambut pertanyaan Faizul. "Kita gi The Store jap la Dann,beli barang makan sket." "A`ah,ek?Aku pun nak beli biskut buat stok...Jomla.The Store ikut mana?" "Ikut suka...muahahaha!" Danial dan HJazmin tergelak.Faizul memang suka merepek. Mereka melangkah ke tangga di hadapan MBS Book Store itu.Turun ke bawah sambil berbual.Dan tentunya Faizul yang paling banyak mulut. " ...Nak mintak masa sikit boleh tak?" Dua orang gadis bertudung labuh menjinjing beg galas berisi kertas yang entah apa-apa itu tersenyum.Seorang bertudung merah jambu dan seorang lagi bertudung ungu. "Masa mana bleh mintak-mintak.Nak masa beli la jam.Hehehe..." Faizul yang mudah mesra menjawab.Dan jawapan yang diberi tentunya bukan seperti yang dipinta. Gadis berdua itu tersenyum.Yang bertudung merah jambu itu memulakan bicara. "Macam ni.Saya Farha dan kawan saya Laili.Kami student kat Kolej Islam Pahang.Kolej kami nak buat konsert In-Team.Macam konsert amal la.Then kami nak jual tiket konsert tu kat public.So harga tiket cuma RM10 sahaja.Macamana?" Farha masih tak lekang tersenyum. "Erm...Kolej Islam Pahang tu kat mana cik kak?" Faizul menyoal.Matanya terpaku pada Farha.Tidak dinafikan dia seorang gadis yang mampu memikat dengan keayuannya.Bermata jernih dan bundar.Bibir mekar merah.Berkulit putih bersih. "Awak bukan orang Kuantan ke?Student?" Laili yang diam memerhati sedari tadi bersuara.Tudung labuhnya itu dibetulkan sedikit.Anak rambut yang sedikit terjulur disisipkannya kembali. "Ye,kami student..." Danial membuka mulut mengiyakan soalan Laili. "Oh...padanla.Student kat mana?" "Kat Univers...eh!" Serentak itu Faizul menarik Danial. "Kami budak Kolej Komuniti." Faizul memintas. "Oh...tempat budak ambik MLVK tu ek?Takkan la tak pernah dengar Kolej Islam Pahang." "Kami baru lagi kat sini.Baru abis orientasi tadi." Hazmin yang melihat situasi kucar kacir memberikan sumbangan suara yang ikhlas menjawab soalan Farha tadi. "Em...Padanla...So,nak tak pegi konsert tu?" Farha menyoal kembali.Kali ini agak tegas nadanya. Laili menjeling Farha seolah meminta Farha melembutkan nada suaranya sedikit. "Maaflah...Takde transport la...Lagipun tak tau tempat tu.Takut sesat." Danial merungkai jawapan sebenar.Tak mungkin mereka bertiga menghabiskan sepuluh ringgit sekadar untuk melihat konsert.Bagi mereka tengok video klip pun dah memadai. "Taknak la ni?Jomla Laili.Diorang tak interested la." Farha mula mengatur langkah. "Bukannya mahal wak...RM10 je.Nanti kitorang tunggu awak depan pagar KIPSAS.Boleh?" Laili masih mengharap. "Bukan macam tu.Kami banyak kerja.Lagipun baru habis orientasi.Nak enjoy pun tak larat lagi." Danial senyum dan Laili membalasnya.Farha juga senyum namun bagai dibuat-buat. "Macam tu tak apalah.Jumpa lagi. ..." Laili dan Farha beredar. "Pesal ko tarik aku tadi,ha?" Danial agak geram dengan tindakan Faizul menariknya.Hampir terjatuh dia ketika itu.Kalaulah itu terjadi,memang sumpah dia takkan jejak Parade lagi. "Jangan la touching brader...heheh!Senyum skek...hahaha!" "Jelaskan dulu.Nanti aku decide nak maafkan ko ke tak." Danial mengukir senyum. "Bukan apa...Yang tudung pink tu cun ekk?" "Laili tu pun okey apa?Kalo join modelling pun lepas gak tuh..." "Farha lagi cun la...Tu la,mata rabun tanak pakai spek.Belagak macam normal.Hahaha!" "Lantaklah sape cun.Bukan bleh wat awek pun.No tipon pulak tak amik.Rugi dol...Dah tu ko cakap kita dak Komuniti,amik MLVK je.Dia amik Diploma.Sure tanak layan punya...Pesal ko tipu tadi?" "Tu la taktik bangla oi...ko ape tau?Manjang ngadap PC je.Ha...Aku tipu sebab nak tengok je...awek tudung labuh pandang tak kalo orang tu just student MLVK je?Hasilnya ko tengok...Yang tudung pink tu.Dengar je Komuniti terus muka blur jek kat kita.Tadi kemain sememeh senyum." "Tak semua camtu Zul...Laili tu maintain je aku tengok?" Hazmin menyelit.Sedari tadi ia hanya mendengar cakap-cakap antara Danial dan Faizul. "A`ah...Laili tu cool jek.Tak la nampak cam menghina bila tau kita MLVK.Tak dinafikan Farha tu memang blagak sket la..." Danial menyambung. "Tu la...kalo kita bgtau kita amik farmasi?Ntah-ntah terus ajak ko kawin tak?Hahaha...Ko kan jambu.Hahahaha!" Faizul mula menyakat lagi. "Skang musim durian la sengal!Jambu dah stocked out..." Danial membalas.Sesekali perlu juga mempertahankan diri.Namun tak perlu panjang-panjang kerna akhirnya nanti Faizul jua yang menang.Kalau Faizul masuk kuliyyah undang-undang mesti jadi top student.Mereka melangkah keluar dari Kuantan Parade menuju ke kereta Kancil milik Hazmin. ************************************** Hampir sebulan di Kuantan,Danial mulai betah dangan kawasan bandarnya.Kini kalau nak ke Mega Mall dia tak perlu ke kaunter pertanyaan atau bertanya-tanya lagi.Hari itu dia ke The Store seorang diri.Di kaunter bayaran dia terperasan gadis bertudung labuh yang sedang membayar di sebelahnya.Kali ini bukan merah jambu lagi,tapi biru muda. "Farha?Sorang je ke?" Danial cuba menjadi mesra. "Oh,awak...sorang tu takla.Laili ada kat dalam lagi.Beli benda makan.Awak sorang jugak ke?" Farha mengukir senyum. "A`ah,beli barang sikit.Member saya tak keluar hari ni.Diorang ada kelas Human Anatomy petang ni." Farha berpaling ke arah Danial. "Human Anatomy?Belajar pasal apa tu?MLVK ada subjek macam tu ke?" Dahi farha sedikit berkerut.Menyelongkar wajah Danial mencari kepastian. "Eh...itu...er...tajuk projek untuk English Communication kitorang...heheh!" Danial menarik nafas panjang.Menghembuskannya satu-satu.Lega. "Oh,padanla pelik bunyinya.Macam biologi sket bunyinya." Farha tersenyum. " ,hai...Ingat saya lagi tak?" Suara halus itu menyapa dari tepi. "Laili...Takkan la saya lupa." Danial tersenyum dan Laili juga tersenyum. "Manalah tau kan?Awak dah jumpa Farha terus lupa saya..." Laili menjeling nakal ke arah Farha.Farha cuma tersipu lantas mencubit lengan Laili. "Kitorang balik dululah awak...Sebelum pukul enam kena balik ni.Nanti kena kompaun pulak." Farha senyum simpul. "Boleh saya ambil nombor awak?" Danial memberanikan diri meminta. "Nak buat apa?Laili tak ada handphone.Saya ada la..." Farha menerangkan. "Okey je...Korang kan satu kolej?" Danial memandang tepat ke anak mata Farha tanpa sengaja.Farha menunduk. "Nah,ni nombor saya.Kitorang pegi dulu ek? ..." " ..." Danial membelek-belek nombor telefon Farha yang disimpan dalam telefon bimbitnya.Tersenyum....Dan kelibat Farha serta Laili hilang dicelah-celah orang ramai. ************************************** Perkenalan itu berlangsung tanpa disedari selari dengan waktu.Hampir tiga bulan mereka mengenali antara satu sama lain. "Farha!Ada mesej!" Suara Laili memecah kesuraman bilik itu.Berlari menyampaikan telefon kepunyaan Farha. "Siapa lagi kalau bukan abang Danial awak...hehehe." Laili mengusik. "Hish,mengarutla awak ni.Entah ayah saya agaknya..." Farha menyangkal. "Yelah tu.Cuba bukak tengok?" Farha menekan punat telefon itu satu-satu untuk membuka peti simpanan mesej. "Danny?!!" Serentak itu Laili merampas telefon dari tangan Farha.Terus berlari keluar bilik.Farha melaung nama Laili memaksanya memulangkan telefon tersebut. "Laili.........Bak la sini telefon tu.Fa belum baca lagi mesej tu!" "Biar Laili bacakan untuk awak!" Laili membuka mesej tadi. "Wow...jiwangnya!Hahaha!Takleh jadi ni.Laili yang susah-susah cari dia,Fa yang dapat.Hahaha!" Farha berlari ke arah Laili yang sudah melabuhkan punggung di atas katil.Merampas tersu mesej dari tangan Laili. Akum.watpe 2?sori kaco kalo bz.Sabtu ni awk free tak?Temankan saya keluar bandar boleh?Kalau awak sudi la...Kalau xnak,takyah balas msg saya... Farha duduk disebelah Laili.Laili merenung Farha. "So,camana?Nak Laili escort Fa ke?" Farha berpaling ke arah Laili. "Nanti la Fa fikir dulu.Segan jugak nak keluar ngan lelaki..." "Camni la...Fa keluar dengan Laili.Sampai sana Fa jalan la dengan Danial.Okey tak?" Laili memberi pandangan.Sebenarnya dia tumpang gembira Farha mempunyai kawan lelaki.Sebelum ini memang tiada seorang lelaki pun yang Farha layan sepertimana Danial.Nak kata sebab Danial tu lawa,ramai juga jejaka di KIPSAS yang lawa-lawa.Lagipun Danial cuma pelajar MLVK.Sangkaan awalnya meleset apabila meramal Danial bakal dipulaukan Farha,sama seperti lelaki-lelaki lain. Buktinya Farha pasti membalas setiap mesej yang dihantar Danial.Malahan Danial mampu membuat Farha berfikir untuk menyatakan iya atau tidak apabila Farha dijemput keluar bersamanya.Sedangkan jawapan yang dijangka pasti terbit tentunya TIDAK.Tanpa disedari,masa berlalu dan garis usia semakin tinggi.Perhubungan yang mulanya sebagai sahabat itu akirnya bercambah menjadi bibit-bibit cinta dan kasih sayang.Maka takdir memainkan peranannya mengulang senario yang telah tercipta sejak Adam dan Hawa itu lagi. ************************************* Masa menelan segalanya.Farha atau namanya Farha Afifah kini sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia(UUM) dalam bidang ekonomi.Umurnya kini meningkat ke angka 22.Dan Danial hampir mencecah 23.Demikianlah fitrah dan sunnatullah melaksanakan tugasnya. Usia berganti dan masa memanjat lebih tinggi.Kematangan usia memberikan nafas kasih sayang baru kepada Danial.Dan untuk itu dia belajar lebih gigih memastikan kedua-dua cinta dan citanya tercapai.Kini dia di tahun tiga dalam bidang perubatan di UIA.Masih ada 2 tahun lebih lagi untuk dia bergelar pegawai perubatan yang membawa gelaran doktor. Sikap Farha yang acuh tidak acuh lagi kepada perhubungan mereka berdua merunsingkan Danial.Masih ada rahsia besar yang tersimpan antara dia dan Farha.Bila tikanya untuk dilampiaskan dia tidak tahu.Takut Farha menuduhnya penipu.Rahsia sebenarnya,tentang dirinya. Bagi Farha,Danial sudah tamat sijil MLVK dan sedang bekerja sebagai juruteknik kelas rendah di sebuah kilang di Kuantan.Itu yang diberitau Danial kepadanya.Perkenalannya dengan dunia universiti membuka mata dan mindanya bahawa masih luas lagi alam ini.Tanpa disedarinya,cintanya pada Danial makin pudar dan malap. Zakrul,seniornya dalam kursus ekonomi itukah puncanya?Farha terpikat pada kebijaksanaan,ketampanan dan kelembutan Zakrul.Segala sifat itu sebenarnya ada pada Danial,cuma kini dirasakannya Zakrul lebih baik kerana Zakrul memiliki kebijaksaan.Yang satu ini membuatkannya rasa lebih yakin berbanding Danial yang hanya juruteknik kilang bersijil. Dan Zakrul juga memberi perhatian pada Farha terutama apabila dia membohongi Zakrul menyatakan ia tidak memiliki teman lelaki.Lantas kesempatan itu diambil Zakrul memikat dan menawan hati Farha.Kemuncaknya apabila Zakrul menyatakan hasratnya untuk melamar Farha sebagai tunang dan terus berkahwin selepas tamat belajar.Farha menerima Zakrul tanpa sedkit pun memaklumkan kepada Danial. Danial pula jauh di Kuantan bertungkus lumus memerah ilmu,menggapai setinggi-tinggi bintang kehidupan supaya nanti bintangnya dapat menyerikan wajah Farha dan membuat ukiran senyum di wajah permaisurinya itu.Sampai tikanya segalanya akan diterangkan kepada Farha. ************************************** "Hello,Fa?Saya ni.Danial..." Syiling bertimbun digenggam Danial.Sudah seminggu dia tidak menghubungi Farha.Sebenarnya sengaja ia menahan supaya tidak mengganggu pelajaran orang tersayangnya itu.Sedangkan ia terlalu rindu pada suara lunak mersik itu. "Oh,awak...Saya balik cuti raya haji ni.Saya nak jumpa awak.Ada benda yang nak saya cakapkan." Nada Farha lemah. "Kenapa?Nak suh saya masuk minang ke?Hehehe..." "Adala...Balik nanti kita bincang okey?Sampai sana saya call awk.Bas saya malam ni.Take care.Maafla.Saya ada keje ni... ." Farha mematikan perbualan.Danial tergamam.Gagang masih belum diletakkan.Ia keliru,serabut.Lusa raya korban menjelang.Apapun esok bakal menjelaskan segalanya.Dan Danial sendiri sebenarnya mahu menamatkan segala sandiwara yang berlangsung selama ini segera.Esok adalah hari untuk jujur... ************************************** Food Court,Kuantan Parade..... "Awak nak makan apa?Saya pesankan." Danial menyapa Farha yang sedari tadi membisu. "Awak pesanlah apa pun.Saya ikut saja." Jawapan itu sudah cukup bagi Danial.Dia tahu sangat makanan dan minuman yang Farha suka.Dengan segak dia melangkah ke gerai makanan dan minuman lantas ke kaunter untuk membayar. "Makanlah...Saya belanja hari ni." Danial senyum dan Farha sebenarnya cuba untuk senyum tapi pudar dan layu. "Awak...kita bincang dulu boleh tak?" Farha mematikan selera Danial.Sudu dan garfu yang dilap dengan tisu oleh Farha tadi diletak kembali.Tentunya amat penting perkara yang nak disampaikan Farha. "Cakapla...Saya sedia mendengar." Danial mengukir senyum lagi.Kali ini tampak agak tawar. "Saya dah fikir masak-masak tentang hubungan kita.Saya rasa...saya dah tak boleh terima awak." Danial tergamam.Menelan air liur.Di capainya straw lantas menyedut minuman itu seolah-olah dia dahaga.Sedangkan selalunya dia tidak akan minum melainkan sesudah makan.Garfu dan sudu yang diletakkannya tadi digapai semula.Dia menguis-nguis nasi dalam pinggan dan menyuap sedikit-sedikit. "Bukan sebab awak tak layan saya dengan baik.Awak terlalu baik bagi saya.Cuma kita tak sesuai..." Danial masih membisu. "Saya perempuan,tentunya saya nak lelaki yang boleh bahagiakan saya...Bukan saya nak hina awak,tapi lepas belajar saya ada degree,awak cuma technician biasa.Kita tak sesuai wak..." Danial menyuap nasi. "Lagipun saya dah jumpa seseorang yang boleh bahagiakan saya.Cuti semester nanti dia nak datang rumah dengan keluarganya,nak lamar saya.Saya nak bertunang wak..." Danial membisu sedari tadi.Nasinya dalam pinggan semakin berkurang.Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. "Awak masih boleh makan lagi?" Farha membentak.Danial memandang tepat ke anak mata Farha.Tiada lagi ukiran keramat yang selalu berlari dibibirnya tiap kali matanya menyelongkar wajah permaisuri hatinya itu.Farha pula membisu.Sepanjang berkasih,belum pernah Danial memandangnya begitu.Apatah lagi menempelaknya. "Dah tu?awak nak suruh saya buat apa?Nak rayu awk?Please come back to me?Pujuk awak?Sembah awk?Then tell u i love u so much?Whats the point?Useless isnt?" Danial yang bagai patung bernyawa tadi mulai bersuara.Farha terdiam.Kagum dengan kepetahan bahasa Danial. "Awak tau tak...I`m trying to build our life.Saya kat sini mati-mati percayakan awk.Awak tak call saya,saya cuba sangka baik.Maybe awak memang busy.Ye la,student kan?Tapi kenapa awak tak bagitau awal-awal dulu yang kita tak sesuai?" "Masa saya terima awak dulu saya belum lagi dapat fikir dengan baik.Belum matang lagi...Apa pun Dann,keputusan saya muktamad.Saya tak boleh terima awak.Maafkan saya..." Danial tunduk.Meletakkan garfu dan sudunya disisi pinggan.Perlahan-lahan ia mengangkat wajahnya,ukiran senyum berlari lemah di bibirnya. "Baiklah...Kalau dah muktamad,saya cuba terima..." Farha menarik nafas lega.Mujur Danial tidak melakukan sesuatu yang mengikut perasaan. "Tapi ada suatu perkara yang saya nak beritahu awak...Saya minta maaf sebab saya tipu awak selama ni.Janganlah awak bencikan saya.Saya pun tak bencikan awak.Ini kali terakhir pertemuan kita.Saya taknak jadi kawan awak,taknak jadi apa pun.Saya taknak tau pasal apa-apa pun tentang awak.Cukup sampai sini.Sekejap..." Danial mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya.Farha ternanti-nanti.Dadanya berdebar.Dan debaran itu bertambah kencang tatkala benda itu diletakkan Danial di atas telapak tangannya. "Awak student UIA?Awak ambik medic?" Farha menutup mulut dengan telapak tangan kirinya.Matanya terbuntang menatap kad pelajar milik Danial itu.Terus dia memandang Danial yang sedang tunduk.Dari mata Danial dapat dia lihat manik-manik kaca terempang menunggu sedikit daya dari hati lagi untuk pecah. "Dann....awak tipu saya selama ni?Kenapa....aahh...Dann?" Farha terkunci.Matanya tak lepas dari menatap kad pelajar itu berganti-ganti dengan wajah Danial yang mulai suram. "Apa pun Farha Afifah,semuanya dah berakhir.Antara kita bukan rakan,bukan musuh.Saya doakan awak bahagia,halalkan segalanya.Saya pernah menyayangi awak dan akan begitu selamanya...minta diri dulu sayang..." Danial menggapai kad pelajar yang terletak di tapak tangan Farha.Saat jemarinya tersentuh telapak tangan Farha,tapak tangan itu dirasakan sejuk. Danial melemparkan senyuman terakhir buat permaisuri hatinya sebelum menyusun langkah dan tak menoleh lagi....

2 comments:

  1. MasyaAllah.. terkejut ana baca cerpen enti ni.. seorang wanita bertudung labuh berpewatakan seperti orang yang tak pernah mempelajari batasan pergaulan. ana faham cerpen ni nak betulkan kaum2 hawa yang sepatutnya tidak memandang darjat atau status sebagai ukuran, kefahaman agama perlu diutamakan. mesej yang bagus. ana cadangkan enti terbitkan satu lagi cerpen tentang muslimat tudung labuh yang sering di pandang bersifat berpuak dengan geng tudung labuh sahaja. benda ni dah biasa dengar, cuma penyampaian dalam bentuk yang berbeza. seperti sebelum ini ia hanyalah di ceritakan dalam novel secara ringkas atau ceramah2, cume kali ini kita banyakkan lagi masalah mereka2 ni(generasi penggerak ummah) yang kelihatannya tidak banyak bersosial dengan masayarakat. walhal kita tahu, bersosial satu satu faktor menarik mereka mengenali islam melalui uslub atau manhaj yang sesuai.ana yakin enti boleh mencari idea untuk ini. sentiasa kreatif dan inovatif. sekadar pandangan. maaaf, jika tersilap. Allahua'lam.

    ReplyDelete
  2. hurmm..sedikit pembetulan..nie bukan cerpen yang ana karang..
    ana amek cerpen nie daripada seorg sahabat..
    saja nak letak kat blog..
    yang baek dari cerpen tu, kita leh amek..
    yang buruk jadikan sempadan..
    mungkin penulis ada reason kenapa beliau buat jalan cerita seperti itu..
    wallahu'alam..

    ReplyDelete

submit ur comments regarding posts in this blog.. ;)

recent posted n recent commented in lukisan bicara hati.. ;)

al hikam wa amsal~

klik jangan tak klik..;)

iluvislam
adiWidget Pro-Tajdid Segar

siasah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...